Hadis lagi!

 

Sebenarnya kami tidak lagi gemar menjawab soalan mengenai hadis. Kerana setiap kali ia dibangkitkan soalan-soalan yang lama akan dilontar kepada kami. Soalan-soalan itu pula semuanya sudah lama dijawab.

Akan tetapi, kali ini, kami menjawab dan menerbitkannya pula sebab terdapat sesuatu yang menarik di dalam sepucuk e-mel yang dikirim kepada kami. Kali ini juga jawapan kami tidak disusun seperti yang lazim dilakukan. Ia ditulis selepas tiap-tiap perenggan diturunkan, dan kami tidak tinggalkan sesuatu pun daripada apa yang ditulis di dalam e-mel tersebut, yang diturunkan di bawah:

 

From: "alang adha" <alang_c@yahoo.com>
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: salam hormat...
Date: Saturday, April 16, 2005 10:47 PM

Salam hormat...

Salamun alaikum, tuan hamba. Terima kasih kerana sudi menulis lagi untuk memenuhi hajat tuan hamba yang sebenarnya.

Seterusnya, kandungan e-mel berbunyi,

Adalah dari kejahilan saya untuk menanyai soalan yang dangkal seperti itu.. demi kebenaran saya memohon maaf..

Untuk pengetahuan umum, tuan hamba pengirim e-mel di atas telah menulis sebelum ini, untuk bertanya mengenai cara lakukan Solat dan Haji tanpa hadis, setelah melayari laman web kami hanya sekali. Beliau kemudiannya diberitahu supaya pergi ke ruangan "Artikel", dan semasa di sana, beliau disaran supaya membaca artikel-artikel lain.

Lazimnya, setelah diberitahu seperti demikian seseorang pengirim tidak lagi menulis kepada kami. Tetapi tidak dengan tuan hamba pengirim e-mel ini.

Kandungan e-mel beliau seterusnya adalah:

Hari ini adalah kali ke-3 saya melayari laman web saudara.. dan sepertimana biasa, saya amat kagum dengan hujah2 akal yang diberikan.. saya kira, sudah hampir separuh daripada artikel-artikel itu yang telah saya baca..

Bagus sekali! Tuan hamba telah bertemu dengan puluhan ayat-ayat Tuhan yang dirakam di dalam artikel-artikel yang tuan hamba baca.

Setelah membaca perenggan di atas, maafkan kami kerana mengatakan bahawa tuan hamba kelihatan tidak begitu berkenan dengan kegunaan akal dalam agama. Sudahkah tuan hamba baca artikel bertajuk,

Dan seterusnya tuan hamba menulis:

Saya yakin dan percaya bahawa kata-kata dan pendapat dari pihak saudara mungkin ada benarnya.. begitupun.. hati saya ini masih lagi mempunyai syak dan curiga.. hati ini masih takut.. takut jika dihumbankan ke dasar neraka sedangkan syurga tampak jelas di depan mata..

Sekali lagi kami memohon maaf kerana mengatakan bahawa:

Begitulah kami dapati daripada orang-orang lain yang seperti tuan hamba, yang percaya kepada hadis dan janji-janjinya. Sudahkah tuan hamba baca artikel-artikel di bawah? 

Selepas perenggan tadi, tuan hamba tulis:

mungkin kerana saya terlalu lama dibelenggu oleh pegangan dan amalan saya sehingga tidak dapat membebaskan diri dari ikatan tersebut...

Mungkin benar kata tuan hamba. Kerana Tuhan telah berfirman,

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang Allah turunkan', mereka berkata, 'Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat.' Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?" (2:170)

Ayat tersebut telah diselitkan di dalam karangan-karangan berikut:

Sudahkan tuan hamba membacanya? 

Tuan hamba meneruskan penulisan seperti di bawah:

dan mungkin juga ada beberapa persoalan yang acapkali bermain di kotak fikiran saya, apabila sebahagian artikel-artikel itu yang saya rasakan terlalu menghinjak-hinjak dan beri sepak terajang terhadap keseluruhan hadis nabi.. tampak seolah-olah menghina tugas nabi itu sendiri dalam sampaikan wahyu..

Mungkin kerana tuan hamba sangat mencintai Bukhari, Muslim dan penulis-penulis hadis yang lain maka kotak tuan hamba menganggap kritikan kami sebagai terlalu menghinjak-hinjak dan beri sepak terajang terhadap hadis mereka (yang kami percaya tidak datang daripada Nabi).

Akan tetapi, perbuatan tuan hamba yang menghinjak-hinjak dan beri sepak terajang terhadap ayat-ayat TUHAN tidak pula kotak tuan hamba fikirkan, dan tidak juga rasa takut. Bukankah tuan hamba telah menemui ayat-ayat TUHAN mengenai hadis semasa membaca "hampir separuh daripada artikel-artikel" di laman web kami?

Maaf kerana bertanya lagi, bagaimana pula kami menghina Nabi sedangkan kami sampaikan ayat-ayat Tuhan yang diwahyukan kepadanya? Kami tidak begitu memahami apa yang terisi di dalam kotak tersebut.

Harap tuan hamba tidak berkecil hati dengan pertanyaan tersebut. 

Kita teruskan dengan apa yang tuan hamba tulis selepas perenggan tadi:

tidak dapat dinafikan, banyak hadis-hadis yang musykil dan bercanggah yang memerlukan kepada penjelasan lebih teliti dari para ulama'... ataupun 'habr' jika itu yang saudara ingin katakan... hadis-hadis itu kalau pun nak dihitung, berapa kerat sangat kalau hendak dibandingkan banyak lagi hadis lain yang sememangnya selari dengan kandungan Al-Quran..

Jadi, hadis Bukhari, Muslim, dll. yang saudara anggap wahyu ada yang dimusykil dan bercanggah? Wahyu tidak dimusykilkan dan tidak bercanggah. Yang bercanggah hanya yang ditulis di dalam kitab selain daripada al-Qur'an, seperti kitab Sahih Bukhari atau Sahih Muslim.

Semasa membaca artikel-artikel kami, adakah tuan hamba berjumpa dengan firman Tuhan bermaksud,

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Ayat tersebut telah disebut di dalam karangan-karangan berikut:

Sudahkah tuan hamba membaca mereka?

Kami juga memohon tuan hamba menyenaraikan semua hadis yang selari dengan al-Qur'an seperti yang tuan hamba dakwa. Sebelum itu, maafkan kami bertanya, adakah salam hormat "As-salamu Alaykum wa Rahmatullah" tulisan Bukhari itu selari dengan al-Qur'an? Atau, Rukun Iman yang 6, atau hukum zina dengan melontar batu, atau wuduk yang lebih daripada 4 bahagian anggota badan itu (sekadar beri 4 contoh sahaja) selari dengan al-Qur'an? 

Selepas buat beberapa kenyataan tuan hamba bertanya pula,

persoalan saya:

1 wajarkah saya menolak semua hadis nabi secara keseluruhannya walaupun terdapat banyak lagi hadis yang tidak bersalahan dengan ajaran Al-Quran?

Sekali lagi, tuan hamba kena tunjukkan hadis yang tidak bersalahan dengan al-Qur'an yang dikatakan banyak. Diharap tuan hamba tidak lagi sedap bercakap saja, tetapi buktinya tiada.

Hadis yang paling baik adalah yang selari dengan al-Qur'an. Sekiranya ada hadis serupa itu mengapa pula ikut ia, ikut sajalah al-Qur'an.

Daripada dua ayat Tuhan yang diturunkan di bawah ini berapakah jumlah hadis, menurut kotak saudara, yang harus ditolak?

"Maka dengan HADIS apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur'an), akan percayai?" (7:185) dan,

"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan HADIS apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6).

Ayat 7:185 telah tuan hamba temui di dalam artikel-artikel berikut:

Sementara ayat 45:6 di dalam,

Tidak mungkin tuan hamba telah terlepas pandang semua di atas.

Dan, seterusnya tuan hamba bertanya,

2 adakah dengan menolak keseluruhan hadis nabi, bermakna tindakan saya tadi telah melanggar firman Allah.. yaitu dengan menolak setiap ucapan nabi yang juga merupakan wahyu daripada Ilahi..

Kami tidak faham dengan soalan saudara. Setelah tuan hamba bertemu dengan dua ayat yang baru dipetik (yang diturunkan Allah melalui Nabi) semasa membaca artikel-artikel kami, dan kemudian tuan hamba mentaati-Nya, adakah itu bermakna tuan hamba telah melanggar firman Tuhan? Kami tidak fikir begitu.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa apa yang ditulis oleh penulis-penulis hadis adalah bukan wahyu yang disampaikan kepada Nabi. Wahyu yang disampaikan kepada Nabi hanyalah al-Qur'an. Demikianlah kata Tuhan (percayalah),

"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah (Muhammad), 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai." (6:19)

Ayat di atas telah dimuatkan di dalam karangan-karangan di bawah yang tidak mungkin tuan hamba tidak membaca satu pun daripadanya:

Beralih kepada soalan tuan hamba seterusnya berbunyi,

3 saya temukan firman Allah:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak. [al-Ahzaab 33:21]

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. [al-Anfal 8:01]

Bagaimanakah saya hendak jadikan Rasulullah itu contoh ikutan saya jika saya menolak hadis? kerana apabila hadis Rasulullah ditentang, beerti menentang sebahagian ajaran Al-Quran itu sendiri...

Soalan di atas sudah jadi basi bagi kami. Sekiranya tuan hamba sudah membaca artikel-artikel di bawah tentu soalan itu tidak ditanya lagi:

Ayat-ayat mengenai Nabi dengan al-Qur'an sudah diturunkan di atas. Sekiranya tuan hamba ingin ikut Nabi maka ikutlah al-Qur'an. Kalau ikut hadis ia tidak bermakna ikut Nabi. Itu bermakna tuan hamba ikut Bukhari, Muslim dll. yang bukan Nabi mahupun Rasul. Dan tidak harus ditaati.

Soalan tuan hamba ke-4 berbunyi,

4 Kalaulah hadis itu punca perpecahan dan kemunduran umat islam, kenapa agama dan peradaban Islam pada satu ketika pernah mencapai kegemilangan berabad-abad lamanya... walaupun selepas pengumpulan hadis-hadis nabi?

Mungkin kami tersilap membaca sejarah bahawa selepas kekalahan orang-orang Islam di tangan Charles Martel di Tours (kalau tak silap) pada kurun ke-9M, di mana selepas itu di Sepanyol dikatakan tidak ada lagi orang Islam yang tinggal untuk melaungkan azan pun, orang-orang Islam telah berjaya dalam semua pertempuran hingga ke hari ini, seperti di Iraq dan Afghanistan, dan sebelum itu dalam perang Arab-Israil. Semuanya menang belaka. 

Zaman gemilangnya dapat dirasakan hari ini dengan orang-orang Islam cipta segala kemudahan yang kita kecapi sekarang seperti kapal terbang, kereta, air-con, kipas angin, television, peti sejuk, komputer dan sebagainya.

Maafkan kami kerana tidak nampak semua itu. Dan maafkan kami juga kerana tidak nampak penyatuan orang-orang Islam, seperti di negara kita sekarang, dan tidak adanya pertempuran antara mazhab-mazhab dalam Islam. Maafkan kami lagi kerana tidak nampak negara-negara Islam begitu maju hingga mendahului negara-negara lain di dunia dan agama Islam jadi begitu disegani di seluruh dunia.

Maafkan kami kerana tidak nampak semua itu.

Pergi kepada soalan tuan hamba yang kelima:

5 Adakah memadai nabi itu sebagai pengantara untuk menerima wahyu sahaja, tanpa perlu lagi menjelaskan maksud-maksud yang tersirat di dalamnya? (melalui hadis nabi)

Soalan itu pun sudah jadi basi jugak kepada kami kerana telah dijelaskan di dalam artikel:

Pun begitu, kami turunkan ayat-ayat Tuhan yang berkaitan, dan merayu supaya tuan hamba fikirkan:

"Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas (al-Qur'an)." (5:92)

"Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan," (5:99)

"Katakanlah, 'Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas (al-Qur'an).'" (24:54)

"Tetapi, jika kamu dustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanyalah atas Rasul untuk sampaikan yang jelas (al-Qur'an).'" (29:18)

"Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling, hanyalah atas Rasul Kami untuk sampaikan yang jelas (al-Qur'an)." (64:12)

Tuan hamba harus ingat bahawa ayat-ayat di atas jumlahnya bukan satu atau dua, tetapi lima. Lima kali Tuhan mengatakan bahawa hanyalah atas Rasul untuk meyampaikan al-Qur'an. Tidakkah itu membawa sebarang pengertian kepada tuan hamba?

Dan, soalan tuan hamba yang akhir sekali, yang pada hemat kami, melahirkan apa yang terbuku di hati, berbunyi,

6 Berbanding terjemahan Al-Quran sebelum ini, yang sedia diketahui umum keilmuan penterjemahnya dalam bahasa arab...
Berikan saya alasan atau sebab... kenapa saya perlu menerima 'Bacaan' sebagai pegangan saya sedangkan beliau sendiri(Othman Ali), mengakui bahawa beliau bukan ahli dalam bidang tersebut dan tidak mahir berbahasa arab..

Tidak, kami tidak menyuruh atau memaksa sesiapa percaya kepada Bacaan terutama orang-orang seperti tuan hamba yang menganggap orang-orang yang tidak pergi ke sekolah Arab atau Agama tidak dapat petunjuk.

Sekiranya tuan hamba ingin ikut tafsiran atau ajaran tokoh-tokoh yang disebut di dalam artikel-artikel di bawah atau yang berkaitan dengannya maka teruskanlah:

Akhir kata daripada kami - tuan hamba telah ditemukan dengan begitu banyak ayat Tuhan di laman web ini, dan maaf kerana bertanya, bagaimana pula keadaan tuan hamba apabila bertemu dengan-Nya pada Hari Kiamat, setelah tuan hamba menghinjak-hinjak dan beri sepak terajang terhadap ayat-ayat-Nya, apabila terjemahan kami didapati betul?

Kami tidak yakin bahawa tuan hamba akan jadi takut dengan kata-kata itu kerana tuan hamba sudah pun ada tuhan lain yang telah janjikan syurga serta bidadari dan banyak lagi janji yang lain kepada tuan hamba. Terima kasih.

Salamun alaikum.
 

19 April 2005

Bacaan lanjut:
Hadis Lagi! - Respon
Hadis Lagi! - Respon II
Lain yang dicari lain yang jumpa (Contoh Hadis)


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman