Hadis Nabi yang sebenar
Firman Allah, "Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23). Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir, Muhammad. Kitab tersebut diturunkan kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia.
Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya, sampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga. Seperti maksud firman Allah berbunyi, "Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia" (69:40).
Dalam kandungan Kitab tersebut, terdapat ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul yang lazim diterjemah kepada katakanlah. Dengan itu, Allah menyuruh Nabi atau orang-orang mukmin mengatakan sesuatu kepada orang-orang tertentu atau umum.
Oleh yang demikian, mungkin tidak keterlaluan terangkan ayat-ayat tersebut sebagai Hadis Nabi, umpama istilah yang selalu disebut dalam masyarakat Islam, tetapi merupakan hadisnya yang sebenar dan muktamad.
Ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul di dalam al-Qur'an didapati banyak. Kesemua telah dikumpul menurut kronologi, dan kemudian, perkara-perkara penting di dalamnya dijadikan tajuk-tajuk kecil, juga disusun menurut kronologi, seperti yang dipaparkan di halaman ini.
Kerana bilangan yang begitu banyak, maka ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan Nabi, atau dengan situasi di negara ini pada hari ini, telah diketepikan. Misalan, ayat al-Qur'an yang pertama mengandungi kalimat qul (2:58). Kemudian, daripada ayat-ayat yang tinggal, dibuat pilihan lagi supaya pembentangan halaman ini tidak jadi terlalu panjang.
Orang menulis
kitab
"Ayat qul" (bukan qiila) yang kedua didapati sesuai untuk menjadi contoh hadis Nabi yang pertama di sini. Ia menyentuh orang-orang yang menulis kitab dan mengatakan kandungannya datang dari sisi Allah, walhal sebenarnya, bukan dari sisi Allah. Selanjutnya, mereka mengatakan bahawa sekiranya mereka dimasukkan ke dalam Api (neraka), mereka akan keluar darinya setelah melalui sesuatu tempoh yang pendek. Dakwaan mereka, mengenai neraka, serta hadis Nabi yang sangkalnya, yang terkandung di dalam ayat tersebut, berbunyi:
"Dan mereka berkata, 'Api tidak akan sentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung.' Katakanlah (Muhammad), 'Sudahkah kamu ambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan mungkiri perjanjian-Nya, atau kamu katakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?'" (2:80)
Bani
Israil
Seterusnya ayat-ayat qul di dalam al-Qur'an didapati mengisahkan kaum Bani Israil pada zaman dahulu. Ayat yang mengandungi hadis Nabi yang dipilih, bererti:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Percayalah kepada apa yang Allah turunkan', mereka berkata, 'Kami percayai apa diturunkan kepada kami', dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah (Muhammad), "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?'" (2:91)
Dan satu lagi, iaitu ayat yang jauh di depan, yang tidak menurut kronologi, berbunyi:
"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.'" (2:120)
Al-Qur'an
Enam ayat selepas 2:91 tadi, adalah ayat yang menyentuh kitab al-Qur'an pula. Hadis Nabi yang terkandung di dalamnya bermaksud:
"Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya (al-Qur'an) ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin." (2:97)
Ayat-ayat Allah yang mengandungi hadis Nabi yang berhubung dengan al-Qur'an banyak dijumpai di dalam beberapa surah lain. Lapan belas daripadanya disenaraikan di bawah ini (sedikit penjelasan diselitkan di belakang sesetengah ayat):
"Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya." (3:79) Nabi suruh manusia jadi orang-orang yang menguasai al-Qur'an dengan mempelajari dan mengetahuinya.
"Perkara apakah paling besar dalam kesaksian? ..... Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah? ..... Aku tidak saksikan ..... Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan." (6:19) adakan "tuhan-tuhan lain selain Allah" atau sekutukan-Nya, bermaksud ambil apa-apa yang selain daripada al-Qur'an, untuk menjadi saksi atas kebenaran.
"Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, 'Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?' Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.'" (7:203) Nabi hanya ikut apa yang diwahyukan kepadanya, iaitu aya-ayat Tuhan.
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah (Muhammad), 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15) Nabi tidak ikut apa-apa yang selain daripada al-Qur'an kerana takut kepada Tuhan.
"Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim." (10:108-109) Sabda Nabi kepada seluruh manusia.
"Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah (Muhammad), 'Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat.'" (13:30) Tidak percaya kepada al-Qur'an bermakna tidak percaya kepada Tuhan.
"Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim." (16:102)
"Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain." (17:88) Al-Qur'an bukan ciptaan manusia atau jin.
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan. Katakanlah (Muhammad), 'Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,'" (17:106-107) Percayalah kepada al-Qur'an.
"Katakanlah (Muhammad), 'Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya; dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya.' Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka ...." (18:29) Hukuman ke atas orang-orang tidak percaya adalah di akhirat.
"Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu'; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran." (21:45) Nabi hanya menyeru dengan wahyu al-Qur'an. Hakikat ini dirasakan sukar diterima oleh sesetengah golongan dalam Islam.
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah (Muhammad), 'Bolehkah aku beritahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu? Api - Allah janjikannya kepada orang-orang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!'" (22:72) Orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat al-Qur'an hendak diserang oleh orang-orang tidak percaya!
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30) Hadis Nabi di akhirat.
"Dia yang tetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah (Muhammad), 'Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan yang nyata.'" (28:85) Al-Qur'an petunjuk yang benar.
"Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?' Katakanlah (Muhammad), 'Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang tidak percayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.'" (41:44) Bahasa bagi al-Qur'an tidak jadi isu. Isunya adalah percaya atau tidak percaya kepadanya.
"Katakanlah (Muhammad), 'Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu dapati pada bapa-bapa kamu?' Mereka berkata, 'Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.'" (43:24) Tidak mahu ikut al-Qur'an tetapi ingin ikut agama bapa-bapa atau nenek moyang.
"Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." (46:9)
"Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim." (46:10)
Jelas kelihatan bahawa Nabi tidak datangkan sesuatu yang selain daripada al-Qur'an. Nabi turut bersabda mengenai kepercayaan baginda kepada Kitab-Kitab lain yang diturunkan Allah, seperti Taurat. Dua ayat Allah yang meriwayatkannya adalah 28:49 dan 42:15.
Tidak bezakan antara
Nabi
Pilihan diteruskan dengan hadis Nabi yang melarang amalan bezakan antara Nabi Allah, berbunyi:
"Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim." (2:136)
Terdapat satu lagi ayat al-Qur'an yang membawa mesej atau hadis Nabi yang sama, iaitu 3:84. Mungkin ramai yang sudah sedari bahawa hadis Nabi itu tidak ditaati oleh sesetengah pihak yang mengaku sangat mengasihinya.
Tajuk yang menyusul dalam susunan kronologi adalah:
Kiblat
"Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, 'Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?' Katakanlah (Muhammad), 'Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.'" (2:142)
Untuk keterangan lanjut mengenai Kiblat, sila rujuk ayat 2:144.
Bulan
baru
"Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah (Muhammad), 'Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.'" (2:189)
Nafkah
Hadis Nabi yang menyenaraikan penerima bagi amalan nafkah berbunyi,
"Mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah (Muhammad), 'Apa sahaja kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'" (2:215)
Terdapat lagi beberapa ayat al-Qur'an yang mengandungi hadis Nabi mengenai nafkah, seperti empat yang berikut:
"Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah (Muhammad), 'Yang berlebihan.' Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan." (2:219)
"Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq." (9:53) Orang-orang fasiq adalah mereka yang tidak mempedulikan perintah Tuhan.
"Katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan." (14:31)
"Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu nafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (34:39)
Di samping nafkah, ayat 14:31 tadi turut menyebut amalan solat. Lantaran itu, diturunkan tiga hadis Nabi mengenainya yang terdapat di dalam surah lain.
"Katakanlah (Muhammad), 'Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik.' Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
dan katakan (Muhammad), 'Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.'" (17:110-111)"Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah (Muhammad), 'Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.'" (62:11) Mereka tinggalkan solat untuk pergi kepada hiburan dan perdagangan.
Bulan haram dan
perang
"Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah (Muhammad), 'Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan.'" (2:217)
Hadis Nabi mengenai peperangan yang selanjutnya didapati di dalam beberapa surah yang kemudian. Contoh:
"Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?' Katakanlah (Muhammad), 'Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.'" (4:77)
"Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, 'Jangan pergi dalam panas terik.' Katakanlah (Muhammad), 'Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham.'" (9:81)
"Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit." (33:16)
Dalam peperangan terdapat perkara berhubung dengan rampasan perang dan tawanan perang. Dua hadis yang menyusul jelaskannya:
"Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin." (8:1)
"Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, 'Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih.'" (8:70)
Arak dan
judi
"Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad), 'Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'" (2:219)
Anak yatim
"Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah (Muhammad), 'Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.'" (2:220)
Satu lagi ayat al-Qur'an yang mengandungi hadis Nabi mengenai perkara di atas, bererti:
"Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah (Muhammad), 'Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'" (4:127)
Haid
"Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah (Muhammad), 'Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu .'" (2:222)
Itu sahaja larangan bagi kaum wanita dalam haid yang disebut di dalam kitab Hadis Allah.
Orang tidak
percaya
"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang tidak percaya, 'Kamu akan dikalahkan, dan dikumpulkan ke dalam Jahanam - sebuah buaian yang buruk!'" (3:12)
Terdapat beberapa lagi ayat yang mengandungi sabda Nabi terhadap orang-orang tidak percaya. Antaranya adalah:
"Beginilah kamu ini; kamu suka mereka, dan mereka tidak suka kamu; kamu percayai Kitab, semuanya, dan apabila mereka berjumpa dengan kamu, mereka berkata, 'Kami percaya', tetapi apabila mereka menyendiri, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah pada kamu. Katakanlah (Muhammad), 'Matilah dalam kemarahan kamu; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.'" (3:119)
"dan katakan (Muhammad) kepada orang-orang tidak percayai, 'Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal. Dan lihat dan tunggulah; kami juga melihat dan menunggu.'" (11:121-122)
"Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh." (32:29)
"Wahai orang-orang tidak percaya, Aku tidak sembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, Dan tidak juga aku menyembah apa yang kamu sembah, Dan tidak juga kamu menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!" (109:1-6)
Selain tindakan tidak percaya kepadanya (Nabi), atau kepada ayat-ayat Allah, penolakan manusia adalah dengan mendustakan, berpaling, membantah dan ingkar. Kesemuanya disenaraikan di bawah ini:
Mendustakan:
"Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan." (6:57)
"Maka, jika mereka dustakan kamu, katakanlah (Muhammad), 'Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa.'" (6:147)
"Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat.'" (10:41)
Berpaling:
"Maka jika mereka berpaling, katakanlah (Muhammad), 'Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal. Dia Pemelihara Arasy yang besar.'" (9:129)
Membantah:
"Dan jika mereka bantah kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Allah sangat-sangat tahu apa kamu buat. Allah akan hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.'" (22:68-69)
Ingkar:
"Kemudian, jika mereka ingkari kamu, katakanlah (Muhammad), 'Aku berlepas diri daripada apa kamu buat.'" (26:216)
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Nabi kepada orang-orang yang menolak ajakannya, atau menolak ayat-ayat Allah, adalah lembut. Tidak macam tindakan sesetengah orang di sini, yang mencela, mengherdik, menghina, laknat, atau beri gelaran buruk, umpamanya gila, sesat, kafir dan anti-hadis! Terdapat pula antara mereka yang hendak menghukum! Ingin bertanya, hadis siapakah yang mereka ikut? Namun, mereka mengatakan mereka sangat kasih kepada Nabi.
Kesenangan kehidupan dunia
Firman Allah yang mengandungi hadis Nabi adalah:
"Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. Katakanlah (Muhammad), 'Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.'" (3:14-15)
Tunduk
patuh
"dan katakan (Muhammad) kepada orang-orang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?' Jika mereka tunduk patuh, mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk sampaikan" (3:20)
Sabdnya yang lain terkandung di dalam ayat Allah yang bererti,
"Orang-orang Arab berkata, 'Kami percaya.' Katakanlah (Muhammad), 'Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.'" (49:14)
Debat
"Maka jika mereka debat kamu, katakanlah (Muhammad), 'Aku tundukkan wajahku (kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku.'" (3:20)
Diturunkan tiga ayat lain mengenai perkara tersebut:
"Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah (Muhammad), 'Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta.'" (3:61)
"... atau debat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.'" (3:73)
"Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang buat zalim; dan katakan (Muhammad), 'Kami percaya kepada apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim.'" (29:46)
Ikut
aku
Nabi telah menyuruh orang-orang yang mencintai Allah supaya ikutinya. (Cinta kepada Allah ditunjukkan dengan ketaatan kepada Kitab-Nya, al-Qur'an.)
"Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih." (3:31)
Dua lagi hadis Nabi yang berkaitan dipamerkan di sini:
"Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk." (7:158) Ikut dia yang percayai ayat-ayat-Nya.
"Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan." (12:108) Jalan itu ditunjukkan di dalam al-Qur'an, yang merupakan bukti-bukti yang nyata.
Nabi juga telah menyuruh ikut anutan Nabi Ibrahim kerana baginda sendiri ikutinya. Sabdanya:
"Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan." (3:95)
"Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan." (6:161)
Ahli
Kitab
Nabi telah bersabda kepada ahli Kitab. Orang-orang yang diturunkan al-Qur'an juga dianggap ahli Kitab.
"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita ambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah.' Dan jika mereka berpaling, katakanlah (Muhammad), 'Saksilah bahawa kami adalah muslim.'" (3:64)
Dan lagi, empat hadis Nabi untuk renungan dan iktibar atas perkara di atas:
"Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah? Allah saksi atas apa kamu buat." ..... Wahai ahli Kitab, mengapakah kamu menghalangi jalan Allah orang yang percaya, dan inginkannya jadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (3:98-99)
"Wahai ahli Kitab, adakah kamu dendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?" (5:59)
"'Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu.' Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka jangan dukacita terhadap kaum tidak percaya." (5:68)
"Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul." (5:77)
Iktibar harus diambil daripada hadis-hadis Nabi di atas, terutamanya daripada yang akhir.
Petunjuk
Kalimat di atas sudah banyak disebut di halaman ini. Ayat yang menyusul adalah antara yang awal di mana kalimat tersebut jadi tajuk bagi ayat yang mengandungi kalimat qul.
"'Dan janganlah percayai sesiapa kecuali orang yang ikut agama kamu.' Katakanlah (Muhammad), 'Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu (ahli Kitab) diberi'" (3:73).
Pilihan hadis atas perkara yang sama diteruskan dengan petikan daripada tiga surah yang lain:
"Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? ..... Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam," (6:71)
"Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan." (17:84)
"Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat." (34:50)
Petunjuk yang benar adalah wahyu yang diwahyukan kepada Nabi.
Takdir
Ayat-ayat berikut berkaitan dengan "Percaya kepada Takdir". Sebuah artikel bertajuk yang serupa telah ditulis dan boleh dibaca melalui ruangan "Artikel" di laman web ini.
"Mengapa, apabila penderitaan menimpa kamu, dan kamu telah menimpakan dua kali yang serupa dengannya, kamu berkata, 'Bagaimanakah ini?' Katakanlah (Muhammad), 'Ini adalah daripada diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.'" (3:165)
"Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, 'Ini daripada Allah'; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, 'Ini daripada kamu.' Katakanlah (Muhammad), 'Semuanya daripada Allah.' Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis." (4:78)
Munafik
Ayat-ayat mengenai orang-orang munafik ada beberapa. Hanya satu sahaja diturunkan di sini:
"Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang beritahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan keluarkan apa yang kamu takuti.'" (9:64)
Waris
tidak langsung
"Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu." (4:176)
Halal dan
haram
Adalah didapati bahawa hal halal dan haram amat sensitif di kalangan masyarakat Islam kerana ajaran yang sedia dipakai agak bertentangan dengan hadis Nabi yang sebenar. Misalan, apa diturunkandi bawah ini:
"Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.'" (5:4)
"Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal? ..... Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?" (10:59)
Hadis-hadis Nabi atas tajuk Haram pula adalah seperti berikut:
"Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih." (6:145)
"Katakanlah (Muhammad), 'Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa Allah haramkan ini.' Kemudian, jika mereka saksikan, janganlah saksikan bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami ....." (6:150)
"Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu:
bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka;
dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi,
dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa.
Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya.
Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat.
Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.
Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya.
Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa." (6:151-153)
Nabi juga telah menyentuh mengenai perhiasan yang diharamkan manusia tetapi tidak diharamkan Allah. Sabdanya,
"Siapakah yang haramkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya? ..... Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini .....
Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu." (7:32-33)
Selain
daripada Allah
Frasa selain daripada Allah kelihatan seolah-olah dilepas pandang oleh sesetengah pihak yang membaca al-Qur'an. Mungkin kerana kehadiran kalimat-kalimat seperti sembah dan seru yang disalahtafsirkan.
"Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh mudaratkan, atau manfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (5:76)
Sembah tidak semestinya bererti menyembah bagai sembahyang. Kalau pun sembahyang, yang tidak menurut ajaran-Nya tetapi menurut ajaran si anu, yang selain daripada-Nya, maka ia dikira menyembah si anu, bukan Allah.
Hadis-hadis Nabi yang selanjutnya adalah:
"Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu seru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?" (6:40) Menyeru si anu, bukan Allah, ketika azab datang! Bukankah itu sekutukan-Nya?
"Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah ..... Aku tidak ikut keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat petunjuk." (6:56) Menyembah si anu dengan menuruti petunjuknya, sementara petunjuk Allah diketepikan.
"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
Dan, Tegakkanlah wajah (muka / kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.
Dan janganlah menyeru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim." (10:104-106)"Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam." (40:66) Dikira menyembah si anu apabila tidak ikut apa yang Tuhan turunkan, atau tunduk patuh kepada-Nya.
Selain menyeru atau menyembah yang selain daripada Allah, manusia juga didapati ambil Wali yang selain daripada-Nya:
"Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan? ..... Aku diperintah supaya jadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'" (6:14) ambil si anu sebagai wali bermakna sekutukan-Nya.
"Katakanlah (Muhammad), 'Siapakah Pemelihara langit dan bumi?'
Katakanlah (Muhammad), 'Allah.'
Katakanlah (Muhammad), 'Adakah kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka sendiri?'
Katakanlah (Muhammad), 'Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?'" (13:16)
Buruk dan
baik
"Katakanlah (Muhammad), 'Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.' Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung." (5:100)
Mengembara
Nabi menyuruh mengembara di bumi untuk melihat peninggalan sejarah daripada orang-orang zaman dahulu. Sebagai contoh ialah mereka yang mendustakan Allah. Sabdanya,
"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan." (6:11)
Juga untuk melihat kesudahan orang-orang yang berdosa atau yang sekutukan, dan perhatikan pertumbuhan bertumbuh:
"Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa." (27:69)
"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah jadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu," (29:20)
"Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan." (30:42)
Ingkar
Nabi tidak ingkar kepada Allah kerana takut azab Hari Kiamat. Sabdanya,
"Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar." (6:15)
Mukjizat
Orang-orang di sekeliling Nabi dapati baginda tidak datangkan sebarang mukjizat. Lalu mereka menyoal mengapa ia tidak diturunkan kepadanya. Ayat di bawah mengisahkannya:
"Mereka juga berkata, 'Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya Allah berkuasa untuk turunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.'" (6:37)
Antara ayat-ayat al-Qur'an yang lain yang menunjukkan Nabi tidak diturunkan mukjizat, serta sabda baginda mengenainya, adalah dua yang berikut:
"Mereka bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa jika satu ayat (mukjizat) datang kepada mereka, mereka akan percayainya. Katakanlah (Muhammad), 'Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah.' Apakah yang akan buat kamu sedar bahawa, apabila ia datang, mereka tidak akan percayai?" (6:109) Kalau diturunkan mukjizat pun mereka tidak akan percayai baginda, seperti kaum Nabi Musa dan Isa.
"Mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah (Muhammad), 'Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.'
Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai." (29:50-51) Mukjizat Nabi hanya al-Qur'an.
Mengapa pula Nabi dikatakan telah diturunkan beberapa mukjizat? Hadis siapakah yang ceritakannya?
Tidak
tahu yang ghaib
Nabi tidak tahu perkara-perkara yang ghaib. Maksud perkara yang ghaib termasuk kejadian yang berlaku pada masa akan datang. Sabdanya,
"Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku ..... Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?" (6:50)
Dan,
"Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai." (7:188)
Salamun
alaikum
Salam hormat yang dilafaz oleh Nabi didapati berbeza dengan ajaran hadis yang selain daripada hadisnya yang sebenar, berbunyi:
"Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah (Muhammad), 'Salamun alaikum'" (6:54)
Nabi juga telah menggunakan kalimat "Salam":
"Namun begitu, maafkan mereka, dan katakan (Muhammad), 'Salam!' Kelak mereka akan tahu." (43:89)
Tiada
kuasa
"Aku tidak ada kuasa untuk mudaratkan diriku sendiri, atau manfaatkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya." (10:49)
Selain tidak ada kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan atau mudarat, baginda juga tidak berkuasa untuk mendatangkan kelurusan. Sabdanya,
“Sesungguhnya aku tidak miliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk mudarat atau untuk kelurusan.” (72:21)
Golongan
dalam agama
Amaran Nabi terhadap orang-orang yang bergolongan atau bermazhab dalam agama terdapat di dalam hadisnya yang bererti:
"Dia berkuasa unuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau unuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan unuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." (6:65)
Upah
Nabi mengatakan baginda tidak ambil upah dalam sampaikan ajaran agama. Hadis baginda terkandung di dalam ayat berbunyi,
"Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:90)
Hadis baginda yang berkaitan dengan tajuk, yang didapati di dalam surah lain adalah seperti berikut:
"Aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan." (25:57)
"Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu." (34:47)
"Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya, dan tidak juga aku termasuk orang-orang yang melakukan mengikut kehendak mereka sendiri." (38:86)
"Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik . Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara'" (42:23)
Lima hadis Nabi yang menjelaskan baginda tidak ambil upah dalam sampaikan ajaran agama telah dibentangkan. Maka hadis siapakah yang diikuti oleh orang-orang yang mengambil upah dalam agama?
Kaum
Nabi telah bersaba kepada kaumnya. Antara hadisnya adalah yang terdapat di dalam ayat yang menyusul:
"Kaum kamu dustakannya, padahal ia adalah yang benar. Katakanlah (Muhammad), 'Aku bukanlah seorang wakil kepada kamu.'" (6:66)
Hadis Nabi yang lain berbunyi,
"Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung." (6:135)
"Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan tahu," (39:39)
Hujah
Muktamad
Nabi telah bersabda iaitu ayat-ayat Allah yang diturunkan kepadanya adalah hujah yang muktamad:
"Bagi Allah hujah yang muktamad; sekiranya Dia hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada kamu semua." (6:149)
Sekutu
Sedikit penjelasan mengenai sekutu telah dibuat di bawah tajuk "Selain daripada Allah" di atas. Nabi telah berabda:
"Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim ..... Adakah aku inginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" (6:162-164)
Antara sabdanya yang lain adalah:
"Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya? ..... Allah, Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?" (10:34) Bagaimanakah manusia boleh dipalingkan daripada percaya dan menuruti ayat-ayat-Nya, sedangkan Allahlah yang memula dan kembalikan ciptaan?
"Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar? ..... Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?" (10:35)
"mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah (Muhammad), 'Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?'" (13:33)
"Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong." (34:22)
"Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (34:27) ambil si anu untuk berhubung dengan Tuhan.
Mengatakan apa yang tidak tahu
"Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, 'Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya.' Katakanlah (Muhammad), 'Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?'" (7:28)
Ayat yang pertama dipaparkan di halaman ini (2:80) juga mengandungi mesej yang sama, tetapi terhadap dakwaan palsu orang-orang yang menulis kitab yang menyatakan neraka adalah tempat kediaman yang sementara sahaja setelah mereka dimasukkan ke dalamnya.
Masjid
"Pemeliharaku perintah supaya buat keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan." (7:29)
Saat
Hadis Nabi mengenai Saat yang dipilih di sini didapati di dalam ayat bermaksud:
"Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah (Muhammad), 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar ketahuinya. Katakanlah (Muhammad), 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.'" (7:187)
Bila Saat akan berlaku merupakan satu lagi perkara yang ghaib yang baginda tidak tahu.
Pemberi
amaran dan pemberi berita gembira
"Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai." (7:188)
Amaran dan berita gembira yang diberi oleh Nabi adalah apa yang terkandung di dalam Kitab yang dibawanya.
Lebih
dicintai
Sabda Nabi mengenai cinta yang sebenar berbunyi,
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq." (9:24)
Memperolok-olokkan ayat
"Dan jika kamu tanya mereka, maka mereka akan berkata, 'Kami hanya terjun dan bermain-main.' Katakanlah (Muhammad), 'Adakah Allah kamu memperolok-olokkan, dan ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya?'" (9:65)
Beramal
"Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat." (9:105)
Dusta
terhadap Allah
"Orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung." (10:69)
Orang-orang yang berdusta terhadap Allah hanya boleh dicam setelah membaca dan memahami kandungan al-Qur'an.
Roh
"Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah (Muhammad), 'Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit.'" (17:85)
Hanya
seorang manusia
"Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya.' Katakanlah (Muhammad), 'Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?'" (17:93)
Pilihan hadis atas tajuk yang sama ditambah dua lagi, iaitu:
"Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun." (18:110)
"Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan," (41:6)
Panjangkan tempoh
"Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah panjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka lihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan tahu siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya." (19:75)
Bertakwa
Takwa bermaksud takut kepada Tuhan. Antara hadis Nabi mengenainya adalah yang berbunyi,
"..... 'Kepunyaan siapakah bumi dan sesiapa yang di dalamnya, jika kamu tahu?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Tidakkah kamu mengingati?"
..... 'Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Tidakkah kamu bertakwa?'
..... 'Di tangan siapakah dominion segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu tahu?' Mereka akan berkata, 'Kepunyaan Allah.'
..... 'Bagaimanakah pula kamu disihir?'" (23:84-89)
Satu lagi hadis Nabi yang dipilih adalah:
"Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?" (25:15)
Syaitan
Cara Nabi memohon perlindungan daripada syaitan, berbunyi,
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
Mukmin
Perintah Allah kepada Nabi untuk disampaikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan mengenai kesopanan berbunyi:
"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.
dan katakan (Muhammad) kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung." (24:30-31)
Hanya
untuk menyampaikan
Satu lagi hakikat yang sukar diterima oleh sesetengah pihak yang mengaku Islam, iaitu Nabi hanya dibebankan untuk sampaikan Kitab Allah. Sabdanya,
"Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas." (24:54)
Ayat 3:20 yang telah disebut lebih awal lagi turut menyatakan bahawa tugas Nabi hanyalah untuk sampaikan al-Qur'an - "jika mereka berpaling, maka bagi kamu (Muhammad) hanyalah untuk menyampaikan".
Mendengar, melihat
Nabi menyuruh mendengar dan melihat. Tentu yang suruh didengar itu adalah ayat-ayat Allah, dan yang dilihat adalah kebesaran-Nya, yang tiada tandingan. Sabdanya,
"Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?
..... Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?'" (28:71-72)
Palsu
Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah hanya ikut yang palsu, menurut hadis Nabi yang bermaksud,
"Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi." (29:52)
Isterinya
Satu contoh hadis Nabi terhadap isteri-isterinya terkandung di dalam ayat al-Qur'an yang bererti:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, 'Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis. Tetapi jika kamu hendak Allah, dan Rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah sediakan bagi orang-orang buat baik antara kamu dengan upah yang besar.'" (33:28-29)
Tidak
ditanya
"Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa kamu buat ..... Pemelihara kita akan kumpulkan kita bersama, kemudian beri keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui." (34:25-26)
Rezeki
"Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (34:36)
Takutilah
Tuhan kamu
"Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan." (39:10)
Syafaat
Nabi mengaku tidak mempunyai kuasa syafaat, atau mengantara. Pengakuan baginda terdapat di dalam ayat-ayat berikut:
"Atau, adakah mereka ambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah (Muhammad), 'Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak faham?'
Katakanlah (Muhammad), 'Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.'" (39:43-44)
Berputus
asa
Nasihat Nabi kepada orang-orang yang buat kesalahan, berbunyi:
"Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih." (39:53)
ajar
Allah
Bagi orang-orang yang menokok tambah pada ajaran agama Allah, Nabi mengingatkan mereka dengan hadisnya yang bermaksud:
"Apa, adakah kamu akan ajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah tahu apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah tahu segala sesuatu." (49:16)
Budi baik
kepada Nabi
"Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka sudah tunduk patuh! Katakanlah (Muhammad), 'Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan dia beri kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.'" (49:17)
Tidak, adalah jawapan Nabi kepada orang-orang yang sangka telah berbudi baik kepadanya kerana jadi Islam. Sebaliknya, Allahlah yang berbudi kepada mereka.
Dengan hadis itu, senarai hadis Nabi yang sebenar di halaman ini berakhir. Walaupun didapati meliputi bidang yang luas dalam Islam, namun, Hadis Allah yang berupa Kitab al-Qur'an beri penjelasan yang lebih lanjut lagi terperinci. Sebagai penutup, sambutlah firman Allah yang berbunyi,
"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6)
Penulis
Bacaan
Ramadan 1424
November 2003
Artikel /
English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman