Selamat Tinggal tuhan Syeikh!
From: abdman
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: salamun alaikum
Date: Wednesday, April 13, 2005 3:09 PMSaudara
Salamun alaikum
Semoga Saudara sekeluarga dan kerja baik yang Saudara lakukan dapat keberkahan, kerahmatan dan keredaan Allah.
Sejak mengenali BACAAN, hampir setiap hari saya melayari web BACAAN. Terlalu banyak yang saya tidak ketahui dan sedari, bahawa terlalu banyak peyelewangan, pengkhianatan kebodohan, kelalaian saya pada Allah selama ini. Apa yang saya belajar selama ini hanya berpandu kepada "buku agama" yang di perkenalkan oleh Ustaz, Guru, Syeikh yang saya belajar dengan mereka, yang saya panggil mereka dengan nama nama tersebut tadi. Saya belajar melalui mereka, dan merasa sudah begitu "baik" dan sa olah olah sudah merasakan akan masuk Syurga.
Saya begitu "taqsub" dengan guru yang saya panggil Syeikh. Bila berjumpa dengan saya akan memelok nya dan mencium tangan, rasa saperti sudah dapat "keberkahan". Bila antara kami bertanya kabar ( bersama murid murid lain ) jawapan kami hampir sama semua nya berbunyi "Alhamdulliah, dengan berkat Syeikh kami sihat ". salaman kami dengan Syeikh senantisa berisi dengan wang untuk dapat lebeh banyak "berkat ". Tiada satu kesalahan pun yang kami nampak pada Syeikh kami. Walaupun kadang kala terasa syeikh bersalah, namun kerana terlalu yakin, percaya dan "taqsub" kepada nya, kami menerima dengan redha, bahawa Syeikh kami "istimewa". Allah sangat sayang padanya, dan kami anak anak murid berharap dapat masuk Syurga atas ketaatan dan kesetian pada Syeikh. Kami yakin Syeikh kami "mesti" masuk Syurga dan akan membawa kami bersama. Itu lah keyakinan, kepercayaan saya selama.
Setiap "tazkirah" yang di ikut / di beri oleh Syeikh, semakin sayang, yakin dan "taqsub " kami pada nya. Jika ada murid yang Syeikh benci, atau marah kami pun ikut dan turut marah dan benci dengan murid itu. Jika Syeikh kami katakan jauhkan dari mereka, kami semua akan jauhkan diri dari murid.
Sekarang saya telah di "jauhkan" .................. atas arahan Syeikh, TAPI saya tak kesal, lebeh lebeh lagi saya telah bertemu dengan BACAAN.
Saya sedari bahawa rupa rupa , saya TERTIPU. Saya lupa Al Qur'an ( tidak membaca dan memahami kandungan nya ). Harapan saya agar Allah mengampuni dosa dosa saya. Bila membaca "hari kiamat" melalui BACAAN, saya gerun, bila Solat, ( sekarang saya " Solat menurut Al Qur'an" ), saya menangis kerana kebodohan, kelalaian saya mengenepikan dan tidak membaca / memmahami Al Qur'an.
Harapan dan doa saya agar di satu hari nanti saya dapat bertemu dengan Saudara, dan harapan saya juga, agar di satu hari nanti saya dapat berganding bahu bersama sama untuk memegang, membaca, memahami 'kesucian Al Qur'an' yang sa benar benar nya, yang dahulu nya saya hanya memegang/ membaca / belajar Al Qur'an ( mesti berwudhu ) dan tidak faham terjemahan / kandungan Al Qur'an.
Mohon Maaf jika e mail kali ini agak panjang...
Terima Kasih kerana Saudara sudi membaca nya.
Salamun alaikum, Saudara.
Terima kasih. Kami juga berharap saudara dan keluarga sentiasa berada dalam kesejahteraan kurniaan Allah, dan sentiasa mendampingi-Nya dengan membaca al-Qur'an yang mulia.
Pengalaman saudara diterbitkan di sini buat renungan bersama. Kerana terdapat beberapa perkara yang harus direnungkan, seperti ambilan Syeikh sebagai tuhan bersama Allah. Peringatan Allah yang berkaitan berbunyi,
"Katakanlah, 'Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka kata, tentu mereka (tuhan-tuhan itu) mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy.'" (17:42)
Tuhan lain yang diambil di situ ialah orang-orang yang dianggap alim, yang mencari jalan kepada Allah. Hanya orang macam itu mencari jalan kepada Allah. Seperti Syeikh tersebut.
Sementara ambilan kitab yang selain daripada al-Qur'an sebagai petunjuk juga diserupakan dengan sekutukan Allah, atau ambil tuhan selain daripada Allah. Firman-Nya,
"Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan." (6:106)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang-orang yang sekutukan Allah (yang adakan tuhan selain Allah) tidak akan ikut apa yang diwahyukan kepada Nabi, iaitu al-Qur'an. Mereka akan ikut kitab lain.
Dan, renungkan juga ayat berikut, yang berkaitan:
"Katakanlah, 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?' Katakanlah, 'Aku tidak saksikan.' Katakanlah, 'Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan (dengan adakan kitab lain, selain daripada al-Qur'an).'" (6:19)
Syukurlah, saudara telah lepaskan diri daripada amalan yang sangat dibenci Allah, yang dosanya sukar diampun. Saudara melepaskannya pula dengan dada yang lapang. Seperti itulah kehendak Allah. Firman-Nya,
"Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam (tunduk patuh kepada Tuhan);" (6:125).
Maka, kami bersama saudara ucapkan "Selamat Tinggal tuhan Syeikh!"
Mudah-mudahan Allah buat kita kekal dalam Islam.
14 April 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman