Anti Hadis

 

Satu kekeliruan yang ketara berlaku di dalam masyarakat Melayu Islam khasnya, tetapi dengan tanpa disedar. Ia berpunca daripada perkataan hadith atau hadis yang berasal daripada Arab, iaitu bahasa yang kebanyakan orang Melayu tidak faham.

Perkataan tersebut adalah sebenarnya perkataan Tuhan kerana diguna di dalam Kitab-Nya, al-Qur'an. Ia disebut sebanyak 28 kali dan mempunyai beberapa makna pula seperti perkataan, bicara, berita, keterangan, mimpi atau cerita, dan sebagainya, menurut konteks ayat ia digunakan.

Terdapat satu lagi makna atau pengertian yang ingin dibicara dengan lebih lanjut, iaitu al-Qur'an. Tuhan juga telah mengertikan perkataan 'hadis' kepada al-Qur'an. Contoh-contoh ayat di mana perkataan tersebut diertikan-Nya kepada al-Qur'an adalah:

"Boleh jadi, jika mereka tidak percayai HADIS ini (al-Qur'an), kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka" (18:6),

"Allah turunkan HADIS yang paling baik sebagai sebuah Kitab (al-Qur'an)" (39:23),

"Apa, adakah kamu anggap HADIS ini (al-Qur'an) rendah?" (56:81) dan,

"Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang dustakan HADIS ini (al-Qur'an)! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu" (68:44).

Maka dengan itu jelaslah bahawa ayat-ayat al-Qur'an adalah hadis Tuhan. Bagi orang-orang yang dustakannya pula Dia akan tarik mereka sedikit demi sedikit kepada penderitaan.

Pun begitu, terdapat pihak di kalangan masyarakat yang menganggap hadis Tuhan sebagai rendah. Beberapa contoh hadis-Nya yang dianggap rendah adalah seperti berikut:

"apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, 'Salamun alaikum'" (6:54)

"Selain daripada Dia, kamu tidak ada pelindung, dan tidak juga ada syafaat (pengantara); tidakkah kamu mengingati?" (32:4)

"Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh." (4:136)

"Satu penurunan (al-Qur'an) daripada Pemelihara semua alam. Sekiranya dia (Muhammad) mengadakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami ambilnya dengan tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya," (69:43-46) dan,

"Ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas (al-Qur'an)," (5:92 dan 24:54).

Dan banyak lagi. Senarai hadis Tuhan yang dimemandang rendah serta tidak dipercayai oleh kebanyakan ahli masyarakat amat panjang. Memadailah dengan contoh-contoh di atas sahaja, yang mengandungi beberapa ajaran Tuhan seperti:

Kalau ingin ikut gelaran yang diberi oleh sesetengah pihak bagi orang-orang yang sedemikian sikapnya, yang tidak percaya dan menolak hadis, mereka digelar antihadis.

Mereka yang menggelar itu pula menggantikan ajaran hadis Tuhan dengan ajaran hadis lain yang mengajar selain daripada ajaran Tuhan. Lalu apa yang diajar Tuhan tadi bertukar kepada:

Sebab jadi begitu kerana terdapat manusia yang terbilang dalam agama (dan juga dalam bahasa Arab) di kalangan ahli masyarakat yang mempunyai pengertian tersendiri bagi perkataan 'hadis'. Mereka menolak ajaran bahasa Arab daripada Tuhan, yang menciptanya.

Mereka mengertikan perkataan itu kepada Hadis Nabi sahaja. Walhal, frasa hadis Nabi tidak langsung disebut atau diajar oleh Tuhan. Frasa sunnah Rasul pun tidak disebut-Nya.

Kekeliruan jadi bertambah kusut apabila didapati bahawa apa yang dikatakan hadis Nabi itu tidak ditulis atau disahihkan oleh Nabi sendiri. Koleksi yang mereka simpan serta imani telah ditulis oleh beberapa orang yang tinggal lebih daripada 200 tahun setelah Nabi wafat. Mereka menulis atas dasar didengar daripada cakap orang sahaja, yang mendengarnya pula daripada orang lain, daripada orang lain dan seterusnya.

Sayugia diingatkan iaitu hadis-hadis tulisan orang-orang seperti itu adalah di luar al-Qur'an, dan ditulis selepas al-Qur'an diturunkan. Hadis-hadis serupa itu ditolak oleh Tuhan dan antara penolakan-Nya berbunyi,

"Dan siapakah lebih benar HADISnya daripada Allah?" (4:87),

"Maka dengan HADIS apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur'an), akan percayai?" (7:185) dan,

"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan HADIS apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6).

Justeru itu, berhati-hatilah apabila menggelar orang lain dengan panggilan 'antihadis' kerana yang sebenarnya jadi antihadis tulisan manusia tersebut adalah Tuhan sendiri. Jangan pula muncul daripada ahli-ahli masyarakat orang-orang yang berani mencela Tuhan dengan cercaan serupa itu.

Namun, yang paling aneh sekali ialah orang-orang yang menggelar atau mencerca itu sendiri merupakan antihadis yang tulen, atas sebab mereka memandang rendah, mendustakan, dan menolak hadis yang paling baik lagi paling benar, iaitu hadis Allah, Pemelihara semua alam.


Penulis Bacaan
22 Feb 2005

Sila rujuk:
Kalimat hadis di dalam al-Qur'an
dan beberapa buah karangan yang berkaitan
di ruangan Perpustakaan
. Terima kasih.


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman