|
Sudut Pelajar |
|
"Yang mengajar ----------------
Ruangan baru
Kisah Nabi: Karangan: Paksaan di Sekolah My Father |
|
Lazimnya, tiada teguran harus diajukan mengenai disiplin tatkala seseorang guru masuk ke kelas untuk mengajar. Para pelajar akan berdiri, beri salam hormat kepada guru dan duduk setelah diizinkan. Akan tetapi, terdapat sesuatu yang aneh berlaku ketika seorang guru agama masuk ke kelas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Setelah para pelajar ucapkan salam kepada guru tersebut, mereka beramai-ramai melafazkan doa yang berbunyi (dalam bahasa Arab), "rabbi -syrah lii shadrii, wa yassir lii amri, wahlul 'uqdatan min-lisaani, yafqahuu qaulii, waj'al lii waziiran min ahlii." Itu kononnya doa untuk terang hati. Doa tersebut dipetik daripada ayat-ayat al-Qur'an yang bererti, "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka faham ucapanku" (20:25-28). Sekiranya para pelajar itu mengetahui maksud doa yang disuruh dilafazkan sebelum memulakan pembelajaran, tentu mereka akan menyuruh guru agama tersebut melafazkannya pula sebelum dia memulakan pengajarannya! Demikianlah itu adalah satu contoh kekalutan dalam pendidikan agama yang terdapat di sekolah kita. Tentu ada yang lain. Justeru, kirimkanlah kepada kami cerita-cerita benar mengenai apa yang berlaku di sekolah, mahupun di pusat-pusat pengajian lain, agar dapat perhatian pihak-pihak tertentu untuk tindakan sewajarnya, supaya anak-anak muda kita jadi lebih berfikiran wajar, rasional, cemerlang dan maju pada masa depan. Cerita diteruskan. Seorang murid perempuan balik ke rumah lalu beritahu ibunya, "Emak, cikgu agama kata tuhan tu bodoh!" Ibunya kehairanan seraya bertanya, "Kenapa Ina cakap begitu?" "Sebab dalam ujian agama, Ina tulis satu daripada sifat tuhan ialah 'Tuhan itu pandai' tapi cikgu tanda salah!!" Terdahulu daripada itu, semasa murid itu lebih kecil, dia telah ceritakan perihal Nabi Nuh dengan bahteranya. Dia beritahu bahtera tersebut telah bocor lalu air masuk ke dalamnya. Nabi Nuh bersegera pergi ke tempat yang bocor itu lalu menampalnya dengan tahi matanya. Apabila ditanya dari mana cerita itu didengar, dia menjawab, "Dari cikgu agama di sekolah."
|
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim English Articles