Mingguan Malaysia, 16 Julai 1995, muka 6

 

Ijtimak Ulama


Yang ketara dalam berita di atas ialah kenyataan berbunyi "amalan yang ditetapkan oleh ijmak ulama" (perenggan terakhir).

Frasa "ijtimak ulama" selalu disebut untuk mengiakan sesuatu tindakan atau amalan dalam agama. Ia disebut oleh semua golongan masyarakat - tua, muda, dan juga para ulama - dewasa ini.

Perkataan ijtimak bermakna perhimpunan. Maka ijtimak ulama bermakna perhimpunan ulama. Namun, persoalan mengenainya seperti bila, di mana, siapa ahlinya, usul yang ditetapkan, dan berapa kali mereka bersidang adalah masih kabur dijawab, pada hemat penulis.

Apa pun, perkataan ulama di situ didapati kurang tepat digunakan. Kerana menurut bahasa Arab al-Qur'an orang-orang seperti itu dipanggil habr.

(Untuk penjelasan lanjut bagi makna perkataan "ulama" sila click di sini, dan "habr" pula, di sini. Terima kasih.)

Maka seharusnyalah ia dipanggil "ijtimak habr" bukan "ijtimak ulama".

Akan tetapi, persoalan mengenai sama ada manusia berkuasa untuk menetapkan amalan dalam agama Allah adalah lebih berat. Persoalan ini dibangkitkan akibat kenyataan akhbar di atas berbunyi "amalan yang ditetapkan oleh ijmak ulama".

Pada hari ini, dalam agama lain yang asalnya datang dari "langit" juga, didapati manusialah yang menetapkan amalan atau mensyariatkan agama. Tindakan mereka menyebabkan agama tidak jadi seperti agama asal, iaitu yang disampaikan melalui Nabi Ibrahim, Nabi Musa atau Nabi Isa (yang serupa dengan agama dibawa Nabi Muhammad).

Bagi agama lain golongan yang menetapkan amalan agama atau mensyariatkan agama dipanggil rahib, paderi atau sami. Bagi agama Islam pula mereka dipanggil umum sebagai "ulama", atau dengan lebih tepat, "habr".

Sebenarnya, Tuhan tidak begitu suka orang-orang yang menetapkan amalan atau mensyariatkan agama selain daripada apa yang diwahyukan di dalam Kitab-Nya. Dia menggelar mereka sekutu-sekutu-Nya. Firman Allah:

"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan?" (42:21).

Justeru itu, dengan ikut amalan agama yang ditetapkan oleh manusia (habr), tetapi tidak ditetapkan Allah, seseorang terjerumus ke dalam kancah sekutukan-Nya. Ini amat berat.

Maka para habr berkedudukan seperti Tuhan. Mereka jadi begitu atas kepercayaan dan kuasa yang diberi oleh pengikut-pengikut mereka. Lalu pengikut-pengikut mereka jadi seperti yang disebut Allah di dalam sebuah ayat-Nya berbunyi,

"Mereka ambil habr-habr mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah," (9:31).


Sila baca:
Sekutu Allah menurut al-Qur'an
Syariat Agama

 

Halaman Utama  Terkini  Perpustakaan  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar  Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman