Perkataan sunnah Nabi, ijmak dan kias
(berkaitan keratan akhbar 15 Julai 1995)
Perkataan-perkataan seperti
sunnah Nabi, ijmak dan kias
kelihatan seperti keramat, atau jadi seperti rukun iman atau Islam - tidak
percaya kepadanya bermakna jadi sesat atau anti-Islam - tetapi sayangnya,
tidak disebut di dalam al-Qur'an.
Allah tidak menyebut perkara-perkara tersebut, lantas Dia tidak menganjurkannya. Maka mereka adalah hanya ajaran habr zaman dahulu.
Jangan sangka Tuhan terlupa menyebut perkara-perkara tersebut ("Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab" - 6:38) memandangkan ajaran-Nya yang begitu tepat, terperinci dan jelas hingga ke, misalannya, nombor-nombor pecahan pun disebut-Nya. Contoh, adalah ayat mengenai pembahagian harta pesaka, berbunyi:
"... Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan ..... Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga ..." (4:12)
Atau, Dia tidak juga lupa ajar perkara-perkara yang jauh lebih ringan daripada apa yang dikatakan wajib seperti yang diadakan oleh habr itu. Sebagai contoh ialah adab masuk bilik tidur ibu bapa bagi anak-anak dan "hamba" pada tiga waktu aurat:
"... hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu ...
"Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka minta izin seperti orang-orang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana" (24:58-59).
Sekiranya Allah mahukan manusia beriman kepada sunnah Nabi, ijmak dan Kias tentu Dia telah menyebutnya dengan jelas di dalam al-Qur'an, iaitu Kitab yang beri petunjuk kepada jalan paling lurus.
Maka orang yang ikut agama Allah tidak harus menuruti apa yang dikatakan ulama palsu seperti sunnah Nabi, ijmak dan Kias.
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan
E-Mail Hiasan Kalimat
Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan Soalan
Lazim Sudut Pelajar English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman