Syurga dan orang takwa


The Star, Selasa 11 Jun 2002, muka 8 / Section 2

 

Peribahasa Inggeris, "You cannot make an omelette without breaking eggs" bermaksud "Anda tidak akan beroleh sesuatu dengan saja-saja, tetapi dengan berkorban."

Semua orang Islam inginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Qur'an, disebut Jannah atau Taman dalam bahasa Melayu. Taman ini disebut lagi dengan pelbagai nama seperti Taman Yang Kekal, Taman Kebahagiaan, Taman Adn dan Taman Firdaus.

Allah pula, menyuruh manusia supaya berusaha dan bersegera untuk masuk Taman. Itu satu-satunya tempat yang beri kebahagiaan di akhirat. Di samping itu Dia menyuruh bersegera kepada ampunan-Nya kerana manusia adalah makhluk yang lemah. Firman Allah:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi" (3:133). 

Kebahagiaan di akhirat adalah untuk orang-orang bertakwa sahaja. Hanya orang-orang bertakwa akan masuk Taman. Firman-Nya:

"dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang bertakwa" (43:35).

"Katakanlah, 'Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?'" (25:15).

Takwa bermaksud takut kepada Tuhan atau menjaga diri. Cara memperolehi darjat ini adalah dengan berusaha untuk ikut jalan Allah. Jalan itu adalah berlainan daripada jalan-jalan lain yang mungkin diikuti oleh ramai orang-orang yang mengaku Islam. Firman-Nya:

"Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa'" (6:153).

Jalan Allah, yang akan membawa manusia kepada takwa, adalah seperti yang dibentangkan di dalam al-Qur'an, bukan al-Qur'an dan Hadis, tetapi hanya al-Qur'an. Firman-Nya:

"Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa" (39:28).

Sungguh, al-Qur'an jadi petunjuk bagi orang-orang bertakwa. Dua ayat berikut mengesahkannya lagi:

"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa" (2:2).

"Ini (al-Qur'an) adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa" (3:138).

Oleh kerana itu, dengan ikut ajaran al-Qur'an serta menolak segala ajaran agama yang lain, yang sedia dipakai, adalah merupakan satu pengorbanan yang besar. Ini tidak mudah dilakukan kecuali kepada orang-orang bertakwa.

orang-orang bertakwa adalah mereka yang taat. Segala ketaatan yang dilakukan oleh manusia terhadap Allah adalah untuk menjadi orang-orang bertakwa (2:189). Allah menjelaskan ketaatan yang sebenar dengan ayat berikut:

"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah 

percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; 

dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; 

dan merdekakan hamba, 

dan lakukan solat, 

dan beri zakat, 

dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, 

dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. 

Mereka inilah orang-orang bertakwa dengan benar" (2:177).

Itu sebahagian daripada pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang bertakwa untuk masuk ke Jannah. Ditambah lagi dengan apa yang dijelaskan di dalam ayat-ayat berbunyi:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa (iaitu),

Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, 

dan menahan kemarahan mereka, 

dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik,

Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka ..... 

Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.

Mereka itu, balasan mereka ialah ampunan daripada Pemelihara mereka, dan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!" (3:133-136)

Mereka dikatakan juga sebagai orang-orang yang beramal dan akan tinggal di Taman selama-lamanya.

Selain daripada ayat-ayat yang mengandungi perkataan takwa atau bertakwa untuk mengenali orang-orang yang akan masuk syurga, ayat-ayat yang tanpa perkataan itu juga menyenaraikan bakal penghuninya. Mereka adalah:

Kesemua mereka adalah orang-orang bertakwa kerana hanya orang-orang bertakwa akan masuk syurga. Seperti itu juga bagi orang-orang yang menyembah:

"Kecuali orang-orang yang menyembah, Dan meneruskan solat mereka,

Orang-orang yang pada harta mereka ada hak yang diketahui, Untuk orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat,

Yang mengesahkan Hari Agama (Pengadilan),

Dan takut akan azab Pemelihara mereka. Terhadap azab Pemelihara mereka, tiada sesiapa yang berasa aman.

dan jaga kemaluan mereka, Kecuali daripada isteri-isteri mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, maka mereka tidak tercela, Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, merekalah orang-orang yang derhaka,

Dan yang mengawasi amanat mereka, dan perjanjian mereka,

Dan yang menegakkan kesaksian mereka,

Dan yang menjaga solat mereka.

Mereka itu di dalam Taman, amat dimuliakan" (70:22-35)

Kembali kepada ayat-ayat yang mengandungi kalimat bertakwa. Selain hanya "sedikit daripada malam mereka tidur" (51:17), dan tidak sombong (meninggikan diri) dan tidak buat kerosakan di bumi (28:83), orang-orang bertakwa adalah yang empunya minda (2:179). Mereka yang dikatakan empunya minda pula dijelaskan dengan ayat-ayat berikut:

"Apa, adakah orang yang tahu bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu itulah yang benar seperti orang yang buta? Hanya orang-orang empunya minda mengingati (iaitu),

Yang tepati perjanjian Allah, dan tidak melanggar perjanjian,

Yang menghubungkan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan,

dan takut kepada Pemelihara mereka, 

dan mereka takut akan hitungan yang jahat.

Orang-orang yang sabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, 

lakukan solat, 

dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, 

dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - 

bagi merekalah tempat kediaman muktamad, Taman-Taman Adn yang mereka masuk, dan orang-orang yang salih (baik) daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu" (13:19-23)

Alangkah bahagianya keluarga yang bertakwa di akhirat! Mereka akan berkumpul lagi. Selama-lamanya.

Semua yang bakal masuk Taman berjuang kerana Allah. Mereka sabar. Mereka juga diuji. Firman-firman-Nya berbunyi:

"Atau, adakah kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat" (2:214).

"Atau, adakah kamu sangka kamu patut masuk Taman tanpa Allah tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia tahu orang-orang yang sabar?" (3:142).

Orang-orang yang berjuang kerana Allah dan Kitab-Nya disentuh musibah dan kesusahan, dan digoncangkan dengan perasaan takut, setakut-takutnya. Musuh mereka ialah orang-orang yang anti-Allah dan anti-Kitab-Nya.

"Maka jangan taati orang-orang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar" (25:52).

Pengorbanan dalam perjuangan untuk Allah adalah besar. Akan tetapi, ganjarannya adalah lebih besar lagi - tinggal di Taman selama-lamanya.


Untuk bacaan selanjutnya, sila rujuk:
Soalan lazim #17:
Dua kelas Taman
dan,
Kalimat Jannah di dalam al-Qur'an

Kalimat takwa di dalam al-Qur'an
Kalimat jihad di dalam al-Qur'an

Keratan Akhbar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman