Najis Sebenar

 

From: "Jamal"
To: e_bacaan@yahoo.com
Subject: Apabila Mufti Berbicara...
Date: Tuesday, March 22, 2005 11:36 PM

Salam,

Laporan di dalam Utusan bertajuk "Umat Islam makan sosej bercampur babi wajib samak".

Sedikit ringkasan daripada laporan berita tersebut,

"Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadot turut sependapat dan meminta umat Islam yang termakan makanan yang bercampur dengan benda haram menyamak anggota badan dan peralatan yang digunakan.

"Caranya ialah menggunakan tujuh air mutlak yang suci lagi menyucikan dan salah satunya bercampur dengan tanah pada anggota badan,''
katanya."

Berita lanjut boleh dibaca secara online di,

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Sekian. Salam.


Salamun alaikum, saudara Jamal. Terima kasih kerana sudi lagi mengirim bahan yang menarik untuk dimanfaatkan bersama.

Perkara yang berbangkit ialah makan babi. Babi diterangkan najis oleh sarjana Islam. Al-Qur'an terangkannya sebagai rijs pula yang kami terjemah kepada kotor atau kotoran. Pun begitu, kami tidak pertikai istilah yang diguna oleh sarjana Islam.

Tokoh agama yang disebut di dalam e-mel di atas telah menyatakan iaitu sesiapa termakan (makan dengan tidak sengaja) makanan yang bercampur dengan benda haram (babi) maka dia harus menyamak anggota badannya dan peralatan yang digunakan.

Akan tetapi, lain pula kata Allah. Kata-Nya, bagi sesiapa yang terpaksa makan daging babi (makan dengan disedar) atau bangkai, darah yang tercurah, dan makanan yang disucikan kepada selain daripada Allah, dia harus memohon ampun kepada-Nya. Firman-Nya,

"sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih." (6:145)

Frasa "sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun" mempunyai maksud yang tersirat iaitu Dia menyuruh sesiapa yang memakannya supaya meminta ampun kepada-Nya. Kerana Dia "Pengasih".

Tujuan tokoh tersebut menyuruh menyamak dengan air yang suci lagi menyucikan adalah untuk menyucikan bahagian yang tersentuh daging babi (seperti pada peralatan yang diguna).

Justeru, pada hemat kami, bahagian badan yang harus disucikan adalah bukan anggota yang diluar (kecuali jari-jari tangan yang memegang, kalau guna tangan) tetapi organ-organ di dalam badan yang disentuhi daging tersebut, seperti ke atas peralatan juga. 

Maka orang-orang yang ikut syariat beliau harus menyucikan bahagian-bahagian di dalam badan, bermula dari mulut, kemudian turun ke bawah hingga ke pintu belakang, dengan tujuh air mutlak yang satu daripadanya bercampur tanah. Atau bermaksud, air tersebut diminum, 6 kali tanpa tanah dan sekali dengan tanah.

Akal akan nampak dengan jelas ketidakwajaran pada suruhan agama itu. Kepalsuannya menyerlah lagi apabila disenaraikan segala perkara yang Allah terangkan rijs, atau kotor, atau najis.

Selain daripada babi, perkara-perkara yang Allah terangkan sebagai kotor adalah:

Manusia juga ada yang dikatakan kotor atau najis, seperti mereka yang:

Dan, ayat terakhir mengandungi perkataan rijs di dalam al-Qur'an adalah berkaitan dengan kesopanan bagi para isteri (terutamanya isteri Nabi) yang diterangkan tidak kotor, berbunyi,

"Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya." (33:33)

Balik kepada hal samak-menyamak dengan satu pertanyaan. Bagaimana pula cara menyamak semua perkara di atas kerana mereka adalah rijs seperti babi?

Sesungguhnya, Tuhan tidak ajar cara menyamak seperti itu. Agama, kata-Nya, tidak menyusahkan. Dia hanya menyuruh memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Badan tidak perlu diseksa, dan otak atau akal harus diguna kerana sebab itulah Dia memberinya.

Selanjutnya, mengenai apa yang dikatakan najis, Allah telah tetapkan melalui sebuah ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan najisa di dalamnya. Perkataan itu, yang tiada kaitan dengan rijs adalah, pada pendapat kami, lebih tepat diertikan kepada najis, atau kotor (juga).

Didapati hanya satu sahaja ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tersebut iaitu yang berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis" (9:28).

Itu benda najis yang sebenar, satu-satunya dalam agama Allah, berupa orang-orang yang sekutukan Allah, bukan haiwan babi dan sebagainya.

Cara manusia sekutukan Allah berbagai-bagai. Ada yang tanpa disedar. Namun, hanya satu sahaja yang ingin disebut di sini sebab ia mendesak. Iaitu, amalan mensyariatkan sesuatu dalam agama yang tidak diizinkan Allah, atau yang tidak ditunjuk di dalam al-Qur'an. Firman-Nya,

"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan?" (42:21)

Dengan itu, orang-orang yang mensyariatkan sesuatu dalam agama dengan cara palsu, yang sekali gus sekutukan Allah, adalah najis di sisi Allah. Kenajisan mereka menyebabkan dosa mereka tidak mungkin diampun. Lantas, jauhilah mereka dan segala yang mereka ada-adakan supaya Allah disembah satu-satunya dalam Islam.


Bacaan lanjut:
Kalimat kotor/najis di dalam al-Qur'an
Kalimat berhala di dalam al-Qur'an
Artikel:
Sekutu Allah menurut al-Qur'an
Syariat Agama
 

25 Mac 05
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman