17. The composition of Orang Kanan -- sedikit sekali (56:14) or ramai (56:40) dari kumpulan akhir? Is there a contradiction here .....?
Kami berpendapat tiada percanggahan dalam ayat-ayat tersebut. Kerana terdapat dua kelas Taman (syurga) bagi dua darjat orang-orang bertakwa, seperti berikut:
1. Orang-Orang Yang Mendahului
2. Teman Kanan
Darjat pertama, Orang-Orang Yang Mendahului, dikatakan ramai daripada orang-orang dahulu (sebelum al-Qur'an diturunkan) dan sangat sedikit daripada orang-orang yang akhir (selepas al-Qur'an diturunkan). Firman-Nya,
"Dan Orang-orang Yang Mendahului; Yang Mendahului,
Mereka itulah orang-orang yang didekatkan,
Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan.
Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,
Dan sedikit sekali daripada orang-orang yang akhir,
Di atas sofa-sofa disulam emas dan permata,
Bersandar di atasnya, berhadapan muka,
Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka,
Dengan gelas-gelas yang berkaki, dan jag-jag, dan sebuah piala dari mata air.
Tiada kepeningan kepala, tiada kemabukan,
Dan buah-buahan, seperti apa yang mereka pilih,
Dan daging burung, seperti yang mereka inginkan,
Dan pengiring-pengiring bermata lebar,
Seperti persamaan mutiara-mutiara yang tersembunyi,
Satu balasan ke atas apa yang mereka telah buat.
Di dalamnya mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,
Hanya ucapan, 'Salam, Salam!'" (56:10-26)
Orang-Orang Yang Mendahului terdiri daripada mereka yang:
Jangan pula sangka lakukan kebajikan adalah yang terutama dalam Islam, dan tinggalkan yang lain, seperti solat, zakat dan menyembah-Nya. Ayat berikut jelaskannya:
"Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah." (21:73)
Dan darjat kedua, Teman Kanan, didapati ramai daripada orang-orang dahulu dan ramai juga daripada orang-orang yang akhir. Firman-Nya,
"Teman Kanan. Siapakah Teman Kanan?
Di tengah pohon-pohon bidara yang tidak berduri,
Dan pohon-pohon akasia yang berdekat-dekatan,
Dan tempat teduh yang terbentang luas,
Dan air-air yang tercurah,
Dan buah-buahan yang banyak,
Tidak terputus, dan tidak tercegah,
Dan sofa-sofa yang dinaikkan.
Sesungguhnya Kami tumbuhkan mereka, dengan penumbuhan,
Dan Kami buatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar,
Penuh cinta, sebaya,
Untuk Teman Kanan.
Satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang dahulu,
Dan satu kumpulan yang ramai daripada orang-orang yang akhir." (56:27-40)
Contoh amalan yang dilakukan oleh Teman Kanan ialah merdekakan hamba, dan memberi makan pada hari kelaparan, kepada anak yatim kaum kerabat yang dekat, atau orang miskin dalam penderitaan (90:13-18).
Bandingkan keadaan dua Taman tersebut, yang jadi tempat tinggal selama-lamanya.
Selain dua darjat di atas, terdapat Teman Kiri, yang malang. Mereka tidak percaya, atau kafir, kepada ayat-ayat Allah. Balasan bagi mereka adalah Api yang menudungi di atas mereka (90:19-20). Itu juga tempat tinggal yang berkekalan.
Ayat-ayat tersebut berbunyi:
"Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu." (30:17-18)
Benar seperti kata saudara, ayat-ayat tersebut tidak menyebut "solat". Maka, pada hemat kami, bukanlah solat yang dimaksudkan, tetapi menyanjung dan memuji-Nya, pada waktu-waktu yang disebut itu.
Bagi kami, waktu solat hanya ditetapkan dalam ayat 11:114, iaitu dua tepi siang dan awal malam.
(Selepas beri jawapan seperti di atas, saudara yang bertanya itu bertanya lagi.)
saya masih mengamalkan solat pada waktu petang dan zuhur tetapi tidaklah saya memberatkannya dan kadang-kadang meninggalkannya. Amatlah susah bagi saya untuk tinggalkan terus amalan yang sudah bertahun-tahun. Saya hanya niatkan amalan saya sebagai tasbih kerana memang saya bertasbih pada rukuk dan sujud. Apa pandangan saudara? Apakah saya melanggar perintah Allah?
Kami tidak berani mengatakan saudara sudah melanggar perintah Allah dalam situasi begini. Hanya Allah yang menentukannya.
Namun, sekiranya saudara menganggap amalan itu sebagai bertasbih kepada-Nya, maka "wuduk" tidak perlu dilakukan. Wuduk hanyalah untuk solat. Tidak untuk yang lain.
Kami amat memahami tentang kepayahan untuk tinggalkan amalan yang sudah lama dikerjakan. sabarlah. Hanya masa akan mengubahnya. Teruskan membaca al-Qur'an. Hati boleh diteguhkan dengannya.
19. Malah Junjungan Nabi kita telah tinggalkan kita 2 perkara yang mana sekiranya hidup kita berpegang teguh pada kedua-dua pegangan ini selamat kita dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan Hadith
Yang berkata demikian hanyalah manusia yang kononnya telah mendengar Nabi menyabdakannya. Kenyataan itu tidak disahkan oleh Nabi sendiri. Tidak ada bukti yang Nabi telah mengesahkannya. Hanya seorang dua orang zaman dahulu yang disangka alim, dan tinggal lebih daripada 200 tahun selepas Nabi wafat, telah mensahihkannya. Orang-orang itu pula bukan Rasul dan seharusnya tidak ditaati.
Izinkan kami turunkan beberapa buah ahsanal-hadiitsi daripada Allah, yang tidak diragukan, untuk menjadi bukti atas kepalsuan kenyataan di atas. Dua daripada tiga ayat yang dipilih mengandungi frasa "berpegang teguh".
Pertama, firman Allah yang beri penjelasan kepada Nabi, dan seluruh manusia, mengenai apa yang harus dipegang dengan teguh untuk berada di jalan lurus, berbunyi:
"Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya." (43:43-44)
Nabi, dan manusia lain, disuruh oleh Allah supaya berpegang teguh pada al-Qur'an (yang juga dikenali sebagai Peringatan), iaitu apa yang diwahyukan kepadanya. Dalam suruhan Allah tersebut tidak disebut mengenai kitab lain, yang tidak akan ditanya di akhirat kelak.
Ayat yang kedua menyuruh berpegang teguh kepada Allah, atau ayat-ayat-Nya, yang dibacakan oleh Rasul-Nya. Ini menunjukkan dengan jelas iaitu Rasul sampaikan ayat-ayat Allah dengan membacakannya kepada orang-orang yang berada di sisinya. Ayat-ayat Allah yang dibacakannya adalah serupa dengan apa yang manusia baca pada hari ini, daripada al-Qur'an. Firman-Nya:
"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)
Sekali lagi dinyatakan iaitu tidak ada bukti yang menunjukkan Rasul telah sampaikan sesuatu yang selain daripada ayat-ayat Tuhannya yang terkandung di dalam al-Qur'an.
Kedua-dua ayat di atas adalah apa yang diwahyukan kepada Nabi, dan itulah juga apa yang disampaikannya kepada manusia, terutamanya orang-orang yang berada bersamanya. Mereka tidak menunjukkan bahawa manusia harus berpegang teguh kepada kitab yang selain al-Qur'an.
Ayat yang akhir menunjukkan apa yang dikatakan Nabi atas perintah Tuhan mengenai al-Qur'an. Firman-Nya:
"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai.'" (6:19)
Yang paling besar dalam kesaksian ialah al-Qur'an (sahaja). Ia adalah amaran kepada orang-orang yang berada bersama Rasul dan kepada orang lain, yang tidak berada bersamanya (termasuk kita semua pada hari ini), atau apa yang dikatakan "sesiapa ia sampai" dalam ayat di atas. Itu adalah sabda Nabi yang sebenar. Adakah disebutnya "Hadis" atau kitab lain di situ? Tidak.
Sekiranya ingin menyanjung tinggi Nabi Muhammad maka sanjunglah kitab al-Qur'an yang disampaikannya.
Al-Qur'an diturunkan bukan sahaja untuk diguna pakai oleh orang-orang yang mengaku Islam tetapi semua manusia. Firman-Nya:
"Ia (al-Qur'an), tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam," (38:87). Sila rujuk juga ayat 68:52 dan 81:27.
Dan seperti itu juga Nabi Muhammad diutus, kepada semua manusia. Firman-Nya:
"Kami tidak utus kamu (Muhammad) melainkan sebagai satu pengasihan kepada semua alam." (21:107)
"Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia (Muhammad) jadi seorang pemberi amaran bagi semua alam." (25:1)
Baginda juga didapati telah diperintah oleh Allah supaya berkata kepada semua manusia seperti yang terdapat di dalam dua ayat berikut:
"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan.'" (7:158)
"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.'" (10:104).
Tambahan pula, terdapat di dalam al-Qur'an, Allah menyeru semua manusia dengan ayat-ayat yang mengandungi frasa "wahai manusia", seperti di bawah:
"Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa," (2:21).
(Sila rujuk Kalimat wahai manusia di dalam al-Qur'an untuk mengetahui ayat-ayat Allah yang berkaitan.)
Oleh itu, semua manusia, tidak kira anutan mereka, haruslah diseru kepada ajaran al-Qur'an. Orang-orang yang menyerunya pula haruslah tidak meminta atau menerima sebarang upah dalam usaha tersebut. Firman-Nya:
"Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, 'Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia (al-Qur'an) hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:90)
"Kamu tidak minta upah untuknya; ia (al-Qur'an) tidak lain hanya peringatan bagi semua alam." (12:104)
Lantas, serulah manusia untuk membaca al-Qur'an. Sampaikanlah al-Qur'an kepada mereka. Kalau ini tidak dibuat, maka takutilah tindakan Allah yang akan menggantikan kaum kita dengan kaum yang lain.
21. saorang gadis
berbangsa india bertanya kepada saya, Kata nya bergini Perlu tak sasaorang
wanita islam memakai tudung.
Saya pun berkata pada nya Tidak perlu.
Yang allah perintah, LABOH KAN PAKAIAAN, JANGAN NAMPAKKAN BENTOK BADAN.
Disini sahabat, jawapan yang saya kata pada gadis india itu betul atau
salah.
Pada hemat kami,
jawapan yang diberi itu betul dan amat menarik sekali kerana mengandungi sebab
supaya tidak nampakkan bentuk badan. Sebab yang menarik itu kami paparkan di
sini agar dapat dikongsi bersama dengan para peluncur lain. Terima kasih
kepada saudara yang mengirim soalan di atas.
Keterangan lanjut mengenai kesopanan kaum wanita dihuraikan di bawah tajuk kecil, Kesopanan, artikel "Wanita dalam Islam sebenar" yang baru dikemaskini. Terima kasih.
22. Apa beza Kristian dan Nasara sebab saya perhatikan saudara pakai kristian dalam bacaan
Bacaan
menggunakan Kristian bukan Nasara atau Nasrani seperti di dalam teks asal atas
dua sebab. Pertama, kerana sesetengah orang Melayu menganggap orang Nasrani itu
orang Eurasian, iaitu campuran darah Eropah dengan Asia.
Kedua, ayat 9:30
pula menyebut orang Nasrani sebagai berkata "Al-Masih ialah putera Allah." Yang
berkata demikian pada hari ini, tiada lain, adalah hanya orang-orang yang
dikenali umum sebagai Kristian bukan Nasrani.
23. beza assalamualaikum dan salamunalaikum ialah tengok ejaannya! assa ada alif lam manakal malamun tiada alif lam tak salah beri salam keduanya kerana maknanya sama... (kiriman "atthiah")
Memang benar, pada assalamualaikum ada huruf alif lam, tetapi pada salamun alaikum tiada.
Seperti yang terdapat di dalam al-Qur'an, ejaan bagi beri salam hormat, iaitu salamun alaikum dan salam adalah tanpa huruf alif lam. Sebenarnya, bagi semua kalimat salam yang terkandung di dalam ajaran Tuhan tidak mengandungi huruf alif lam kecuali satu sahaja (yang mengandungi alif lam) iaitu pada ayat 59:23. Pada ayat tersebut, kalimat al-salam atau disebut assalam diguna untuk Nama Tuhan. Itu satu-satunya nama Tuhan, Assalam, yang tercatat di dalam al-Qur'an.
Justeru itu, kami berpendapat bahawa kalimat Assalam dan Salam adalah tidak sama. Kami tidak setuju atau rela untuk menyamakan kedudukan antara nama-Nya yang mulia dengan cara beri salam antara hamba-hamba-Nya.
Tambahan pula, ajaran Tuhan sudah cukup terperinci dengan di mana diletak-Nya alif lam dan di mana tidak diletak huruf-huruf tersebut. Dalam perbezaan ejaan tentu ada perbezaan maksud.
Sebaliknya, kalau terdapat orang menyatakan mereka sama, kerana mengikut kata sesetengah orang, maka terpulanglah baginya, sama ada dia mahu ikut ajaran Tuhan atau ajaran lain.
Mengapa susah sangat untuk ikut ajaran Tuhan yang mudah, lagi diberkati?
Sila rujuk artikel:
Salamun alaikum,
Kami Dengar dan
Kami Tentang
dan
Hadis Lagi! - Respon II.
dan Kalimat Pilihan:
Kalimat salam di dalam
al-Qur'an,
Yang dimaksudkan dengan Batu Hitam di situ ialah Bait atau Rumah. Selain daripada kalimat Rumah, Allah menamakannya Rumah Suci (5:2, 5:97, 14:37), Rumah-Ku (2:125, 22:26) dan Rumah Tua (22:29, 22:33). Rumah Suci itu pula dinamakan-Nya juga Kaabah (5:97).
Hanya orang yang menghina Allah menggelarnya Batu Hitam atau Batu atau gelaran sumbang yang lain. Lazimnya orang itu tergolong dalam kumpulan orang-orang tidak percaya (kafir) kepada ayat-ayat Allah. Satu kerugian bagi mereka yang tidak percaya adalah ke atas segala amalan yang dibuat, kerana menurut ayat 24:39, segalanya jadi seperti fatamorgana sahaja (sila lihat artikel Amalan jadi sia-sia).
Bagi orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah pula, mereka memanggilnya seperti yang Allah panggil. Mereka tidak beri sebarang gelaran untuk menghina atau mencerca tetapi tetap memanggilnya dengan nama atau nama-nama yang diajar oleh Tuhan mereka.
Rumah tersebut berfungsi sebagai:
- tempat berkunjung bagi manusia, untuk orang-orang, yang kelilinginya, yang bertekun (iktikaf), yang tunduk, dan yang sujud (2:125),
- tempat Haji atau Umrah (2:158, 3:97),
- petunjuk bagi semua alam (3:96),
- tempat berkunjung untuk mencari pemberian dan kepuasan hati Allah (5:2),
- satu penetapan bagi manusia (5:97),
- untuk orang-orang yang kelilinginya, dan yang berdiri, tunduk, dan sujud (22:26),
- tempat tawaf (22:29) dan,
- tempat korban di sekitarnya (22:33).
Selanjutnya, orang-orang yang melakukan mengikut yang ditetapkan Allah di atas, tidak wajar dicerca dengan ejekan "penyembah batu hitam" kerana mereka hanya mentaati perintah Tuhan. Mereka adalah sebenarnya penyembah Allah, iaitu Pemelihara Rumah itu. Sila lihat ayat berikut:
"Maka hendaklah mereka sembah Pemelihara Rumah ini" (106:3).
Sama dengan keadaan orang-orang yang menghalakan muka ke arah Masjidil Haram atas perintah Allah (2:144, 2:149 dan 2:150). Mereka tidak menyembah masjid itu, tetapi hanya Allah, kerana Dia yang suruh.
Bukankah Islam bermaksud tunduk patuh kepada perintah Tuhan?
25. Persoalan
saya adalah dalam Al Quran ayat mengenai puasa adalah 2:183 hingga
2:187 dalam Surah Al Baqarah. Jika kita semata-mata mengikut Al Quran dan bukan
hadith-hadith nabi bolehkah kita dapati dalam ayat-ayat tersebut perkara-perkara
ini:
a. Syarat-syarat wajib Puasa
b. Syarat-syarat Sah
Puasa
c. Hari-hari yang diharamkan puasa oleh Islam
d. Cara
seseorang mengkhadakan puasanya
Mengenai solat sunat Tarawih macam
mana pula?Adakah disebut dalam Al Quran mengenai Aidil Fitri dan Aidil
Adha?
Akhir sekali saya ingin bertanya adakah dalam Al Quran
menerangkan cara-cara mengurus dan menyempurnakan jenazah?
Mengenai sebutan "hadith" di atas, sila rujuk Bukhari tanpa kelemahan? Terima kasih.
Seperti yang sudah maklum (artikel Amalan puasa dan manusia sejagat), Tuhan tetapkan dua syarat bagi tidak berpuasa, iaitu sakit dan dalam perjalanan. Dia juga telah menjelaskan maksud berpuasa, waktunya, dan mengapa "dikhadakan". Untuk itu pertimbangan wajar daripada individu diperlukan. Pertimbangan ini penting kerana dapat memupuk nilai ketakwaan (takut kepada Tuhan) di dalam diri sendiri tanpa campur tangan orang lain. Maka soal mengenai syarat wajib, syarat sah, dan cara mengkhadakan puasa tidak harus ditimbulkan oleh orang lain.
Mengenai "Hari-hari yang diharamkan puasa oleh Islam" pula, kami ingin mengingatkan bahawa kejadian malam dan siang (yang jadikan hari) adalah ciptaan Tuhan yang besar, dan jadi ayat (tanda) bagi kebesaran-Nya. Mengapa pula "Islam" sanggup mengharamkan sesetengah hari daripada buat amalan baik seperti berpuasa? Kami tidak fikir pengharaman itu datang dari ajaran Islam sebenar.
Lagi yang tidak diajar-Nya ialah solat sunat Tarawih (sila lihat Nabi larang bertarawih di Masjid) dan Aidil Fitri dan Aidil Adha (sila rujuk di sini).
Dan juga, pengurusan jenazah. Sembahyang, doa-doa, pakaian khas, bau-bauan (termasuk yang berasap) dan sebagainya untuk mayat didapati dilakukan juga oleh orang-orang beragama lain. Mungkin terdapat sedikit persamaan dalam amalan mereka dengan cara "Islam".
Namun, perkara-perkara yang dilakukan itu tidak dapat menolong orang yang meninggal dunia baik di dalam kubur mahupun di akhirat kelak kerana al-Qur'an tidak menyebutnya (sila rujuk Dongeng Alam Barzakh dan Neraka di dalam al-Qur'an dan Syurga dan orang takwa).
Jenazah diuruskan atas dasar kasih sayang dan hormat. Maka ia haruslah, umpamanya berbau wangi atau berwajah dan berpakaian kemas, supaya orang-orang yang menziarahi dapat menghormati dan tidak menghinanya. Satu cara untuk menghormati orang yang meninggal dunia telah diajar Tuhan di dalam al-Qur'an (9:84), iaitu dengan berdiri di kuburnya. Bukan duduk.
Sila lihat:
Murtad: Al-Qur'an Tidak Dirujuk