Utusan Malaysia, 14 Julai 1995, muka
5
Satu lagi sebab yang disebut (untuk mengharamkan Bacaan) ialah penulis dikatakan antihadis. Hadis yang dimaksudkan itu adalah hadis-hadis yang diterima pakai oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Maka penulis boleh dikatakan antihadis ASWJ.
Hadis ASWJ pula didapati tidak mantap, selalu dipersoalkan, dan, di kalangan orang-orang Syiah, ia diperkecil-kecilkan. Untuk mengetahui kritikan golongan Syiah ke atas hadis ASWJ, sila layari laman web http://www.shia.org/.
Golongan Syiah adalah besar dan kuat. Mahukah ASWJ sekarang memanggil mereka dengan gelaran seperti orientalis, sesat, antihadis, zionist dan sebagainya?
Namun, Allah melarang amalan bergolongan dalam agama. Ayat-ayat yang di bawah adalah dipilih agar jadi peringatan, amaran atau pelajaran bagi mereka yang bergolongan dalam agama. Ayat-ayat diturunkan menurut susunan kronologinya seperti tercatat di dalam al-Qur'an:
" ..... atau unuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk rasakan kepada kamu bencana satu sama lain.' Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka faham," (6:65). Frasa "bencana satu sama lain" didapati amat tepat sekali kerana pergaduhan dan pembunuhan antara ASWJ dan Syiah berlaku dari semasa ke semasa pada hari ini, seperti di Pakistan.
"Orang-orang yang buat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan beritahu mereka apa yang mereka telah buat" (6:159).
"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka," (23:53), dan
"Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka," (30:32).
Demikianlah beberapa bunyi larangan daripada Tuhan (yang mudah difahami) mengenai golongan-golongan dalam agama. Ayat 6:159 pula menyatakan bahawa Nabi tiada kena-mengena langsung dengan orang-orang yang bergolongan atau bermazhab dalam agama.
Akhir kata, sekiranya hadis (Sunni atau Syiah) tidak wujud, maka tidaklah ada mazhab-mazhab, lalu hilanglah permusuhan dan kebanggaan yang tidak sah, untuk umat hidup bersatu dan damai di bawah payung sebuah buku yang bernama al-Qur'an (atau The Reading dalam bahasa Inggeris, dan Bacaan dalam bahasa Melayu).
Sila baca:
Anti
Hadis
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat
Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan
Lazim Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman