Lain yang dicari lain yang jumpa
From: "hani sara"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Lain yang dicari lain yang jumpa.
Date: Friday, April 29, 2005 7:25 PMSalamunalaikum
Saya seorang gadis pingitan, sekarang belajar disebuah IPTA di utara semenanjung. Sejak lebih 6 bulan lalu saya terjumpa laman web ini dan sejak itu saya telah mengisi banyak masa saya yang terluang dengan membaca laman web ini saya rasa rasa seperti tuan telah memimpin tangan saya keluar dari sebuah penjara yang gelap, penuh ajaran palsu yang tidak pernah saya fikir selama ini saya berada di dalamnya. Saya rasa sekarang berada di dalam cahaya yang terang. Sejak itu, saya sentiasa ikut perkembangan laman ini dan yang terakhir mengenai cerita anjing paria yang buta, pekak dan bisu. Sejak mendampingi laman web ini saya tidak lagi lekang dengan al-Quran. Boleh dikatakan setiap malam saya membacanya. TERIMA KASIH
Bila tuan sebut, pasal membaca jampi ayat untuk menghalau anjing paria ini, saya teringat pengalaman yang sama di mana saya diajar oleh orang tua dikampung. Terima kasih.
Bila, tuan meminta (seorang pelayar) supaya mencari hadis yang menghuraikan al-Quran, maka saya mencapai sebuah Buku Hadis Sahih Bukhari yang memang ada dirumah ayah tetapi tidak pernah terusik sebelum ini. Ayah telah lama meninggal, tetapi dia ada menanda pada hadis-hadis yang dibacanya dengan " ???" " warna merah dari ball pen.
Saya tertanya-tanya, adakah ayah fikirkan perkara hadis ini semasa hayatnya.Dibawah ini saya akan turunkan beberapa hadis sahih dari Kitab Bukhari yang saya jumpa semasa saya mencari hadis yang menghuraikan al-Quran, yang tidak saya jumpa satu pun dari kitab ini setelah semalaman membacanya. Kebanyakan hadis merepek-repek yang bukan-bukan malah ada yang sangat tidak masuk akal. Saya sangat sedih jika hadis-hadis ini dikaitkan dengan Nabi.
1. Berita dari Ibnu Mas'ud r.a mengatakan bahawa seorang lelaki mencium seorang perempuan, lalu dia datang kepada Nabi (saw) mencaritakan hal itu kepada beliau, maka Allah swt, turunkan ayat " Dan dirikanlah sembahyang pada dua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan bagi malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik-baik hapuskan perbuatan yang buruk-buruk" Lelaki itu bertanya " Ya Rasullullah ! apakah ini untuk saya saja ? Jawab nabi untuk seluruh umat ku. ( Hadis No 298 ms 182 Jilit 1 Sahih Bukhari)
Barangkali hadis ini cuba menghuraikan ayat tentang sembahyang ? atau rekaan tentang asbabul nuzul dan menasabahkah cerita ini ?
2. Dicerikan oleh Aishah r.a, bahawa apabila para isteri nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang. "Umar (Bin Khatab) mengusulkan kepada Nabi supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab, tetapi Rasullullah tidak buat apa-apa. Pada suatu malam isteri nabi Zam'a keluar waktu Isha' dan dia adalah seorang yang tinggi perawakannya, lalu Umar menyapanya "Hai kami mengenal engkau, hai Saudah. Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah hijab) memang sesudah itu turun ayat hijab" Sahih Bukhari No 105 Jilid 1, ms 77.
3. Sambungan hadis ini " Diceritakan oleh Aishah r.a bahawa Nabi bersabda kepada isterinya, sesungguhnya kamu diizinkan keluar untuk hajatmu. Kata Hisham maksudnya "untuk buang air" Sahih Bukhari No 106 Jilid 1, ms 77
Dua hadis yang berkembar ini. Apa berlaku kepada isteri-isteri nabi jika pada malam itu Nabi tidak dapat perintah ? Adakah nabi diutuskan untuk perkara yang remeh temeh ini ?
4. Abdullah bin Umar r.a ceritakan " Saya naik ke loteng rumah Hafsah untuk suatu keperluan, kelihatan oleh ku bahawa Nabi sedang buang air membelakangkan kiblat dan mengadap ke Syam. Sahih Bukhari Jilid 1 No 107, ms 78.
Adakah hadis ini, ceritakan bahawa Abdullah sengaja untuk mengintai Nabi untuk mengetahui cara membuang hajat yang tidak diceritakan dalam Al-Quran atau untuk menghina.
5. Abdullah bin Umar r.a. bercerita, pada satu hari saya naik keloteng, rumah kami maka terlihat oleh ku Rasullullah sedang jongkok di atas dua ketul batu bata, buang air menghadapi Baitul Maqdis. Sahih Bukhari Jilid 1 No 108: ms. 78.
Apakah kerja si Abdullah ini, ashik mengintai saja ! Hadis ini untuk menghuraikan apa sunnah nabi yang membuang air besar dengan dua bata.
6. Abu Hurairah r.a ceritakan "saya mengikut Nabi ketika beliau keluar untuk buang hajat, dan beliau tidak menoleh kebelakang, ketika beliau menoleh kepada ku, beliau berkata carikan aku beberapa buah batu untuk bersyuci. Jangan kamu bawa tulang atau tahi yang keras, lalu ku bawa beberapa buah batu dengan hujung kainku dan kuletakkan di dekatnya, kemudian aku agak menjauh daripadanya, setelah nabi selesai buang hajat dia bersyuci dengan batu itu.
7. Abdullah bin Mas'ud, ketika Nabi pergi membuang air, aku disuruh mencari tiga batu tetapi aku dapat hanya dua buah. Kucari sebuah lagi, tetapi tetap tidak kudapat. Maka ku ambil sepotong tahi yang sudah keras, lalu ku berikan kepada nabi. Nabi ambil kedua buah batu itu dan membuang tahi keras sambil mengatakan ini kotor !. Sahih Bukhari Jilid 1 No 114 ms 80.
Apakah sebenarnya niat Bukhari, untuk menghina nabi atau untuk menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan ayat yang mana
Untuk menulis hadis-hadis yang seperti ini terlalu banyak maka saya ingin cerita satu hadis sahih lagi sahaja untuk renungan kita bersama yang sangat memalukan.
(Saya sangat terkejut bila jumpa hadis ini)
8. Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Nabi saw, bersabda " Banu (turunan atau bangsa) Israil itu mendi bertelanjang, satu sama lain saling lihat melihat. Tetapi Nabi Musa mandi seorang dirinya. Mereka mengatakan : Demi Allah ! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama dengan kita, kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar" Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkannya di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa, dan beliau dan beliau menyusulnya sambil berteriak: Kain-ku ... ! Hai, batu !
Sehingga oleh kerana itu, Bani Israil dapat melihat (aurat ) Nabi Musa, lantas mereka berkata, "Demi Allah Musa tidak berpenyakit apa-apa" Lalu Nabi Musa ambil kainnya dan dipukulnya batu itu" Sahih Bukhari Jilid 1 No 177 ms. 109.Maafkan saya kerana terpaksa menulis hadis ini. Apakah tujuan hadis ini ? Untuk menghuraikan apa? dan ayat mana ? Atau hanya untuk menghina !. Apa kaitan dengan misi kerasulan Rasullullah.
Saya mohon maaf, sekiranya dengan masukkan hadis ini kedalam laman web e_bacaan ia boleh mencemarkan laman ini. Tuan boleh censor (kalau patut di censor).
Sebenarnya Sahih Bukhari Jilid 1-IV dipenuhi dengan cerita-cerita yang sangat menghina Nabi sebenarnya dari menghuraikan mana-mana ayat.
Saya harap saya dimaafkan kerana telah menyalin hadis-hadis dari Sahih Bukhari yang saya baca. Sebenarnya banyak lagi hadis yang pelik-pelik yang saya baca tapi mungkin keadaan tidak mengizinkan saya untuk menulis yang lain.
Saya harap saya dimaafkan dan salam dari saya.
Hanis
Salamun alaikum. Terima kasih. Kami harap para pembaca turut terhibur, dan kemudian termenung, dengan kiriman di atas. (Kami tidak censor apa-apa yang diterangkan "suci" oleh sesetengah pihak.)
30 April 2005
Bacaan lanjut:
Respon Hani Sara
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman