Al-Quran vs. Bukhari et al
Al-Quran adalah sumber rujukan utama
dalam keilmuan Islam dan mengariskan kod etika dalam perlakuan kehidupan harian
seorang muslim. Selain Al-Quran, sebahagian besar umat Islam berpendapat bahawa
ada kitab-kitab lain yang harus diperpegangi, yang dikenali sebagai Sahih
Sitta (Enam Yang Sahih). Contohnya seperti Bukhari, Muslim, Ibn Majan dan
lain-lain. Ada yang berpandukan kepada kitab-kitab tersebut sebagai sumber
rujukan "kedua", tetapi ada pula yang beranggapan bahawa kitab-kitab tersebut
berkedudukan "setaraf" dengan Al-Quran. Tidak diragukan lagi bahawa diantara
kitab-kitab tersebut, Sahih Bukhari merupakan yang terunggul
sekali.
Baiklah, kembali kita ke Al-Quran. Didalam Surah ke-12 (Surah
Yusuf), Allah menerangkan sifat mulia yang tinggi yang ada pada diri Nabi Yusuf,
dan kekejaman yang dihadapinya dalam hidup beliau untuk berjalan diatas jalan
yang lurus lagi benar. Mengenai cerita Nabi Yusuf ini, Al-Quran, dengan
terangnya memaklumkan (12:7) "Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan
saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang
bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil
iktibar)."
Prinsip-prinsip moral yang boleh diambil iktibar dalam cerita
tersebut, untuk seorang yang pengetahuannya cetek dan terhad seperti saya,
adalah begini:
 Nabi Yusuf menjalani suatu kehidupan yang sungguh pedih dan pahit di alam kanak-kanak dan remajanya. Abang-abang kandungannya sendiri buat perancangan untuk membunuhnya.
 Akhirnya, dia dibeli seorang pegawai Mesir dan jadi seorang hamba abdi.
 Dan ketika dia sampai ke peringkat umurnya yang sempurna, si isterinya pegawai Mesir itu, berkeinginan pula terhadapnya.
 Walaupun ia ketahui akan akibat yang akan menimpa sekiranya ia tidak mematuhi isteri pegawai Mesir itu, Nabi Yusuf berjaya selamatkan dirinya dari kemaraannya.
 Si isteri dijumpai bersalah, tetapi kemudian buat perancangan untuk membalas dendam terhadap Nabi Yusuf.
 Dia, bersama-sama dengan wanita lain di bandaraya Mesir itu, berjaya dalam menghantarnya ke penjara untuk suatu tempoh yang dilanjutkan.
 Walau berada dalam sedemikian keadaan pun, Nabi Allah terus juga berdakwah tentang Allah dan tentang kepentingan nilai-nilai yang tinggi lagi murni.
 Dia dapat suatu peluang untuk keluar dari penjara.
 Jauh dari cuba untuk mendapatkan kebebasan buat diri semata-mata, dia menggunakan peluang keemasan itu untuk cuba menjelaskan kebenaran dirinya supaya rakyat jelata tidak sangsi terhadap keperibadian dan maruahnya yang sebelum ini tercemar oleh tuduhan palsu.
 Dia berjaya mendapatkan wanita-wanita itu mengaku akan kesalahan mereka.
 Bersenjatakan sifat mulia yang tinggi yang dimilikinya, dia diamanahkan dengan kedudukan yang sangat ketara didalam pemerintahan yang, menurut latar belakang didalam cerita, suatu pemerintahan yang berjiwa rakyat.
 Dia terus membekalkan
khidmatnya kepada rakyat jelata dengan kemampuannya yang
terbaik.
Disinilah dimana, dalam kiraan saya, Bukhari bertindak dalam
penulisannya, untuk menghina bukan sahaja Al-Quran, tetapi juga, Nabi Yusuf dan
Nabi Muhammad. Beginilah caranya Bukhari menulis tentang cerita
diatas:
Jilid 4, Buku 55, Nombor 591:
Abu Hurairah meriwayatkan: Nabi
Allah berkata, "Jika aku harus tinggal didalam penjara untuk suatu masa yang
lama seperti Yusuf, aku akan menerima tawaran (untuk kebebasan tanpa mendesak
supaya kebenaran tentang diri aku dimaklumkan)."
Jilid 4, Buku 55, Nombor
601:
Abu Hurairah meriwayatkan: Nabi Allah berkata, "Jika aku harus tinggal
didalam penjara (untuk suatu tempoh yang sama) dengan peninggalan Yusuf
(penjara) itu dan kemudian tawaran kebebasan sampai kepada aku, kemudian aku
pasti akan menerimanya." (Lihat Hadis No.591)
Al-Quran itu memaklumkan:
".Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu
mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal
mereka untuk mengambil iktibar)." Tetapi Bukhari membayangkan, dengan
penulisannya, seolah-olah:
 Nabi Muhammad berdiri diatas prinsip moral dan nilai-nilai murni yang lebih rendah jika dibandingkan dengan Nabi Yusuf.
 Mendapatkan kebebasan harus terlebih dahulu jadi matlamat seorang banduan, walaupun dia adalah seorang Nabi.
 Jika seorang Nabi itu amat membimbangi tentang kebebasannya, mengapa dia tidak cuba mengelakan sedaya-upaya dari berlakunya peristiwa (itu) yang telah membuatnya terpenjara?
 Nabi Yusuf
berkemungkinan, harus meneruskan sahaja dengan tugasnya sebagai seorang Nabi
tanpa meminta supaya dijelaskan kebenaran dirinya dari disabit bersalah dari
satu kes rogol / zina/ khalwat berprofil tinggi, seolah-olah tiada apa-apa pun
telah terjadi.
Penulisan-penulisan "ad hoc" sebegini yang berlandaskan
"ilmu" yang tidak pasti sumbernya, dan yang tidak di analisis secara kritis akan
kerosakan yang boleh dibawa kepada pembacanya, telah menimbulkan kekeliruan yang
hebat tentang Islam didalam fikiran orang Islam dan juga orang bukan
Islam.
Kesan yang paling buruk yang dibawa oleh hadis Bukhari diatas tadi
ialah kononnya Nabi Islam yang Terakhir buat satu komentari ke atas
ayat-ayat Al-Quran seolah-olah ayat-ayat tersebut bercakap tentang suatu
kod etika perlakuan yang "optional", dan seolah-olah Nabi Islam yang Terakhir
berkemungkinan bertindak di luar garis ajaran Al-Quran.
Ia juga mendorong
kita kepada suatu kepercayaan bahawa cerita-cerita yang dinukilkan didalam
Al-Quran itu adalah tidak "relevant" sebagai petunjuk kepada pembacanya dan
tidak boleh diguna untuk mengambil ikhtibar (lihat sebaliknya, ayat 12:7
diatas).
Jika kita ambil hadis ini sebagai "Sahih", kita ingin
bertanya berapa banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang lain, yang Nabi Islam yang
Terakhir ada perasaan dan pendapat yang bersendiri mengenai ayat-ayat
tersebut?
Yang melucukan adalah, dalam pengumpulan hadith-hadith yang
sama, ada suatu riwayat yang kerap disebut diatas "kuasa" Aisha (RA) yang sifat
kehidupan Nabi Muhammad itu boleh contohkan sebagai "Al-Quran Yang
Hidup".
Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang lain dimana kitab-kitab
"Sahih" bertentangan dengan Al-Quran. Dengan demikian kitab-kitab ini menghina
Al-Quran, Nabi Muhammad, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan Islam umumnya. Kita
harus memeriksa semula semua sumber-sumber jurisprudens Islam yang bukan
dari
Al-Quran untuk memastikan yang kita mengikut Islam yang sebenarnya
diturunkan kepada kita oleh Allah dan bukan Islam yang berdasarkan
pengumpulan-pengumpulan yang tidak lengkap (yang diragui sumbernya) oleh
generasi-generasi yang tidak pernah mengenali Nabi Muhammad mahupun pernah
melihatnya.
"Ada liku-liku jalan yang membawa ke jurang Neraka, yang
diturap dengan niat-niat yang murni"
truth speaks
yang mengalihbahasa tulisan daripada laman web
"Quran As I
Understand (QAIU) Project"
Kisah Nabi Yusuf di Sudut
Pelajar
Artikel
/ English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman