... dari Senarai 2


Senarai 3:

 

#34:
From: "Irwan"
To: "'Pengurus Laman'" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: RE: Salamun Alaikum..
Date: Thursday, September 02, 2004 12:42 PM

Salam,

Saudara. terima kasih atas update yang telah dibuat di E-bacaan.com :-)

Semoga banyak lagi update pd masa-masa akan datang..

Balik ke senarai pengirim

#35:
From: "Mohd Din" <damar_bulan@hotmail.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: kesilapan pada surah 72
Date: Monday, October 04, 2004 6:00 PM

surah 72 tiada dlm bacaan down load tapi adalah ulangan surah 71 harap dapat baiki kesilapan

terima kaseh

Balik ke senarai pengirim

#36:
From: "PriNcEsS Of LUcky" 
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: assalamualaikum...
Date: Friday, January 14, 2005 3:06 PM

saudara pengarang...
saya sangat berbangga dgn penubuhan laman web yang penuh berilmiah ini...
kepesatan negara yang membangun dan serba moden ini menyebabkan manusia lupa dan alpa pada Pencipta.
Diharap penubuhan laman web ini dapat lah beri kesan dan impak positif ke arah kecemerlangan agama islam sendiri.
status saya sebagai seorang pelajar agama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia, beri saya seribu satu kesedaran tentang betapa pentingnya penghayatan dan kekukuhan iman untuk menghadapi marcapada ini.
diharap pihak tuan meneruskan jihad fi sabillillah ini demi pembangunan dan kesedaran dalam diri umat islam itu sendiri..
Sya juga berbesar hati jika pihak tuan dapat mengedarkan artikel artikel yang berguna kepada saya agar saya juga mampu meneruskan perjuangan ini..
Semoga kita dapat Keredaan Allah.
assalamualaikum...

"Barangsiapa yang mengingati Allah,nescaya hatinya akan jadi tenang"

wallahualam

Balik ke senarai pengirim

#37:
From: Azman 
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Usaha anda benar!
Date: Tuesday, February 01, 2005 7:56 AM

Usaha anda benar! Saya ingin megucapkan taniah atas keberanian anda dan ketekunan anda yang tidak jemu untuk beri. Semuga Allah rahmati anda sekalian.

Jika anda inginkan apa-apa bantuan, saya sedia bantu yang termampu.

Sekian,
Azman

Balik ke senarai pengirim

#38:
From: nafidza
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Alam
Date: Thursday, February 17, 2005 12:00 PM

Tahniah! Saudara telah berjaya jadi seorang pengasas dan pengembang suatu dimensi baru dalam alam berfikir tentang al-Quran.
Tahniah sekali lagi.
Malaysia Boleh!

Balik ke senarai pengirim

#39:
From: zamadi
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Bagaimana untuk mengafal/mengingati Al-Quran
Date: Friday, February 25, 2005 12:25 AM


Salam,

saya inginkan pendapat dan cara untuk mengingati ayat2 Al-Quran. Ini amat penting buat saya. Akhir kata teruskan sumbangan yang amat berguna bagi orang2 seperti saya.

Balik ke senarai pengirim


#40:
From: "Hazman"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: versi al-Qur'an dan Kristian
Date: Wednesday, March 30, 2005 10:03 AM

salamun alaikum,
pada pendapat saya, terdapat kesilapan dalam dalam paragraf terakhir e-mail tersebut, sepatutnya soalan yang bakal menggoreng fikiran itu ialah soalan keempat bukan soalan ketiga maaf jika saya tersilap, bagaimanapun ia tetap e-mail yang menarik dan mampu mecetuskan idea untuk kita berfikir
terima kasih, salam

SURVIVOR-outwit, outplay, outlast

Balik ke senarai pengirim


#41:
From: abdman
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: salamun alaikum
Date: Friday, April 01, 2005 5:01 PM


Saudara 

Sejak ketemu dengan BACAAN , setiap hari / malam saya luangkan masa kadang kala hampir 1 jam melayari semua bahagian yang terdapat dalam BACAAN . Saya akan baca surah Fatihah dahulu sebelum melayari bahagian yang lain.

Saya ucapkan tahniah pada Saudara yang telah berusha tanpa jemu , penat dan penuh kesabaran menyahut , menjawap segala persoalan mengenai Islam. Saya rasa webpage BACAAN amat baik sekali dan yang amat bermanfaat kepada kita orang Melayu / Islam di rantau ini dan umat Islam keseluruhan nya.

Shabas! Saudara , semoga Anda sekeluarga dapat keberkahan dan kerahmatan dari ALLAH Yang Satu, Yang Pemurah , Yang Pengasih.

Hampir Semua keratan akhbar petikan tahun 1995 megenai , terjemahan Al Qur'an berjudul BACAAN yang di tulis oleh Othman Ali, ( mungkin Saudara ) saya dapati mereka semua termasuk Menteri, Ulamak hanya pandai menuduh / menafikan dengan beri berbagai tekanan / dengan mengunakan kuasa yang ada pada mereka. TAPI saya yakin di lubuk kecil hati mereka ADA merasa kebenaran nya.

Saperti kata Doktor Mahathir .( ketika itu PM Malaysia ) ................. " This similar to my case, my book was banned, I was not " Sekarang buku Dr M " malay Dilemma sudah di terima ramai ,di cetak kembali berebut orang beli kenapa ? Pasal dia berkuasa . satu hari nanati , Saya yakin buku BACAAN akan di rebut dan berebut saperti Malay Delimma, kenapa ? Pasal DIA YANG SATU lebeh berkuasa. 

Thank you and Regards

Nota: Ruangan "Album" dipadam awal Sept 2005.

Balik ke senarai pengirim


#42:
From: dzoul
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Kemusykilan...
Date: Monday, April 25, 2005 1:56 AM

salamun alaikum..

saya berharap saudara dalam keadaan bahagia dan tenteram dalam segala urusan...saya amat kagum dengan penulisan tuan dalam menegakkan kebenaran yang selama ini ditutup dengan kebatilan...setelah saya membaca dan meneliti...bukan sahaja saya dapat melihat islam ini 'make sense' , tetapi baru saya nampak islam ini seperti yang didefinisikan seperti aman, sejahtera dan sebagainya...mmg tidak dinafikan sebelum ini tertanya-tanya jugak dalam diri ini, dan secara terus terang saya katakan saya nampak islam ini agak kasar dalam pelaksanaan hukum contohnya murtad, hukumnya adalah bunuh kalau tidak silap saya...kalau saya salah tolong perbetulkan... dan mmg tidak salah apabila ada golongan yang mengatakan kita ni terorist...tetapi apabila saya baca artikel tuan...saya dapat menerimanya dan semoga allah beri kekuatan pada tuan untuk meneruskan perjuangan ini....sememangnya ramai orang islam, orang islam di Malaysia dan khususnya orang melayu kita, terlalu taksub dengan ajaranē anutan 'bapa-bapa' mereka yang tak tau mana sumbernya...dan yang pastinya bukan drp al-quran...apabila ada diantara kita ingin perbetulkan kesilapan yang berlaku...mereka akan mencebik dan terus menghukum...

<bahagian ke-2 dipadam>

dan berharap usaha tuan akan terus diterima oleh segenap lapisan masyarakat... insyaallah...saya tetap mendoakan... salamun alaikum...

Balik ke senarai pengirim


#43:
From: "Irwan-Winardi."
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Khabar dari e-mushaf.com
Date: Wednesday, May 04, 2005 8:06 AM

Salam,

Pihak kami telah memuatkan tarjamah al-qur'an Tuan (bacaan) ke dalam database laman web kami. Kami mengharapkan Tuan tidak berkeberatan atas pemuatan ini. Sekiranya Tuan merasa berkeberatan, maka kami akan hapuskannya dari database kami.

Kami nantikan jawaban Tuan.

Salam, semoga Allah menunjukan jalan lurus kepada Tuan.

Irwan Winardi
Admin e-mushaf.com

Balik ke senarai pengirim


#44:
From: shirajshah
To: <mohamedibraheem@yahoo.com>
Cc: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Cara Solat Berdasarkan Kepada Al-Quran
Date: Saturday, May 14, 2005 4:25 AM

Salamun Alaikum,

Saya amat tertarik dengan cara penerangan serta kupasan yang diberikan oleh saudara. Memang benar berdasarkan kepada perintah serta janji Allah Dia beri petunjuk ke agama yang lurus ini HANYA DENGAN AL-QURAN dan jelas bahawa ALLAH akan memelihara Al-Quran hingga ke akhir zaman. Dan sesungguhnya Allah juga mengatakan bahawa sesungguhnya Al-Quran ini adalah untuk orang-orang yang BERAKAL. Jadi cerita bahawa akal adalah makhluk yang paling lemah adalah semata-mata rekaan sahaja untuk manusia tidak pertimbangkan perintah Allah melalui AL-Quran ini dipertimbangkan dengan sewajarnya melalui kekuatan akal fikiran.

<dipadam>

Sekian, terima kasih

Yang benar.

Shah, KL

Balik ke senarai pengirim


#45:
From: mohdradzee
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Laman web
Date: Sunday, May 15, 2005 6:43 PM

salam,
apa khabar semua? saya nak masukkan link ke laman e-bacaan di laman web saya. Boleh? laman web saya http://composmentis.myvnc.com. Saya belum iklankan laman web tu tapi dah ada link ke laman web e-bacaan.. jika boleh saya akan iklankan laman web saya tu dengan link ke e-bacaan.

Balik ke senarai pengirim


#46:
From: abdman
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Syabas dan Tahniah
Date: Tuesday, May 17, 2005 10:33 AM

Salamun alaikum 

Semoga Saudara sekeluarga dalam sihat dan senantiasa dapat kerahmatan dari Allah. 

Saya sungguh bersyukur, kerana Allah ketemukan saya dengan dengan BACAAN. Banyak yang saya pelajari dan sedari dari BACAAN. Syabas saya ucapkan pada BACAAN kerana keberanian, keyakinan, kesabaran , ketabahan BACAAN untuk menjawap segala persoalan yang di tujukan dari mereka yang " bersyukur " dan dari mereka yang masih " Ragu Ragu " dan juga dari mereka yang " biadab" , 

Semuga Allah berkahi , Rahmati dan Kasihi BACAAN. Salam saya untuk Sdr. sekeluarga dan juga Sdr. Azahidi ( saya kagum dengan semua penulisan Sdr. Azahidi) 

Terima Kasih 

JABDRahman 

Balik ke senarai pengirim


#47:
From: habibah
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: tahniah
Date: Wednesday, August 31, 2005 8:27 PM

Assalamualaikum

Semuga tuan beroleh rahmat dan keredhoaan yang berterusan dari Allah dalam menjalankan kehidupan seharian.

Berkesempatan disini sebenarnya saya ingin ucapkan setinggi tahniah kepada tuan dalam pengendalian laman ini. Terus terang saya maklumkan penemuan saya dengan laman tuan ini adalah baru saje namun ianya merupaka satu sinar baru buat saya. Sebenarnya saya sudah sekian lama mencari-cari ruangan yang boleh dikomgsi bersama disamping kita boleh berdiscuss mengenai sesuatu topik yang bertujuan untuk mencari lebih mendalam lagi kepastian-kepastian yang kita hadapi selama ini dalam kesamaran. Tambahan lagi ruangan ini dpat memningkatkan lagi tahap pengetahuan kita. Bukan untuk mencari kesalahan atau kesilapan, tapi untuk berbincanag bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan. Inshallah . di lapangan masa yang terluang saya akan sentiasa bersama dan menyumbang sedikit ilmu dan idea yang boleh dikongsi bersama.sekian dahulu untuk kali ini. semoga segala apa yang kita lakukan ini beroleh keberkatan dan keredhoaan dari Allah.
Amin.

Yang Benar

Balik ke senarai pengirim


#48:
From: Azhar Noordin
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Peace
Date: Thursday, October 06, 2005 2:09 PM

PEACE.... Selamat berpuasa

Baru terjumpa web-site saudara. Search on bab Puasa dan ter'jump' ke artikel saudara. Dah lama juga mencari-cari web-site yang purely berthemakan Quran dalam bahasa Melayu. Baru nak mula explore content website saudara. Panduan saya masa kini adalah dari submission.org <http://submission.org>

Balik ke senarai pengirim


#49:
From: Pauze
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: 
Date: Saturday, December 10, 2005 8:04 PM

Saya amat menghargai usaha saudara dan banyak pengajaran yang diperolehi. Betul2 terasa dapat bimbingan dan ajaran2 dari tuhan, 

Steave

Balik ke senarai pengirim


#50:
From: noraliza
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: ingin tahu
Date: Tuesday, January 10, 2006 2:13 AM

Salamun alaikum,
Saya diperkenalkan laman web ini oleh suami saya lebih kurang 2 bulan lalu. Alhamdulillah.. banyak informasi2 yang selama ini jadi tandatanya sbb byk pendapat, telah di jawab dengan rujukan pada Al-Quran bukan rujuk pada uztaz. Baru terasa Islam ini indah & mudah. MasyaAllah!

Balik ke senarai pengirim


#51:
Feb 2006 12:13:13 +0800
Date: Thu, 9 Feb 2006 12:13:13 +0800
From: Fazil
To: e_bacaan@yahoo.com

Tuan,

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana melalui web site tuan, saya kini memahami lebih dalam lagi mengenai Islam dan melalui terjemahan Al Quran kepada Bahasa Melayu ianya memudahkan saya memahami Ajaran-Nya.

Pada pendapat tuan, adakah terdapat sistem takaful/insurans dalam Islam?

Sekian.

Fazil

Balik ke senarai pengirim


#52:
From: airuz
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: ya'juj dan ma'juj
Date: Tuesday, February 14, 2006 4:06 PM

Assalamualaikum

Saya adalah hamba Allah yang lemah. Dahulu saya seorang melayu yang namanya Islam. Saya pelik mengapa orang yang bukan Islam apabila memeluk Islam keyakinannya melebihi dari saya yang dibesarkan dalam suasana keislaman.

Akhirnya saya mencapai tafsir Al-Quran. Niat untuk membacanya seperti sebuah buku cerita. tetapi saya akui ayatnya terlalu unggul untuk dibandingkan dengan semua jenis buku motivasi, buku sains, buku ketuhanan, pokok pangkalnya buku ciptaan manusia. tapi ada diantaranya yang memerlukan kajian yang lebih.. saya hanya lakukan yang termampu... soalan saya. didalam Al-Quran ada disebutkan tentang kehadiran Ya'juj dan Ma'juj dan disentuh juga Iskandar Dzulkarnain yang telah membina tembok. boleh bantu saya huraikan kisah ini. Mudah-mudahan dengan bantuan saudara/saudari dapat membantu saya dari bersifat dengan sifat yang dimurkai Allah.

Balik ke senarai pengirim

>Ke halaman seterusnya