Silap Mata

 

Assalammualaikum w.b.k.........

Nama saya Muhamad Hadi Hafiz. Saya berasal dari Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Saya berumur 14 tahun. Saya ingin bertanya sesuatu :- saya mula berminat dlm silap mata sejak tahun lalu, tetapi saya kurang pasti sama ada silap mata ini haram ataupun tidak di sisi Islam... bagi saya silap mata ini tidak lah haram kerana ianya tidak menggunakan ilmu lain tetapi menggunakan akal dan kepandaian sendiri untuk menghiburkan penonton. Saya telah belajar sedikit cara-cara lakukan silap mata dan ianya memang kelihatan seperti kita menggunakan sesuatu seperti jin untuk melakukan kannya kerana ianya kelihatan sungguh tertarik tetapi ianya hanyalah menggunakan kecekapan tangan... jadi saya harap anda dapat beritahu saya adakah ianya haram disisi Islam.... Terima Kasih

Wassalam..
HADI 

 

Jawapan kami di halaman ini kepada surat di atas adalah seperti berikut:

 

Salamun alaikum,
Saudara Muhamad Hadi Hafiz.


Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami.

Kalau begitu, maka teruskanlah minat saudara dalam silap mata. Mudah-mudahan saudara berjaya jadi seorang ahli silap mata yang masyhur di pentas dunia sekali gus mengharumkan nama baik bangsa dan agama kita.

Kekhuatiran saudara terhadap menggunakan jin adalah berasas. Golongan itu akan menimbulkan masalah. Allah mengingatkan dengan sebuah ayat berbunyi,

"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)

Minat saudara untuk mengetahui yang benar amatlah wajar. Yang benar itu tidak seharusnya diambil hanya sebahagian sahaja. Ia (al-Qur'an) harus dipegang keseluruhannya. Dengan itu, difikirkan bahawa adalah lebih baik sekiranya saudara menggunakan salam yang diajar Tuhan di dalam al-Qur'an. Sila rujuk artikel Salamun alaikum. Terima kasih.

Semoga Allah bukakan jalan bagi saudara.

Syawal / Disember 31, 2002


Sudut Pelajar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Keratan Akhbar
Penemuan
  Soalan Lazim  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman