Surah
81
YANG
DIGELAPKAN
(29 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
81:1. Apabila matahari digelapkan,
81:2. Apabila bintang-bintang dijatuhkan,
81:3. Apabila gunung-gunung diperjalankan,
81:4. Apabila unta-unta bunting ditinggalkan,
81:5. Apabila haiwan-haiwan buas dikumpulkan,
81:6. Apabila laut-laut dijadikan mendidih,
81:7. Apabila jiwa-jiwa dijodohkan,
81:8. Apabila bayi perempuan yang dikuburkan ditanya,
81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,
81:10. Apabila naskhah-naskhah gulungan dibukakan,
81:11. Apabila langit dibuka,
81:12. Apabila Jahim dinyalakan,
81:13. Apabila Taman didekatkan,
81:14. Maka jiwa (diri) tahu apa yang ia hasilkan.
81:15. Tidak! Aku bersumpah dengan yang menyelinap,
81:16. Yang beredar, yang tenggelam,
81:17. Demi malam yang hampir habis,
81:18. Demi subuh (pagi) yang mengeluh,
81:19. Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia,
81:20. Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,
81:21. Ditaati, dan lagi, dipercayai.
81:22. Teman kamu bukanlah orang yang dirasuk.
81:23. Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.
81:24. Dia tidaklah lokek dengan yang ghaib.
81:25. Dan ia bukanlah ucapan syaitan yang direjam.
81:26. Ke mana pula kamu pergi?
81:27. Tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam,
81:28. Bagi sesiapa antara kamu yang hendak menempuh jalan yang lurus,
81:29. Tetapi kamu tidak hendaki, kecuali Allah hendaki, Pemelihara semua alam.