1Seorang yang menggelarkan dirinya "AMIN" telah menulis (copy and paste):
How much money did Maulana Zakaria made by having the Kitab he wrote and translated to many languages in the world. I think he should become a millionare before he passed away. Or at least his family should get some royalty isn't it.

In addition simple question from me how do you Quran is the word of Allah ? Who told you ? Why do you believe the person who told you ? How do you know if he did not lie to you ? How do you know it was revealed to Rasullah SAW ? How does Quran descended from Rasulallah SAW until you recieved it ? How do you know it is authentic ? You may refer to verse that mentioned Allah SWT will protect Quran from such disturbance. But how do you know the verse from Allah, who tell you. May be another lier isn't it ? What is the first surah revealed ? How do you it is the first surah ?
How told you ? Why do you believe him ? How was it revealed, Jibril (Malaikat) ? Who told you it is not written in Quran ?

Lihat, betapa bencinya dia sehingga bersangkaan buruk. Akan tetapi yang lebih berat daripada amalan dosa itu ialah jadi kafir (tidak percaya) kepada Allah, dan ayat-ayat-Nya.

Daripada soalan-soalannya, dapatlah diketahui bahawa dia tidak tahu langsung apa yang terkandung di dalam al-Qur'an. Mungkin suatu hari nanti, setelah apa yang kami ingin sampaikan daripada kandungan al-Qur'an yang utama, akan kami jelaskan apa yang dia tidak tahu.

Kepada orang seperti ini, adalah dirasakan tidak berguna diperingatkan dengan ayat-ayat Allah, kerana daripada apa yang dikatakannya adalah jelas dia tidak takut akan ancaman Allah. Mungkin setelah membaca al-Qur'an sikapnya akan berubah dan mudah menerima keterangan-keterangan yang berlandaskan ayat-ayat al-Qur'an.

Bukanlah Amin itu yang ditujukan khas di sini kerana ada lagi orang lain yang serupa kebencian, kemarahan dan tindakannya. Orang seperti itu selalu pula menemukan sifatnya yang rendah kepada penulis melalui e-mail. 

Kepada mereka diingatkan bahawa mereka hanya diajak untuk membaca (dengan memahami) dan menuruti Kitab yang Allah turunkan. Tidak ada paksaan seperti yang terdapat dalam agama yang mereka anuti.

Seperti ada orang berkata "Do not read to contradict and refute, nor to believe and take it for granted, but to weigh and consider." - maka dengan kata-kata itu, penulis undurkan diri di sini.

(Soalan-soalan Amin dijawab dalam artikel Al-Qur'an - soalan, keraguan & benci kerana tidak kenal [kemaskini 1.4.03].)

Balik ke senarai soalan

2Dari ayat 7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 50:38, 57:4, kita tahu Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari.

Bagaimanapun dalam ayat
2:117. Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.

Harap dapat menjelaskan mengapa perlu 6 hari dan tidak sekelip mata ianya terus jadi.

Bukan niat saya nak mempertikaikan kekuasaan Allah. Cuma saya perlukan penjelasan bagi memuaskan diri saya.

"Sekelip mata" itu seperti silap mata atau sihir. Tuhan bukan ahli silap mata atau ahli sihir yang keluarkan sesuatu dengan sekelip mata. Akan tetapi, Dia keluarkan atau cipta segala sesuatu dengan ukurannya (13:8, 54:49 dan 65:3). Atau hukumnya. Seperti malaikat yang berjumpa Mariam, yang berkata "Jadilah" juga (3:47), tapi Nabi Isa tidak lahir dengan sekelip mata.

Namun, frasa itu terdapat di dalam al-Qur'an, seperti di dalam ayat-ayat berikut:

"Dan urusan Saat seperti sekelip mata, atau lebih dekat" (16:77)

"Perintah Kami hanyalah satu kata, seperti sekelip mata" (54:50).

Balik ke senarai soalan


3I wish to find out more information on the Celebration of Eid (Hari Raya). If God is willing, could you please help me with some queries that i have concerning Eid.

Firstly, my dear brothers, could you plaese show me where in Quran or maybe in another material that define the celebration of Eid, is compulsory in the religion of Islam. From my extensive reading in the Quran, I have yet to find any detail that even comes close to Eid, but yet the the muslim population in the whole wide world is practising Eid with rejoice after the month of Ramadhan. it reminds me of the way the cristians celebrate their very own 'Eid' in cristmas.

Everyone may make mistakes, and if such i may make some too. So, please brothers, if i may get the verses which states in the Quran that allows us to celebrate Eid, will you please reply me back as soon as possible as that is a topic that is frequently asked at the dinner table between my family and I. Hopefully with your reply to my queries i am able to inform ny children what i have probably missed in my readings, and therefore explain the whole topic more clearly.

Tidak ada ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenai Hari Raya Puasa atau Haji, apatah lagi menyuruh mengamalkannya.

Cuma yang ada di dalam al-Qur'an, yang menyebut perayaan, ialah ayat berikut:

"Berkata Isa putera Mariam, 'Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki'" (5:114). 

Pun begitu, mungkin ada orang berkata bahawa tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang larangan menyambut hari raya.

Pada hemat penulis, mengadakan majlis untuk sesuatu sambutan adalah baik. Suasananya riang gembira. Sanak saudara, sahabat handai berjumpa dan bermesra. Perut kenyang. 

Akan tetapi, ada pula golongan yang "mengagamakan" sesuatu sambutan. Seperti mengadakan peribadatan khas, mandi khas, doa khas, apa yang mendatangkan pahala, apa yang makruh, dan sebagainya. Mereka mensyariatkannya pula. Ini tak betul.

Apa yang baik atau tidak baik dalam hal ini adalah hanya common sense.

(Sila lihat artikel Ajaran Islam daripada Bible)

Balik ke senarai soalan


4Saya mengerti akan solat itu pada waktu yang telah dikitabkan iaitu dikedua-dua tepi siang dan awal malam (3 kali sehari). Serta hendaklah difahami bacaan ketika solat itu. Ini ada disebutkan dalam Al-Quran ...... 

.... Mungkin juga solat itu adalah dengan berkumpul beberapa orang dan berbincang serta mengingati satu sama lain akan berita baik dan amaran dari Allah pada ketiga-tiga waktu yang dikitabkan itu. Jika yang demikian solat yang biasa dilakukan dengan berdiri, tunduk dan sujud itu adakah ianya merupakan 'ritual' dalam menyembah Allah.

Orang yang mengilhamkan solat seperti itu ("berkumpul beberapa orang dan berbincang serta mengingati satu sama lain akan berita baik dan amaran dari Allah pada ketiga-tiga waktu yang dikitabkan itu") tentu tidak keberatan untuk melakukannya.

Begitu juga dengan segelintir pengikut-pengikutnya, yang dapati mudah kumpulkan orang-orang pada tiga waktu sehari untuk tujuan tersebut - di sepanjang hayat mereka.

Ini sengaja diketengahkan kerana orang itu tidak percaya akan adanya "ritual" (yang bermakna "upacara amal") dalam menyembah Allah. Dia tidak percaya, lalu dia tidak berdiri, tunduk dan sujud dalam menyembah Allah.

Itu berlaku mungkin kerana dia terlepas pandang sebuah firman Allah bermaksud:

"Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud" (22:26).

Setelah pandangan jadi jelas, maka wajarlah menerima dan mengamalkan perbuatan berdiri, tunduk dan sujud sebagai "ritual" dalam menyembah Allah. Ayat-ayat Allah tidak diambil dalam olok-olokkan.

Sebelum menemui ayat tersebut di dalam al-Qur'an, iaitu ketika melalui lapan surah sebelum surah tersebut (surah 22), tentu dia terpandang sebuah ayat yang berkalimat Rumah dan solat di dalamnya. Ayat yang dimaksudkan itu berbunyi:

"Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, ...." (14:37)

Kedua-dua ayat tersebut didapati bertalian, lalu mengaitkan perbuatan berdiri, tunduk dan sujud (22:26) dengan kalimat solat (14:37). Bagi penulis, perkaitan seperti ini adalah contoh bagi kenyataan bahawa al-Qur'an itu jelas dengan sendirinya, walaupun orang itu mungkin skeptis terhadapnya.

Lagi, diharap kewaswasan tidak mendorongnya untuk mengaitkan perbuatan "mengelilinginya" (22:26) dengan solat yang akan mengelirukan lagi orang-orang baru yang ingin berdiri, tunduk dan sujud dalam solat mereka.

Bicara disingkatkan dengan terus pergi kepada sujud, sekali gus tinggalkan perkara berdiri dan tunduk. Mungkin orang itu enggan bersujud seperti orang lain kerana baginya perkataan sujud di dalam al-Qur'an adalah (kesemuanya) bermakna "submit" (berserah).

Jika dia berpendapat demikian maka beberapa ayat yang mengandungi kalimat sujud di dalam al-Qur'an tidak akan searus dengannya. Sebagai contoh, dipetik satu daripada ayat-ayat yang dimaksudkan, berbunyi:

"Apabila Aku telah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!" (38:72).

Dan, sebagai peringatan bagi orang-orang yang enggan sujud seperti yang ditunjukkan Allah, maka renungkanlah ayat-ayat berikut:

"Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera" (68:42-43).

Kemunculan tafsiran seperti di atas mungkin disebabkan, pertama, ayat-ayat yang menyebut mengenai "mengingati Allah". Memang solat itu untuk mengingati Allah (20:14), tetapi bukan semua perbuatan "mengingati Allah" itu solat. Contoh - kucing ialah binatang, tetapi bukan semua binatang itu kucing. Perbezaan di antara solat dengan mengingati Allah yang lain adalah pada "wuduk" dan waktu. Dalam mengingati Allah yang lain tidak ada wuduk dan masanya pula tidak terhad seperti yang disyaratkan bagi solat. (Sila rujuk Kalimat zikir di dalam al-Qur'an).

Dan kedua, mungkin kerana solat itu diertikan sebagai "buat kebajikan" oleh sesetengah pihak. Kalau begitu, orang yang menganjurkan pengertian tersebut sudah terlupa ayat 21:73 yang bezakan antara solat dengan aktiviti buat kebajikan.

Pada kedua-dua kemungkinan tersebut, tidak pula ditegaskan perbuatan "memohon pertolongan" seperti dalam solat yang diajar Tuhan di dalam al-Qur'an (2:45 dan 2:153).

Persoalan mengenai solat telah "terlalu" banyak ditimbulkan oleh segelintir ahli golongan yang berpegang pada al-Qur'an sehingga amalan itu mereka tinggalkan sama sekali dan diganti dengan amalan lain seperti yang disebut tadi. Ini harus dipandang serius.

Sebelum ini, di halaman ini, telah dijawab pertanyaan mengenai pendapat yang menyatakan solat adalah dua kali sehari, bukan tiga. Jawapannya telah dipadam tetapi dipindahkan ke bahagian akhir halaman artikel "Solat menurut al-Qur'an" pada hujung bulan Mei yang lalu.

Perbezaan pendapat di kalangan pendokong al-Qur'an adalah ketara. Selain daripada solat, perbezaannya - untuk namakan dua sahaja - adalah pada tempat kerjakan Haji (yang bukan Mekah menurut sesetengah pihak) dan puasa (yang bukan menahan diri daripada makan, minum dan seks pada siang hari, tetapi hanya tidak berkata-kata, lalu dibolehkan makan, minum dan seks, menurut sesetengah pihak juga).

Perselisihan serupa ini, walaupun harus berlaku, namun amat dikesali. Kerana orang luar akan mencerca dan melabelkannya sebagai kekalutan dalam kepercayaan golongan pendokong al-Qur'an. Akan tetapi, alhamdulillah, cercaan, labelan serta permusuhan tidak berlaku dalam golongan ini. Lalu usaha untuk menegakkan ajaran al-Qur'an oleh semua pihak tidak terjejas.

Balik ke senarai soalan


5As we know, the verse below:

"62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul (min yawmi aljumua), bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu". (Bacaan, 1995).

has been used to support the idea of a congregational prayer on Friday.

I am no arabic speaker; but I was led to understand that the typical Arabic Week starts on Sunday and ends on Saturday and that the **NAME** of days in an arabic week are based on **NUMBERS** such as follows:

1 = ahad = sunday
2 = isnaini = monday
3 = thalasa = tuesday
4 = arba'a = wednesday
5 = khamis = thursday
6 = sittah = friday
7 = saba'ah or sabtu = saturday

But, these days, if one asks an arabic speaker he will tell you that "Friday" in arabic is "Al Juma'ah" and not "Al Sittah".

One begins to wonder why the names of other days of the week are "numbers-based" EXCEPT for the sixth day only. Could this yet be another example of the consequence of blind following of corrupted hadiths which attempted to justify their non-existent "salatul jumuah" in the Quran? 

Thank you "truth speaks". You have given a question as well as the answer, which I am glad to agree. To support your claim, I quote (or rather, copy and paste) only two hadiths from Bukhari. They are the first and the second on "Friday" and I think I need to go no further. Interestingly, in the first hadith, one understands that Friday, a day of celebration, not prayer, was initiated by a Jew! While the second, tells us  that Friday (again no prayer was mentioned but only celebration) was created just to prove that Muslims are the foremost.

These "facts" do not sound divine to you and me as Qur'an students. But, who are we against one point two billion people? Or, what is one point two billion people against The Almighty! On that note, I rest my case.

Hadith #1:

Narrator:     Umar ibn al-Khattab
Reference: SAHIH AL-BUKHARI
Hadith No: 1.43

Once a Jew said to me, "O the chief of believers! There is a verse in your Holy Book which is read by all of you (Muslims), and had it been revealed to us, we would have taken that day (On which it was revealed) as a day of celebration."

Umar ibn al-Khattab asked "which is that verse?" The Jew replied, "This day I have perfected your religion for you, completed My favour upon you, and have chosen for you, Islam as your religion." (5:3)

Umar replied, "No doubt, we know when and where this verse was revealed to the Prophet (peace_be_upon_him) It was Friday and the Prophet was standing at Arafat (i.e. the Day of Hajj)."

Hadith #2:

Narrator:     AbuHurayrah
Reference: SAHIH AL-BUKHARI
Hadith No:  2.1

I heard Allah's Apostle (peace_be_upon_him) saying, "We (Muslims) are the last (to come) but (will be) the foremost on the Day of Resurrection though the former nations were given the Holy scriptures before us.

And this was their day (Friday) the celebration of which was made compulsory for them but they differed about it. So Allah gave us the guidance for it (Friday) and all the other people are behind us in this respect: the Jews' (holy day is) tomorrow (i.e. Saturday) and the Christian's (is) the day after tomorrow (i.e. Sunday)."

Balik ke senarai soalan