Surah 24
CAHAYA
(64 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
24:1. Sebuah surah yang Kami turunkan dan tetapkan; dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.
24:3. Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.
24:4. Dan orang-orang yang membaling kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:6. Dan orang-orang yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
24:7. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.
24:8. Ia akan hindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia saksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.
24:9. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar.
24:10. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!
24:11. Orang-orang yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah sangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.
24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri bersangka baik, dan berkata, "Ini fitnah yang nyata"?
24:13. Mengapa mereka tidak datangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak datangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.
24:14. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya di dunia dan di akhirat, tentulah kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang besar.
24:15. Apabila kamu terimanya dengan lidah kamu, dan kamu kata dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, tetapi di sisi Allah ia adalah satu yang besar.
24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini fitnah yang besar"?
24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.
24:18. Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:19. Orang-orang yang suka bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
24:20. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut, Pengasih.
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka maafkan dan ketepikan. Tidakkah kamu suka bahawa Allah akan ampun kamu? Allah Pengampun, Pengasih.
24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingnya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.
24:24. Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, menyaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat.
24:25. Pada hari itu, Allah bayar mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka tahu bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa mereka kata; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.
24:27. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah masuk rumah-rumah selain daripada rumah kamu, sehingga kamu minta izin dahulu dan beri salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.
24:28. Dan jika kamu tidak dapati seseorang di dalamnya, janganlah masuk sehingga diizinkan kepada kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu, "Kembalilah", maka kembalilah kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan Allah tahu apa kamu buat.
24:29. Tidak salah ke atas kamu bahawa kamu masukrumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada kesenangan bagi kamu. Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu sembunyikan.
24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.
24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
24:32. Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
24:34. Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki. Dan Allah buat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah tahu segala sesuatu.
24:36. Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya disebut di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
24:38. Supaya Allah membalas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan tambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.
24:39. Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di sisinya, dan Dia bayar hitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat hitungan.
24:40. Atau, mereka seperti kegelapan di laut yang gelap, ditutupi gelombang besar yang di atasnya gelombang besar, dan di atasnya awan, kegelapan bertindih satu di atas yang lain; apabila dia keluarkan tangannya, hampir-hampir dia tidak dapat melihatnya. Dan kepada sesiapa Allah tidak buatkan cahaya, tiadalah cahaya baginya.
24:41. Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat.
24:42. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan kepada-Nya kepulangan.
24:43. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian kumpulkan mereka, kemudian buat mereka satu kelompok, kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celah mereka? Dan Dia turunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia timpakan kepada siapa Dia hendaki dengannya, dan palingkan daripada siapa Dia hendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan penglihatan.
24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.
24:45. Allah cipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah cipta apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
24:46. Maka Kami turunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.
24:47. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati." Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka bukanlah orang-orang mukmin.
24:48. Apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.
24:49. Tetapi jika mereka benar, mereka datang kepada dia dengan patuh.
24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
24:52. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
24:53. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa jika kamu suruh mereka, mereka pasti akan keluar. Katakanlah, "Janganlah bersumpah; ketaatanlah yang baik. Sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat."
24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."
24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.
24:56. Lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu dikasihani.
24:57. Janganlah sangka orang-orang tidak percaya dapat mengandaskan di bumi; tempat menginap mereka ialah Api - satu kepulangan yang buruk.
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:59. Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka minta izin seperti orang-orang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
24:62. Orang-orang yang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak tinggalkan dia sehingga mereka minta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang minta izin kamu, merekalah orang-orang yang percayai Allah dan Rasul-Nya; maka, apabila mereka minta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa yang kamu hendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:63. Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.
24:64. Ketahuilah bahawa kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi; Dia tahu keadaan kamu; dan pada hari apabila mereka dikembalikan kepada-Nya, Dia akan beritahu mereka apa mereka buat; dan Allah tahu segala sesuatu.