Nabi larang bertarawih di Masjid

Oleh W. Kassim

Kita lihat dalam sepanjang bulan Ramadan orang membanjiri masjid kerana bersolat Tarawih. Marilah kita lihat hadis yang paling sahih dikalangan orang Ahlusunnah untuk mengetahui samada amalan makin popular ini adalah sunnah atau perintah dari Nabi.

SAHIH BUKHARI
Jilid: 8
No: 134
Dirawayatkan oleh Zaid bin Thabit

Rasulullah buat sebuah bilik kecil (dengan tikar yang dibuat dari daun palma). Rasulullah keluar (dari rumahnya) dan bersolat di dalam bilik kecil itu. Beberapa orang lelaki turut bersolat bersama-sama beliau. Malam keesokannya mereka datang lagi untuk bersolat, tetapi Rasulullah tidak keluar. Oleh itu mereka berteriak-teriak dan mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan batu. Rasulullah keluar kepada mereka dalam keadaan marah dan berkata: "Kamu mahu menggesa (Tarawih itu di dalam masjid) dan aku bimbang kalau solat (Tarawih) akan jadi wajib keatas kamu. Maka kamu semua lakukan solat ini dirumahmu, kerana solat yang lebih baik bagi seseorang itu ialah yang dilakukan dirumahnya, kecuali solat wajib Jumaah." 

Mengikut hadis ini, Nabi sendiri tidak suka ke masjid untuk solat Tarawih. Untuk mengelak dari pergi ke masjid, beliau telah buat bilik kecil berdindingkan tikar yang diperbuat dari daun palma di luar rumahnya. Namun demikian, orang yang ternampak beliau bersolat Tarawih telah mengikut bersama.

Pada malam kedua Nabi tidak keluar dari rumahnya dan orang berteriak-triak serta mengetuk pintu rumahnya dengan batu. (Adakah ini caranya mereka menunjukkan kejengkelan mereka kerana Nabi tidak ke masjid bersolat Tarawih?) Maka Nabi keluar dengan marah lalu perintah mereka supaya tidak bersolat Tarawih di masjid, tetapi lakukannya di rumah masing-masing.

Nampaknya orang Ahlusunnah bukan sahaja kelihatan menentang Quran, tetapi mereka juga kelihatan menentang perintah Nabi yang terdapat di dalam hadis kuat Sahih Bukhari.

Hari ini sejarah berualang kembali. Golongan yang sama, juga jengkel terhadap orang yang tidak turut bersama mereka, menentang perintah Nabi.

Untuk meramaikan lagi kumpulan penentang ini, MOREI diadakan sebagai tarikan.


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman