Hawa Nafsu
Terpanggil untuk memperkatakan sesuatu yang agak berat untuk dikhabarkan kepada orang lain. Terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Namun, yang lebih berat adalah penipuan yang telah dilakukan. Apatah lagi apabila penipuan itu dilakukan oleh seorang yang disyaki berkaitan dengan pengurusan agama (Islam).
Penipuan tersebut adalah antara beberapa penjelasan kepada kenyataan yang ditulisnya, dan ia merupakan satu daripada dua yang dipilih untuk diperkatakan di sini. Kenyataan disusuli dengan penjelasan, ditulis dalam e-mel yang berasingan.
Pertama, kenyataannya yang berbunyi,
"Saya boleh liwat isteri saya"
Setelah ditanya dari mana dia dapat idea tersebut, dia menjelaskan, dalam e-mel yang lain, dengan kata-kata berikut:
"saya fahami bila saya ada terbaca terjemahan sepotong ayat yang saya ingat bunyi macam ni.... "datangilah kamu kepada isteri kamu dari belakang..."
Tidak syak lagi, maksud perkataan ayat di situ ialah ayat Allah, atau ayat al-Qur'an. Kalau hadis yang dimaksudnya, maka hadislah yang ditulisnya.
Demi Allah! Penjelasan itu adalah dusta semata-mata. Dusta terhadap Allah dan agama-Nya!
Ayat yang dimaksudkan dalam penjelasannya mungkin yang berbunyi,
"Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah (Muhammad), 'Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu .' Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka." (2:222)
Andaikata ayat itu tepat diteka, maka dapat difahamkan bahawa apa yang Allah perintah adalah bukan dari belakang, lantas bukan juga liwat!
Atau, sebuah lagi ayat al-Qur'an yang berkaitan, bermaksud,
"Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu hendaki" ( 2:223)
Namun, perkataan dari belakang juga tidak disebut. Selain daripada dua ayat yang baru diturunkan, tidak ada ayat lain bersangkutan dengan penjelasan yang diberi. Justeru itu, sahlah orang tersebut merupakan seorang penipu besar.
Menyentuh sedikit mengenai keinginan. Keinginan lelaki terhadap perempuan dipanggil irbah di dalam al-Qur'an (24:31 - "keinginan seks"). Sementara keinginan lelaki terhadap lelaki lain dipanggil syahwah (jamak syahawat) atau hawa nafsu.
Dengan itu, berkemungkinan tidak salah jika mentafsirkan perbuatan liwat ke atas perempuan jua kepada kehendak hawa nafsu, yang berlainan dengan kehendak seks biasa.
Terdapat lima ayat yang mengandungi perkataan syahwah di dalam al-Qur'an (3:14, 4:27, 7:81, 19:59 dan 27:55) dan tiada satu pun menunjukkan ia suatu perbuatan yang baik. Bolehkah itu dijadikan satu iktibar?
Seterusnya pendusta itu membayangkan suatu benda yang mungkin selalu berlegar di kepalanya. Dia menulis,
"Bila saya kahwin lebih dari satu saya boleh lakukan "sex orgy" dengan isteri-isteri saya"
Itukah tujuannya berpoligami? Tidakkah Imamnya ajar, seperti Tuhan ajar, bahawa:
Tiap-tiap isteri diberi rumah sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi (33:33 dan 65:1). Bermaksud, mereka hidup berasingan, jauh daripada kegiatan orgy. Melainkan si penipu itu seorang pendera yang mampu mengheret seorang atau dua isterinya pergi ke rumah isteri ketiga (kalau dia beristeri tiga) untuk memuaskan keinginan seks dan hawa nafsunya. Kerana difikirkan bahawa isteri-isteri yang sopan lagi beriman tidak akan lakukan kegiatan itu dengan rela.
Sebab dia berkata demikian, setelah ditanya, dicatat seperti di bawah,
"dalam Quran tak disebut dengan terang mengenai perkara ini (orgy). Serupa macam "oral sex"-Quran tak sebut tak boleh,"
Dia menyamakan orgy denagn oral sex pulak! Lihat bagaimana otaknya bergerak! Dari liwat ke orgy, dari orgy ke oral sex. Tidak mustahil, kerana otak seperti itu, sambil memikirkan orang lain pun menyimpan yang sama, lalu terdengar laungan sumbang daripada orang-orang yang serupa dengannya, berbunyi "Konsert si anu haram!" "Rancangan itu haram!" "Siri ini haram!" dan sebagainya.
Dan makhluk yang menipu tadi didapati berselindung di belakang nama al-Qur'an tanpa patut. Kitab itu tidak menyebut oral sex, katanya. Dia mahukan perkataan itu disebut di dalamnya! Tidakkah cukup dengan kata-kata-Nya berbunyi "maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu hendaki"?
Kerana keterlanjurannya dia tidak sedar bahawa "Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari" (22:63). Patutkah pula Allah diterangkannya tidak beradab seperti dia?
Penulis Bacaan
29 September 2004
Bacaan tambahan:
Onani
Artikel
/ English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman