Surah 65
PERCERAIAN
(12 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.
65:2. Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar,
65:3. Dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan. Dan sesiapa tawakal kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah laksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah adakan ukuran bagi segala sesuatu.
65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.
65:5. Itu perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.
65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berikan mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya.
65:7. Hendaklah orang empunya keluasan nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia beri kepadanya. Sungguh, Allah akan buatkan, setelah kesukaran, yang mudah.
65:8. Berapa banyaknya bandaraya yang memandang rendah pada perintah Pemeliharanya dan Rasul-Rasul-Nya, kemudian Kami hitungkannya dengan hitungan yang keras, dan mengazabnya dengan azab yang dahsyat!
65:9. Maka ia merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan kesudahan urusannya adalah kerugian.
65:10. Allah sediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah turunkan kepada kamu Peringatan,
65:11. Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik.
65:12. Allah yang mencipta tujuh langit, dan daripada bumi yang serupa dengan mereka, di antara mereka Perintah turun, supaya kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa Allah meliputi segala sesuatu dalam pengetahuan.