Surah 27
SEMUT
(93 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.
27:2. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin,
27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
27:4. Orang-orang tidak percayai akhirat, Kami nampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.
27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.
27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku lihat api, dan aku akan datangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan datangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."
27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!
27:9. Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,
27:11. Kecuali orang buat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.
27:12. Masukkan tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."
27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."
27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!
27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."
27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."
27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.
27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."
27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."
27:20. Dan dia periksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak lihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?
27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.
27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:27. Berkata, "Kami akan lihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.
27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa yang mereka kembalikan."
27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,
27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"
27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu saksikan aku."
27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa yang kamu akan perintahkan."
27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka masuksebuah bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.
27:35. Sesungguhnya aku utus satu hadiah kepada mereka, dan lihat apa yang utusan-utusan bawa kembali."
27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah kamu!
27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya, dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
27:41. Berkata, "Samarkan singgahsananya untuknya, dan kita akan lihat, sama ada dia dapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak dapat petunjuk."
27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.
27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum tidak percaya (kafir)."
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."
27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, "Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.
27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"
27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."
27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.
27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"
27:50. Dan mereka buat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami sebaliknya buat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak sedar.
27:51. Dan perhatikan bagaiman kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami binasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.
27:52. Itu rumah-rumah mereka, semua telah roboh disebabkan mereka buat zalim; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang tahu.
27:53. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.
27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat)bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."
27:57. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; Kami tentukan dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.
27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan sejahtera ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka sekutukan?
27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.
27:61. Atau, siapakah yang buatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan letak sungai-sungai di celah-celahnya, dan adakan untuknya gunung-gunung, dan letak satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.
27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"
27:65. Katakanlah, "Tiada yang tahu yang ghaib di langit dan bumi melainkan Allah. Dan mereka tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan."
27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.
27:67. Orang-orang tidak percaya berkata, "Apa, apabila kita jadi tanah, dan bapa-bapa kita, adakah kita benar-benar akan dikeluarkan?
27:68. Kita telah dijanjikan yang ini, dan bapa-bapa kita dahulu; tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa."
27:70. Jangan sedih terhadap mereka, dan jangan juga kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.
27:71. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
27:72. Katakanlah, "Mungkin di belakang kamu sudah pun ada sebahagian apa yang kamu minta disegerakan."
27:73. Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
27:74. Sesungguhnya Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.
27:75. Dan tiadalah yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.
27:77. Ia adalah petunjuk, dan pengasihan, kepada orang-orang mukmin.
27:78. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka dengan Putusan-Nya; Dia Yang Perkasa, Yang Mengetahui.
27:79. Maka tawakallah kamu kepada Allah; kamu adalah di atas kebenaran yang nyata.
27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.
27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.
27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami keluarkan untuk mereka dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka - manusia tidak yakin akan ayat-ayat Kami.
27:83. Pada hari Kami kumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris,
27:84. Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, "Adakah kamu dustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu telah buat?"
27:85. Dan Ucapan jatuh kepada mereka kerana mereka buat zalim semasa mereka tidak berkata-kata.
27:86. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami buatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang percayai.
27:87. Pada hari trompet ditiup, dan terkejutlah sesiapa sahaja yang di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah hendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan rendah diri.
27:88. Dan kamu lihat gunung-gunung yang kamu sangka tidak bergerak, melalui seperti awan-awan melalui - hasil pekerjaan Allah, yang mencipta segala sesuatu dengan sangat baik. Dia menyedari apa kamu buat.
27:89. Sesiapa yang datang dengan yang baik, dia dapat yang lebih baik daripada itu; dan mereka jadi aman daripada kejutan hari itu.
27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat?"
27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim,
27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."
27:93. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah. Dia akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan kenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa kamu buat."