Surah 33
GOLONGAN
BERSEKUTU
(73 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan jangan taati orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
33:3. Dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.
33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.
33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.
33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.
33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
33:8. Supaya Dia tanya orang-orang yang benar mengenai kebenaran mereka; dan Dia sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.
33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami utus kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak lihat; dan Allah lihat apa kamu buat.
33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah.
33:11. Di sana orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras.
33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan Rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan."
33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka minta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya hendak lari.
33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk buat penganiayaan, tentu mereka lakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar.
33:15. Namun begitu, mereka telah buat perjanjian dengan Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang; dan perjanjian dengan Allah akan ditanya.
33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."
33:17. Katakanlah, "Siapakah dia yang akan lindung kamu daripada Allah jika Dia hendak kejahatan untuk kamu, atau hendak pengasihan untuk kamu?" Mereka akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
33:18. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang halangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, "Datanglah kepada kami", dan mereka tidak datangi peperangan kecuali sedikit,
33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu lihat mereka pandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.
33:20. Mereka sangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan menginginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit.
33:21. Kamu ada teladan yang baik pada Rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingat Allah dengan banyak.
33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan Rasul-Nya janjikan kita, dan Allah dan Rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.
33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,
33:24. Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
33:25. Dan Allah kembalikan orang-orang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah tahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah Kuat, Perkasa.
33:26. Dan Dia turunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.
33:27. Dan Dia mewariskan kamu bumi mereka, dan tempat tinggal mereka, dan harta benda mereka, dan bumi yang belum kamu pijak. Allah adalah berkuasa atas segala sesuatu.
33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.
33:29. Tetapi jika kamu hendakkan Allah, dan Rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah sediakan bagi orang-orang buat baik antara kamu dengan upah yang besar."
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.
33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia.
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.
33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata.
33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah rahmati, dan kamu telah rahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu sembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah nyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah sempurnakan apa yang dia hendaki daripadanya, maka Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka sudah sempurnakan apa yang mereka hendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.
33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.
33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung.
33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.
33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,
33:42. Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang.
33:43. Dia yang rahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin.
33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia.
33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,
33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.
33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka pemberian yang besar daripada Allah.
33:48. Dan jangan taati orang-orang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah pedulikan gangguan mereka, dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.
33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu kahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk kira terhadap mereka; maka berilah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis.
33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.
33:51. Kamu tangguhkan siapa yang kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.
33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
33:54. Sama ada kamu nampakkan sesuatu, atau kamu sembunyikannya, maka sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.
33:57. Orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, merekalah yang Allah laknat di dunia dan akhirat, dan sediakan bagi mereka azab yang hina.
33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahan dan dosa yang nyata.
33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.
33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang buat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka jadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.
33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh.
33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada sunnah Allah.
33:63. Manusia tanya kamu mengenai Saat. Katakanlah, "Pengetahuannya hanyalah di sisi Allah; apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?"
33:64. Allah laknatkan orang-orang tidak percaya, dan sediakan untuk mereka yang Menyala,
33:65. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; mereka dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
33:66. Pada hari apabila muka mereka berbalik-balik di dalam Api, mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami telah taati Allah dan taati Rasul!"
33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah taati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka sesatkan kami daripada jalan.
33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"
33:69. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa mereka kata, dan dia terhormat di sisi Allah.
33:70. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.
33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.
33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.
33:73. Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih.