Zakat sebenar, Sedekah & Nafkah

 

Zakat diertikan umat sebagai "sejenis cukai yang diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya (rukun Islam yang keempat); ~ fitrah = ~ badan zakat yang wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa);" Pengertian itu dipetik daripada Kamus Dewan.


Suci

Menurut al-Qur'an, atau pengertiannya yang sebenar, datang dari Tuhan, zakat bermaksud suci atau kesucian dalam bahasa Melayu. Ia tergolong dalam satu kata akar bersama kalimat zaka, zakiy, zakka, dan tazakka, yang bererti suci atau kesucian atau menyucikan. Ayat-ayat mereka turut disuratkan di sini sebagai contoh. (Sila lihat Kalimat zakat di dalam al-Qur'an. Link itu turut dicatatkan di hujung halaman ini.) 

Contoh bagi zakat yang membawa maksud suci atau kesucian di dalam al-Qur'an ada beberapa. Dua daripadanya adalah seperti berikut:

"Maka kami hendak supaya Pemelihara mereka beri mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang" (18:81).

"Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia (Nabi Yahya) bertakwa," (19:13).

Zakat atau kesucian yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang dilakukan. Firman-Nya,

"Dan yang pada zakat, mereka lakukan;" (23:4).

Apa yang dilakukan itu pula adalah perbuatan "beri" atau "ata" dalam loghat al-Qur'an. Lantas disebut "aatuz zakaata" atau "berikanlah zakat" di dalam Kitab.

beri zakat adalah suruhan Allah ke atas manusia yang disebut dari awal lagi di dalam al-Qur'an. Ia disebut berulang kali. Ayat yang pertama menyebutnya berbunyi,

"Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk" (2:43).

Dengan itu, disimpulkan bahawa beri zakat bermaksud beri sesuatu yang akan menyucikan orang yang beri. Misal beri ialah sedekah.


Sedekah

Amalan sedekah memang menyucikan, menurut ayat 9:103. Perkataan "menyucikan" di dalam ayat tersebut diterjemah daripada kalimat zakka yang seakar dengan zakat. Ayat itu berbunyi,

"Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan (yuzakki) mereka dengannya,"

Maka amalan sedekah adalah zakat (menyucikan) dan ia juga dikatakan "membersihkan". Sedekah diberi daripada harta yang dimiliki, dan diberi kepada:

"orang-orang fakir (yang memerlukan),
 orang-orang miskin, dan 
 yang beramal terhadapnya, dan 
 orang-orang yang hatinya disatukan, dan 
 merdekakan hamba-hamba, dan 
 orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan 
 musafir;
 begitulah ketentuan Allah"
(9:60).

Sedikit penjelasan mengenai dua yang baru disebut, iaitu orang-orang yang beramal terhadapnya dan orang-orang yang hatinya disatukan. Yang pertama bermaksud orang-orang yang beramal terhadap (atau menjaga hal-ehwal) orang-orang fakir dan miskin, dan kedua bermaksud orang-orang yang hati baru disatukan dengan orang-orang beriman atau sering dipanggil "saudara baru". Kepada mereka berdua sedekah diberi juga.

Sedekah diberi dengan cara terang-terangan atau berahsia. Namun, cara berahsia adalah lebih baik. Firman-Nya,

"Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu" (2:271).


memberi harta

Di samping itu, terdapat satu lagi ayat yang menyebut mengenai memberi harta untuk menyucikan diri. Perkataan "menyucikan" di dalamnya diterjemah daripada kalimat "tazakka" yang seakar dengan zakat. Ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Yang beri hartanya untuk menyucikan dirinya" (92:18)

Diri dapat disucikan dengan memberi harta yang dimiliki. Tentang memberi harta, dihuraikan lagi di dalam ayat 2:177, yang menyenaraikan penerimanya seperti di bawah ini:

"dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada
 sanak saudara, dan 
 anak-anak yatim, dan 
 orang-orang miskin, dan 
 musafir, dan 
 orang-orang yang meminta-minta"

memberi harta (yang seakan maksud zakat) di situ didapati serupa dengan sedekah iaitu diberi daripada harta yang dimiliki juga. Contoh wang, pakaian dan sebagainya.


Nafkah

Selanjutnya, amalan sedekah dikaitkan dengan amalan nafkah. Nafkah bermaksud membelanjakan daripada apa yang Allah rezekikan. Firman-Nya,

"Nafkahkanlah (belanjakanlah) daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).'” (63:10)

Antara nafkah dengan sedekah, nafkah disebut terlebih dahulu di dalam al-Qur'an - nafkah pada ayat 2:3, dan sedekah, ayat 2:196

Barang yang dinafkahkan adalah:

Mengenai jumlah atau kadar untuk dinafkahkan, Allah tidak menentukannya dengan tepat di dalam al-Qur'an. Dia hanya menyebut "Yang berlebihan" (2:219). Tentu ada hikmahnya mengapa Dia tetapkan demikian.

Selain menyebut "yang berlebihan", Dia menyatakan lagi, iaitu nafkah harus diberi menurut kemampuan masing-masing. Firman-Nya,

"Hendaklah orang empunya keluasan nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia beri kepadanya." (65:7)

Pendek kata, nafkah dikeluarkan semasa senang dan susah (3:134). Ia diberi kepada:

"ibu bapa, dan 
 sanak saudara, dan 
 anak-anak yatim, dan 
 orang-orang miskin, dan 
 orang-orang musafir"
(2:215), 

 dan orang-orang fakir yang
"terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi" (2:273)


Pengasihan Allah

Amalan beri zakat bukan baru. Suruhan Tuhan itu sudah diamalkan sejak zaman dahulu, oleh Bani Israil (2:83). Golongan Bani Israil pula boleh dikatakan yang tertua di dunia. Ia disebut sejak dari kisah anak-anak Adam lagi (5:32).

Zakat adalah suatu tuntutan yang besar dalam Islam. Ia diterangkan sebagai:

Upah atau balasannya hanya didapati di sisi Allah (ayat 2:110 tadi). Dengan amalan memberi zakat, di samping bertakwa dan benar-benar percayai ayat-ayat al-Qur'an, seseorang layak untuk menerima pengasihan daripada Tuhannya. Itu dijelaskan di dalam sebuah firman Allah bermaksud,

"dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami," (7:156)


Rukun Islam

Sekiranya ingin mengatakan bahawa berzakat - seperti sedekah, memberi harta, dan nafkah - sebahagian daripada rukun Islam maka ia difikirkan amat tepat sekali.

Ia bukan seperti pungutan cukai dengan kadar tertentu, diguna untuk pelbagai kegiatan. Zakat bukan cukai yang dibayar kepada negeri.

Zakat dilakukan dengan kerelaan hati muslim, dan diberi kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Dan zakat fitrah, yang dibayar oleh umat pada tiap-tiap bulan Ramadan, adalah satu contoh bagi ajaran zakat yang palsu. Zakat seperti itu dengan syarat-syaratnya tidak disebut di dalam al-Qur'an, bermaksud, tidak diajar dalam ajaran agama Allah sebenar.


Bacaan tambahan:
Kalimat zakat di dalam al-Qur'an
Kalimat sedekah di dalam al-Qur'an
Kalimat nafkah di dalam al-Qur'an

Artikel:
Amalan sedekah tanpa al-Qur'an
Zakat Fitrah


Penulis Bacaan
Ramadan/November 2002
dikemaskini Ramadan/September 2008


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman