Kalimat nafkah di dalam al-Qur'an
Nafkah diterjemah daripada
kalimat anfaqa yang seakar dengan nafaqa di mana
terbit perkataan "munafik"!
Kesemua 56 ayat al-Qur’an yang mengandungi
perkataan nafkah disenaraikan di bawah ini:
2:3. Yang percayai yang ghaib, dan lakukan
solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa Kami
rezekikan mereka,
(ayat nafkah yang
pertama)
2:195. Dan nafkahkanlah di jalan Allah, dan
janganlah lemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam
kebinasaan, tetapi buat baik; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.
(binasa)
2:215. Mereka tanya kamu mengenai apa yang
mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(siapa yang patut menerima - ibu bapa, sanak saudara, anak yatim,
orang miskin, dan musafir)
2:219. Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang
mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah
menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.
(yang berlebihan)
2:254. Wahai orang-orang yang percaya,
nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu
hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga
syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya - merekalah
orang-orang zalim.
(daripada apa yang direzekikan
Allah)
2:261. Persamaan orang-orang yang
nafkahkan (belanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti persamaan
sebutir biji yang
tumbuhkan
tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai
bijirin, ada seratus biji. Maka Allah gandakan kepada sesiapa Dia hendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.
(persamaan)
2:262. Orang-orang yang nafkahkan harta
mereka di jalan Allah, kemudian tidak ikut apa yang mereka
nafkahkan dengan celaan dan gangguan, upah mereka adalah di sisi
Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka
bersedih.
(tanpa celaan dan
gangguan)
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang
nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak
percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang
licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang
mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
(persamaan nafkah untuk
menunjuk-nunjuk)
2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang
nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati Allah, dan
untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas
bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia
berikan
hasilnya dua kali ganda. Jika
tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa kamu buat.
(persamaan)
2:267. Wahai orang-orang yang percaya,
nafkahkanlah daripada benda-benda yang baik yang kamu usahakan, dan
daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah
bermaksud yang buruk-buruk daripadanya untuk kamu nafkahkan, sedang
kamu tidak akan mengambilnya sendiri melainkan kamu picingkan sebelah mata
padanya; dan ketahuilah bahawa Allah Kaya, Terpuji.
(daripada usaha sendiri dan dari bumi)
2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.
2:272. Bukanlah atas kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu nafkahkan, hanya inginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.
2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di
jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak minta kepada manusia dengan mendesak,
dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(bagi fakir yang terkepung; tidak
meminta-minta)
2:274. Orang-orang yang nafkahkan harta
mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di
sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka
bersedih.
(secara rahsia atau
terbuka)
3:16. Orang-orang yang (bertakwa) berkata, "Wahai
Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api."
3:17.
Orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang benar, dan orang-orang yang patuh,
dan orang-orang yang nafkahkan, dan orang-orang yang minta ampun pada
waktu sebelum dinihari.
3:92. Kamu tidak akan capai ketaatan sehingga
kamu nafkahkan daripada apa kamu cintakan, dan apa sahaja yang
kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(tak capai tahap ketaatan)
3:117. Persamaan apa yang mereka (orang tidak
percaya) nafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin
yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka
sendiri, lalu ia musnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri
mereka sendiri mereka zalimkan.
(persamaan nafkah
orang tidak percaya)
3:134. Yang nafkahkan dalam kesenangan
dan kesusahan, dan
tahan
kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah
suka orang-orang buat baik,
(semasa senang
dan susah)
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus
urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas
sebahagian yang lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta
mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia
kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka,
tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan
pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah
mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi,
Besar.
(lelaki dilantik pengurus kerana mereka
nafkahkan)
4:38. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
4:39. Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya
kepada Allah dan Hari Akhir, dan nafkahkan daripada apa yang Allah
rezekikan mereka? Allah tahu mereka.
(untuk
menunjuk-nunjuk - temannya syaitan)
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah
terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati
kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia
nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki.
(Allah nafkahkan)
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila
Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan
kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara
mereka, mereka tawakal,
8:3. Orang-orang yang melakukan solat, dan menafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan
mereka.
8:4. Mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka
darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan ampunan, dan rezeki yang mulia.
(orang mukmin)
8:36. Orang-orang tidak percaya
nafkahkan harta-harta mereka untuk menghalangi jalan Allah,
dan mereka masih akan nafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan
bagi mereka, kemudian dikalahkan; dan orang-orang tidak percaya akan
dikumpulkan di dalam Jahanam,
(nafkah untuk menghalangi
jalan Allah)
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan
dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah
dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak tahu.
Allah tahu mereka. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan
Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
(nafkah di jalan Allah)
8:63. Dan Dia satukan hati mereka. Sekiranya
kamu nafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat
menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia
Perkasa, Bijaksana.
(Nabi tidak dapat menyatukan hati
mereka)
9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan
habr, dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu,
dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak,
dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita
gembira dengan azab yang pedih.
(tidak nafkahkan di
jalan Allah)
9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan terpaksa; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."
9:54. Dan tiada yang mengmenghalangi daripada
nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak
percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat
melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka tidak
menyukainya.
(nafkah tidak
diterima)
9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada Rasul-Nya. Tidak ada jalan terhadap orang-orang buat baik; Allah Pengampun, Pengasih.
9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang,
apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata,
"Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka berpaling,
dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka
tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.
(mereka dikecualikan)
9:98. Antara orang-orang Arab ambil apa yang mereka nafkahkan sebagai denda dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:99. Dan antara orang-orang Arab percayai
Allah dan Hari Akhir, dan mereka ambil apa yang mereka nafkahkan
untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon
ampun) Rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan
masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun,
Pengasih.
(mendekatkan dengan
Allah)
9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan
sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu
lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan
yang terbaik daripada apa mereka buat.
(kecil
atau besar)
13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka,
lakukan solat, dan nafkahkan
daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan
yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman
muktamad,
(secara rahsia dan
terbuka)
14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang
percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang
Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu
hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.
(daripada rezeki yang diterima; secara rahsia dan
terbuka)
16:75. Allah buat satu persamaan: seorang hamba
yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami
rezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia
nafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka
sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
(secara rahsia dan
terang-terangan)
17:100. Katakanlah, "Jika kamu miliki
perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya
kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut."
(jangan kedekut)
18:42. Dan buah-buahannya diliputi semuanya, dan
pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa yang dia
nafkahkan padanya, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia
berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa
jua!"
(yang dibelanjakan kepada
kebun)
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan
(disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa
mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami
rezekikan mereka.
(hati gementar, sabar, solat dan
nafkah)
25:67. Yang, apabila mereka nafkahkan
tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan
satu pendirian yang saksama,
(tidak membazir, tidak
kikir)
28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
34:39. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada
hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu nafkahkan, Dia akan
menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."
(diganti)
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca
Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan
mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang
tidak sia-sia,
(baca Qur’an, solat dan nafkahkan
secara rahsia dan secara terbuka)
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka,
"Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu",
orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa,
adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia
memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
(yang Allah memberi makan)
42:38. Dan orang-orang yang sahut Pemelihara
mereka, dan lakukan solat, dan urusan mereka adalah dengan rundingan antara
mereka, dan mereka nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami
rezekikan mereka,
(menyahuti, solat, perundingan, dan
nafkah)
47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk
nafkahkan di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa
yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu
yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan
kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan
kamu.
(kikir di jalan Allah)
57:7. Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
nafkahkanlah daripada apa dia buatkan kamu
pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan
nafkahkan, mereka dapat upah yang besar.
(daripada apa sebagai pengganti)
57:10. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak
nafkahkan di jalan Allah, dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi?
Tidaklah sama orang antara kamu yang nafkahkan, dan yang berperang
sebelum kemenangan; mereka itulah yang lebih besar darjatnya daripada
orang-orang yang nafkahkan dan berperang sesudahnya; dan masing-masing
Allah janjikan yang paling baik; dan Allah sedar apa kamu buat.
(nafkah dan berperang)
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila
perempuan-perempuan
mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah
sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka
adalah
perempuan-perempuan
mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya,
dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka.
Berikan
orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan; dan
tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri
mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan
biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan
Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(pulangkan apa yang suami ‘kafir’ telah
nafkahkan)
60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri
kamu lari daripada kamu kepada orang-orang tidak percaya, dan kemudian kamu
membalas, maka
berikan
orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang
serupa dengan apa yang mereka telah nafkahkan. Dan takutilah Allah,
yang kepada-Nya kamu mukmin.
(beri yang serupa kepada
suami)
63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu nafkahkan kepada mereka yang dengan Rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak faham.
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami
rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan
dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada
satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk
orang-orang yang salih (baik).”
(minta ditangguhkan kematian; amalan orang
salih)
64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu
boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk
diri-diri kamu. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri,
maka mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
(takut kepada Allah, dengar, taat, dan nafkah;
haloba)
65:6. Tempatkanlah mereka (isteri yang dicerai) di
mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan
mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan,
nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika
mereka menyusukan untuk kamu,
berikan
mereka upah mereka, dan bermuafakatlah
antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang
lain akan menyusukannya.
(nafkahkan anak setelah
bercerai)
65:7. Hendaklah orang empunya keluasan
nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan
kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah
beri
kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia
beri
kepadanya. Sungguh, Allah akan buatkan, setelah kesukaran, yang mudah.
(yang rezekinya ‘murah’ dan yang
sempit)
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman