Zakat Fitrah
Oleh
W. Kassim
Hadis mengatakan, setiap orang Muslim,
samaada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, mesti bayar zakat
fitrah sebanyak satu sa' = 3 kilogram gandum atau kismis atau susu masam kering
atau kurma atau barli.
Abu Sa'id al-Khudri
AL-MUWATTA
17.28.54We used to pay the zakat al-fitr with a sa' of wheat, or a sa' of barley, or a sa' of dates, or a sa' of dried sour milk, or a sa of raisins, using the sa' of the Prophet, may Allah bless him and grant him peace.
AL-MUWATTA
17.28.53The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, made the zakat of breaking the fast at the end of Ramadan obligatory on every Muslim, whether freeman or slave, male or female, and stipulated it as a sa' of dates or a sa of barley.
Abdullah ibn Umar
SAHIH AL-BUKHARI
2.579Allah's Apostle (peace_be_upon_him) enjoined the payment of one sa' of dates or one Sa' of barley as Zakat al-Fitr on every Muslim slave or free, male or female, young or old, and he ordered that it be paid before the people went out to offer the 'Id prayer.
(One Sa' = 3 Kilograms approx.)
Di Malaysia, ulamak tentukan zakat
fitrah ialah segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar
kepada amil bertauliah. Tauliah itu umumnya diberikan kepada kroni-kroni Jabatan
Agama dan Masjid. Amil berhak ambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang
dikutipnya sebagai komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan
kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin.
Sebab itu, hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja
orang berada samaada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat; mereka
persis seperti Hindu penjual kacang putih ditahun-tahun 60 - 70an
dahulu.
Menunaikan zakat fitrah dengan beras
dianggap lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM.
Itu yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat
bertambah maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan
pembayar dan amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan
sediakan segantang beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang
ingin bayar fitrah dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu
daripada amil mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan
semula kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang
ahli keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh
kali dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah
beras sebungkus itu dijual olok-olok beratus-ratus kali dalam sehari. Pembayar
fitrah sangka amalan mereka afdal, dan dapat pahala lebih dengan cara
berolok-olok itu. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka memperolok-olokkan
Tuhan.
Amalan membeli beras dari amil untuk
bayar zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih
terdapat dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan;
maka bayar fitrah dengan wang sahaja jadi pilihan ramai.
Amil itu pula ada berbagai ragam. Ada
amil yang mudah berurus (user friendly): pembayar memberinya wang, dan amil
keluarkan resit, maka selesailah urusan fitrah itu. Ada pula amil yang
adakan upacara, dengan menyuruh pembayar melafazkan istihar bayaran
fitrahnya yang diikuti pula dengan lafaz penerimaan oleh si amil. Setengah amil
akan berdoa pula terkumat kamit setiap kali bayaran fitrah diserahkan
ketangannya. Semua ini adalah rekaan-rekaan yang memang tidak terdapat di dalam
hadis berkaitan zakat fitrah.
Bayaran zakat fitrah berdasarkan
segantang makanan bagi setiap orang ahli keluarga adalah tidak adil. Seorang
jutawan yang tiada anak cuma perlu bayar zakat segantang beras untuk dirinya,
atau dua gantang jika dia beristeri. Tetapi seorang buruh atau pegawai rendah,
yang mempunyai sepuluh tanggungan perlu bayar sepuluh gantang beras. Hukum
yang tidak adil ini tidak mungkin datang dari Allah yang maha adil. Adilkah jika
seorang hamba pun dipaksa bayar zakat?
Imam Muslim tidak mencatitkan tentang
zakat fitrah di dalam kitab hadis sahihnya. Berarti Muslim sendiri menganggap
hadis zakat fitrah di dalam sahih Bukhari sebagai hadis palsu; sepertimana
banyak lagi hadis Bukhari yang dianggapnya palsu.
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman