Kalimat sedekah di dalam al-Qur’an
(1)
SADAQAH n.f.-freewill offering, charity, almsgiving, alms
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah;
tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika
sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan
berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman,
sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada
yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah
tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap;
demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.
Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.
(semasa dalam haji)
2:263. Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah
lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya,
Penyantun.
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan
hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak percayai Allah
dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya
tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak
ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak
beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
(diikuti gangguan, celaan - batal)
2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu,
ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang
fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan
lepaskan
kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.
(nampakkan dan rahsiakan; untuk fakir; lepaskan
daripada kejahatan)
2:276. Allah hapuskan riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.
4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan
bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa
yang buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami
akan memberinya upah yang besar.
(bicara rahsia
untuk menyuruh bersedekah, membetulkan orang lain)
9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu
mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka
sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.
(bergaduh dalam penerimaan
sedekah)
9:60.
Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang
miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan,
dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan
musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(untuk fakir, miskin, yang beramal terhadap mereka, hati bersatu,
merdekakan hamba, penghutang di jalan Allah, dan
musafir)
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan
orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang
yang tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka olok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang
pedih.
(memperolok-olokkan sedekah yang
kecil)
9:103. Ambillah daripada harta mereka
sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya,
dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah
Mendengar, Mengetahui.
9:104. Adakah mereka tahu bahawa Allah Dialah
yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia ambil sedekah,
dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
(daripada harta - untuk membersihkan dan menyucikan; Allah ambil
sedekah!!)
58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila
kamu berbicara rahsia dengan Rasul, maka sebelum bicara rahsia kamu,
dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih
bersih. Namun begitu, jika kamu tidak dapatkan, maka sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum bicara rahsia
kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak kerjakan, dan Allah
terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan
berikan
zakat, dan taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.
(sedekah sebelum bicara rahsia dengan
Rasul)
(2)
TASADDAQA vb. (V)-to give a freewill offering, to give alms, to donate; to be charitable. (pcple. act.) charitable; one who gives in charity, who makes freewill offerings
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran,
berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu sedekahkan,
itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu
tahu.
(orang yang berhutang)
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan
dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap, maka
hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar
kepada keluarganya, kecuali mereka
sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan
dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang
mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan
perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan
merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia
berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui,
Bijaksana.
(sedekahkan ganti rugi)
5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa
untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk
telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada
pembalasan (qisas); tetapi sesiapa
bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebus. Dan sesiapa
tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah
orang-orang zalim.
(balasan disedekahkan)
9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia
beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk
orang-orang yang salih."
9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir
dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.
9:77. Maka akibatnya, Dia letak kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka temui-Nya, kerana mereka mungkiri Allah pada apa yang mereka
janjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
(janji nak sedekah semasa susah)
12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz,
mudarat
telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang
yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah
kepada kami; sesungguhnya Allah balas orang-orang yang bersedekah."
(kisah Nabi Yusuf dengan abang-abangnya)
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan
yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki
yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan
yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang
rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang
bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa
dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan
perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan
perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang
besar.
(lelaki perempuan sama)
57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki
yang
bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka
meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk
mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
(lelaki
perempuan sama; pinjaman kepada Allah)
63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian
datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai
Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang
dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang
yang salih (baik).”
(minta tangguh kematian kerana
hendak bersedekah)
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman