Kalimat zakat di dalam al-Qur’an
Zakat terbit dari satu akar, bersama
empat kalimat lain, iaitu:
zaka - to be pure in heart, to be righteous
zakiy - innocent, pure, clean, faultless
zakka - to purify, to cleanse
tazakka - to purify or cleanse oneself
Kesemuanya diertikan kepada suci, menyuci, dan sebagainya. Dan kesemuanya dimuatkan di halaman ini.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kelima-lima kalimat tersebut disenaraikan di bawah ini:
i.
zakat:
2:43. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.
2:110. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:277. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan lakukan solat, dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti akan beri upah yang besar.
5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang lakukan solat, dan mereka memberi zakat, dan mereka tunduk.
7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
18:81. Maka kami hendak supaya Pemelihara mereka beri mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.
19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,
19:31. Dia buat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya bersolat dan zakat, dan dia memuaskan hati Pemeliharanya.
21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.
22:41. Orang-orang yang, jika Kami teguhkan mereka di bumi, lakukan solat, dan beri zakat, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
24:56. Lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu dikasihani.
27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.
31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
41:7. Yang tidak beri zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum bicara rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak kerjakan, dan Allah terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.
73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
98:5. Mereka diperintah hanya untuk sembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberi zakat - itulah agama yang betul.
ii. zaka:
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
iii. zakiy:
2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
18:19. Dan demikian Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Mereka berkata, "Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari." Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia perhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan yang paling suci, dan datangkan kepada kamu rezeki daripadanya; hendaklah dia bersopan santun, dan janganlah beritahu seorang pun mengenai kamu.
18:74. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, "Apa, adakah kamu bunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."
19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah seorang Rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk beri kamu seorang anak lelaki yang suci."
24:28. Dan jika kamu tidak dapati seseorang di dalamnya, janganlah masuk sehingga diizinkan kepada kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu, "Kembalilah", maka kembalilah kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan Allah tahu apa kamu buat.
24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.
iv. zakka:
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
2:151. Sebagaimana juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:174. Orang-orang yang sembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah turunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga sucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak pandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka; dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
4:49. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.
62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya (jiwa),
v. tazakka:
20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang yang menyucikan diri.
35:18. Orang yang memikul
beban
tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang
yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul
sesuatu daripadanya, walaupun dia
sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang
takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat;
dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya
sendiri. Kepada Allah kepulangan.
(solat itu
tazakka atau menyucikan)
79:18. Dan katakan, ‘Adakah bagi kamu untuk menyucikan diri kamu,
80:3. Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri?
80:7. Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya.
87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,
92:18. Yang beri hartanya untuk menyucikan dirinya,
~ Concordance ms 1325
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman