Karangan ini disalin daripada kandungan Bab 6 sebuah cerita berjudul "Antara Firdaus dan Jahanam - Satu Kepulangan Abadi" karya mohamedibraheem@yahoo.com

 

Solat - perintah dalam Isra?


"Kalau begitu Brahim, macam mana kamu sembahyang dengan menggunakan Quran sahaja, kerana Quran tidak memerincikan cara laku solat ?". Pinta Pak Rashid.

"Dia lupa hadis yang mashur yang mutafa’alaik "solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku (Muhammad) solat". Ujar sang Ustaz.

"Solat, ini kes panjang, tetapi InsyaAllah saya akan terangkan bagaimana saya solat, berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa yang Pak Rashid bandinglah pula dengan cara Pak Rashid". Aku cuba berlawak.

"Apa yang terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat beliau letak kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu, katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan kedua-dua tangannya ke bawah’". Kata ku lagi.

"Cuba perhati baik-baik disini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi langsung tidak beri keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Ia lebih merupai tulisan atau karangan orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi tunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli kalau ada orang yang melihatnya atau tidak". Kata ku lagi. 

"Soalannya di sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah semua ini hanya rekaan-rekaan para ulamak saja ?". Tanya Pak Rashid.

"Ya". Jawap ku ringkas.

"Cepat, jangan cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula dari Israk dan Mikraj lagi, masa Nabi mula dapat perintah solat lima kali sehari semalam". Bentak Pak Rashid. 

"Errr, maaf saya tak berapa pasti". Brahim mengakui. 

"Cakap saja berapi-api, perintah solat melalui Isra dan Mikraj pun tak tahu, Ngah, engkau bagi tau pada budak ni pasai Israk dan Mikraj". Kata Ustaz Harun sambil kerling dengan ekor matanya kepada ku. 

Dengan undangan seringkas itu Lebai Ngah mula berkhotbah,

"Isra ialah perjalanan Nabi secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi terus di Mi'raj ke langit dengan menaiki haiwan yg dikenali sebagai Buraq dan sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah. 

Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi akan solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada umatnya. 

Bila Nabi hendak turun ke bumi melalui syurga ditingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah dititahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan akan ibadah solat 50 waktu sehari semalam itu. 

Nabi Musa berkata walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan. 

Sekali lagi Nabi Muhammad berjumpa dengan Tuhan. Lalu setelah mendengar rayuan Nabi Muhammad, ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali sehari semalam dan bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi menjawap empat puluh lima kali. 

Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak empat puluh lima kali, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa dengan Tuhan dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. 

Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali. Bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi Muhammad menjawap hanya tinggal lima kali sahaja. 

Sekali lagi Nabi Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat lakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. 

Demi kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya untuk mengadap Tuhan.

Oleh kerana satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarap dengan sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali solat. Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali solat jaga". Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.

"Bangkanglah lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun perli Brahim sambil mencapai kotak rokoknya. 

Brahim, dongak keatas sekejap sambil tu dia tersengeh, lalu dia mengeliat, keratap, teretup bunyinya. 

"Hujah saya yang pertama, Buraq tidak ada dalam Quran dan kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi membenarkan, mengapa pula tak diceritakan pula cara Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu ?". Tanya si Brahim. 

"Hujah saya yang kedua, Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Lebai Ngah kata Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat lamalah". Ujar Brahim lagi. 

"Hujah saya yang ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu untuk perintah sekali sahaja. Iaitu solat lima kali sehari semalam, dan bukan sebanyak lima puluh kali sehari semalam dimana akhirnya jadi lima juga, adakah ini juga bermakna Tuhan mempermain-mainkan Nabi ?". Tanya si Brahim lagi. 

"Hujah saya yang keempat, mengapa pula Nabi Musa jadi penasihat kepada Nabi Muhammad, tidakah Lebai nampak unur-unsur Israliat disini ?". Tanya Brahim lagi. 

"Hujah saya yang lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal umat mereka dari Allah ?". Tanya si Brahim lagi 

"Hujah saya yang keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil Aqsa tersebut juga diambil dari Al Quran (17:1)". Kata si Brahim lagi. 

"Hujah saya yang ketujuh, ada satu cerita menarik disini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah diantara orang paling awal menulis biograpi Nabi Muhammad. Dia menulis diantara lainnya, Nabi beritahu kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi bangun untuk solat Fajr, dan perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selapas Isya, dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat arahan untuk solat". Kata si Brahim. 

"Hujah saya yang kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibraham sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak musnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini jadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan,

20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave, 

21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know." 

22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD. 

23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked? 

24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it? 

25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteous with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?" 

26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake." 

27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes. 

28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there." 

29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it." 

30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there." 

31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it." 

32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will not destroy it." 

"Mari kita lihat persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim lagi. 

"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." 

"Cuba Lebai Ngah tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingkatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan, tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima". Kata si Brahim mengakhiri hujah. 

"Hujah saya yang kesembilan 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." 

"Hujah saya yang kesepuluh "Solat pula telah diperintah sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dihendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut". Katanya lagi. 

21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah. 

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik. 

"Hujah saya yang kesebelas dan terakhir ialah "Ayat 4:101-103 menjelaskan tentang solat ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu juga mengatakan solat Qasar dan masa peperangan itu sempurna apabila seseorang itu berdiri sehingga selesai sujud. Kalau kita menyebutnya sebagai "satu rakaat", maka solat tersebut ialah satu rakaat dan solat yang sempurna mestilah lebih daripada satu rakaat, kerana solat Qasar yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan biasa". Kata ku lagi.

"Sahih Bukhari 1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya, semua solat hanya dua rakaat sahaja. Kita tidak memerlukan hadis sebagai panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai dengan ayat Quran 4:102". Kata Pak Rashid dengan penuh yakin. 

"Saya percaya syaitan tidak boleh menyelewengkan atau mengubah seratus peratus dari ajaran yang asal". Kata ku lagi. 

"Sebagai contoh, dalam 'wuduk' syaitan cuma buat beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu juga haji dimana syaitan telah buat sedikit tambahan seperti melontar jumrah, begitu juga dalam bab puasa, syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan berbuka, mungkinkah syaitan juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang asal kepada tiga atau pun empat ?". Tanya ku lagi.

"Kamu ni dah merepek habis Brahim". Bentak si Ustaz.

"Apanya merepek, mari kita buat sedikit ujikaji pada solat kita". Kata ku.

"Uji… jangan tak uji". Pintas si Ustaz lagi.

"Jika Quran 17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana dalam solat. Maka solat yang tanpa suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran Quran, adakah kita setuju". Tanya ku pada mereka.

Semua kepala mula mengangguk setuju. Walaupun agak perlahan tapi aku yakin mereka setuju.

"Kita lakukan solat Subuh (Fajr) dua rakaat dengan bersuara, ini mengikut Quran, lalu, kita solat Zohor dan Asar dalam keadaan bisu, bererti kedua-dua solat itu adalah suatu tambahan baru, manakala bagi, Solat Wusto (Maghrib), dua rakaat bersuara, ini mengikut Quran dan satu rakaat bisu yang merupakan ajaran baru, dan terakhir sekali ialah Solat Isyak. Di mana dua rakaat permulaan bersuara yang mengikut ajaran Quran dan dua rakaat terakhir pula yang bisu merupakan satu tambahan". Kata ku lagi.

"Sebantar tadi kita dah bincang ayat 11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari, manakala orang kita juga lakukan tiga solat yang bersuara iaitu dua rakaat solat Fajr, dua rakaat solat Wustak dan dua rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata, ini juga secara kebetulan?" Tanya ku pada mereka.

"Habis apa sebab pompuan diam". Sampuk si Wak.

"Dalam sembahyang ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyurat suara mereka lantang tak apa, itu bukan aurat !". Aku terpaksa menyindir.

"Nabi Muhammad hanya mengikut perintah itu. 16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan". Kata Brahim lagi. 

"Jadi kami salah lagilah, hang sajalah yang betul". Ustaz Harun cuba dapat kepastian dengan nada yang agak tinggi. 

"Allah dan KitabNya sahaja yang betul". Brahim cuba memulangkan paku buah keras. 

"Habis tu, masa Isra apa yang berlaku ?". Tanya Lebai Ngah bersunguh-sungguh. 

"lihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan !". Jawap Brahim ringkas, lalu dia membacakan ayat-ayat berikut. 

17:1. "Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui". 

"Brahim, kalau macam tu, macam mana hang sembayang ?" Tanya sang Ustaz. 

"Pertama Allah terangkan burung pun tahu masa solat mereka, malulah kalau manusia tidak tahu waktu solat mereka, sehingga terpaksa melaungkan azan. 

24:41. "Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat." 

"Seperti yang kita bincangkan ambil empat anggota wudu, kemudian palinglah pada Masjil Haram seperti ayat 2:114 dan 2:149-250". Kata Brahim lagi.

Seterusnya cuba lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.", dan jangan pula buat seperti ayat 5:58. "Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak faham." 

Kata ku "Kalau kita lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!", 107:4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai." kata ku lagi. 

"Kemudian harus juga diketahui waktu solat, 11:114. "Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." 

"Wey Brahim, ikut ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi dua ?" Cepat sahaja pintas Lebai Ngah. 

"Itu yang saya paham tiga waktu". Kata ku lagi. 

"Tapi yang aku tahu, satu dunia buat lima waktu". Sampuk Pak Rashid. 

"Kalau begitu, satu dunia betul, Quranlah yang silap !". Aku menyindir lagi. 

"Shiah juga buat tiga waktu, awak ni puak Shiah ke ?". Ustaz Harun menambah. 

"Demi Allah saya bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan entah apa berentah". Aku terpaksa bertegas. 

"Ustaz, jangan pusing-pusing, balik kepada persoalaan solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang jelas. Dua berada di tepi siang dan satu pula berada ditengah. Nama yang ditengah tu seperti Allah berfirman pada ayat 2:238. "Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah (wusto), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah". Kata ku lagi. 

"Itu yang saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal masing-masing. Inilah ujian Allah". Aku terpaksa bertegas. 

"Cara kamu solat tak serupa dengan kami" Ustaz Harun berkata lagi. 

"Memang tak serupa pun Ustaz". Kata ku. 

"Quran itu lengkap, tolong pastikan juga 4:43. "Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun." Kata ku. 

"Sila perhatikan ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." Aku mula berhujah. 

"Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat." (Q 7:180)

"Supaya manusia tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah telah ajar di dalam kitabNya bagaimana Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau ‘Ar-Rahman’ (Q 17:110). Malangnya meraka tidak suka dengan perintah ini dan telah menggantikannya dengan seruan baru iaitu "Allahu Akbar", walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut oleh Allah swt sebagai di antara "asma’ul husnaNya" di dalam Al Quran. Malah di dalam sembilan puluh sembilan nama-nama Allah (asma’ul husna) yang para ulamak senaraikan pun tidak juga terdapat nama "AKBAR" ini". Kata ku lagi.

"Ingatlah ayat 2:75 "Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya?". Kata ku lagi.

"Nah, siapa yang mabuk sekarang ?". Aku bertanya.

"Justeru, hasil daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai sahih tadi maka terciptalah berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut imam dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang meluruskan tangan ke bawah, ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang meletaknya ke atas dada, ada yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan ada yang tidak menutup kepala sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut ada yang tidak, ada yang membaca ‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah, tapi ‘iftitah’ saya ialah membaca sambungan daripada ayat atas 17:111. "dan katakan, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya". Kata ku lagi. 

"Orang baca ada yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai mikrophon dan ada yang terkumat-kamit macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya disuruh untuk mencari cari jalan di tengah seperti ayat 17:110". Kata ku. 

"Sebelum tu mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang direjam seperti ayat 16:98, 23:97 dan 23:98. Bisalah ada tunduk dan sujud dan saya tidak menyeru nama lain selain Allah. Bab rokaat-rokaat, tahayat-tahayat, saya tak mainlah. Arahan Tuhan amat jelas bagi saya. Solat itu adalah satu bentuk perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian saya solat, puasa atau pun haji ini hanya diperintah hanya pada orang- orang yang telah beriman sahaja". Kata ku lagi. 

"Ayat 72:18 "Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul, jangan seru sesiapa pun beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana solat adalah untuk Dia semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan Tahiyat’ meraka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud "Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka ambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan lain erti kata mereka telah jadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu". Kata ku.

"Sila rujuk ayat 39:45 "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira". Kata ku lagi. 

Kemudian Brahim membaca ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya".

"Kami tak buat macam tu, hang salah paham Brahim. Kami tidak menyeru Nabi di dalam solat kami tetapi apa salahnya kami mendoakan sejahtera ke atasnya?".

"Sejahtera ke atas kamu ‘Wahai’ Nabi, cuba fikirkan pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia berupa doa kepada Tuhan atau seruan kepada nabi ?". Brahim melontar pertanyaan.

"Oh, kena doa pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak tahu dimana dia sendiri akan berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang berdoa, maka barulah dia dapat masuk Syurga. Inilah hujah puak Kristian, yang Nabi Muhammad sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak, supaya selamat puak Kristian kata ikut saja Jesus, anak Tuhan". Kata ku.

"Dalam solat mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah ini diciplak dari ayat 33:56 "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya ‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…". Mengikut sesetengah ulamak ia bermaksud ‘selawat' (bahasa Arab). Ada yang kata ‘berdoa' (asal dari bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga bahasa Arab)". Kata ku lagi.

"Di dalam Quran, setiap kali perkataan ‘Nabi’ dirujukkan kepada Muhammad, kita akan dapati Allah mengarahkan perkataan itu semasa Nabi masih hidup saja (tidak pernah selepas beliau wafat). Ini sangat jelas dan ketara. Oleh yang demikian, soalan pertama yang perlu dijawab ialah apakah rasionalnya Allah berselawat ke atas nabi yang hidup dan menyuruh kita buat demikian ke atas nabi yang sudah mati ?". Kata ku lagi.

"Yang kedua di manakah dalilnya perintah yang menyuruh orang-orang yang beriman buat demikian di dalam solat (dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bila memakan ubat, berjabat tangan, bercampur dengan isteri dan lain-lain lagi) ?". Brahim bertanya lagi.

"Ketiga, bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik untuk kita selawat ke atas Nabi, kerana dalam kitab karangan ulamak ada berpuluh macam versi ?". Kata ku lagi.

"Yang terakhir, kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan ayat-ayat Quran maka tunujuklah hadis yang menjelaskan cara selawat dilakukan ?". Brahim meloncar cabaran.

Walau bagaimanapun selawat yang dibaca ialah "Allahumma salliala saidina Muhammad" yang bermaksud "(Wahai) Tuhan kami, selawatlah ke atas saidina Muhammad". Brahim berkhotbah panjang.

"Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah suruh mereka ‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke atasnya. Sekali lagi, adakah Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri didalam solat baginda ?". Tanya si Brahim. 

"Memang mereka tidak sedar bahawa di dalam solat mereka hanyalah membebel; bercakap-cakap dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap dengan diri mereka sendiri. Maka apakah begini solat yang dilakukan oleh Rasulullah ?". Tanya Brahim lagi.

"Kamu yang gila atau kami yang gila". Mulut Pak Rashid terkumat-kamit. 

"Gila bukan persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah kata jangan kamu solat kalau tak tahu apa yang kamu ucapkan - macam orang mabuk, cuba Pak Rashid sendiri jadi hakim adakah sesuai semua ayat Quran di baca masa solat ?". Tanya ku pada Pak Rashid. 

"Kalau kamu tak baca ayat Quran, kamu nak baca apa Brahim, Kitab Hindu ?" Tanya Pak Rashid. 

"Berani Pak Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat, seperti ayat dibawah". Kata ku. 

15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

20:14. "Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku." 

21:92. "Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku." 

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku." 

29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah! 

38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."

"Cukup dengan enam ayat diatas, tepuk dada tanya selera, siapa yang sembah siapa. Nampak gaya Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah terjadi setiap kali Ramadan menjelang, akan terbacalah ayat ini kerana imam akan khatam satu Quran dan makmum pula hanya tahu meng"amin"kan" sahaja, angguk setuju macam itik nila pulang petang". Kata ku selamba. 

"Lagi satu Pak Rashid, tak payahlah ceritakan kisah Abu Lahab kepada Tuhan, tak payah ceritakan kisah orang-orang Quraisy kepada Tuhan, tak payah ceritakan kisah Tentera Bergajah kepada Tuhan, tak payah ceritakan tentang hari kiamat kepada Tuhan". Kata ku.

"Apa salahnya kalau kita baca surah yang memuji kebesaran Allah ?". Kata ku lagi. 

"Pula tu, seronok sangat menjemput imam import, dari Yala dan negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana suaranya sedap, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dibacanya ". Kata ku. 

Aku mengirup saki baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada ku. "Habis kamu tak azan, qomat, macam kat Masjid ?". Tanya sang Ustaz lagi. 

"Maaf cakap, macam burung-burung tekukur dalam pertandingan. Masjid telah dijadikan medan rasmi untuk menyeru sekutu-sekutu Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk menghentam dan mengkafirkan orang lain. Cuba tengok ayat ini pula,

9:107. "Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta". Kata ku. 

"Ayat diatas "memecahkan orang-orang mukmin", samalah macam masjid kita, orang yang bukan dari team politik Lebai, akan dihentam habis-habisan dan fatwa demi fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar masjid. Seolah-olah ia adalah arahan agama, sebagai contoh kenduri si Salim, habis ayam dan nasi minyak terpaksa dibuang kedalam sungai kerana fatwa mengkafirkan Salim atas alasan yang dia bersongkol dengan puak kerajaan, lepas tu tok imam pula berkata "Ini kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam dikira murtad bila bersengkol dengan puak kafir". 

"Cuba tengok ayat tersebut lagi "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan", sama tak macam Tok Imam kita tu, nak nasihat konon atas dasar kebaikan, tetapi apa pula yang Allah berfirman?. Mereka adalah pendusta-pendusta". Aku terpaksa bertegas. 

"Patutlah tak nampak muka kamu kat masjid, sejak kembali kamu dari Jordan". Pak Rashid bersuara lagi. 

"Betullah tu Pak Rashid, sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka". 

"Walaupun itu arahan Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad, biarlah saya sujud dimana sahaja, ayat 9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk makmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya". Kata ku lagi. 

"Bagi saya bumi Allah luas, tempat sujud tidak dikhususkan hanya pada masjid, pada ayat 2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui". Aku cuba mengakhiri perbualan. 

"Oleh itu, tolong jangan usir saya bila solat saya tak sama dengan Ustaz dan sekian yang ada kerana pada ayat 6:52. "Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.". Kata ku lagi.

Brahim seterusnya membaca ayat 5:58 "Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak faham".

"Nanti dulu, habis apa aku nak buat sekarang ?". Wak yang sekian lama diam mula bersuara.

"Baca dulu Quran, perintah solat, puasa dan sebagainya bermula dengan "Wahai orang-orang beriman…, jadi dulu orang yang percaya pada Tuhan, baru mula beramal. Cuba lihat ayat-ayat dibawah,

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk." (43:36,37)

"Katakanlah, "Bolehkah kami beritahu kamu siapakah yang jadi yang paling rugi dalam amalan mereka?" (18:103)
"Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik." (18:104.)
"Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan bagi mereka sebarang timbangan." (18:105).

"Allah amat benci kepada orang-orang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada bangkitkan soalan ‘bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja". Kata ku sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.

Keseluruhan cerita dapat dibaca di laman web 
http://www.angelfire.com/trek/bab/


Tajuk lain bagi solat di laman web ini:
Solat menurut al-Qur'an
Solat dan Kejahatan
Solat dan Sembah
Solat lengkap (satu pendapat)
Solat pada Hari Berkumpul
Pakaian solat, takwa & kaafiruun


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman