Solat dan Sembah



E-Mail di bawah adalah respon kepada tajuk Sembah untuk Tuhan? (tidak termasuk Tambahan pada 8 Januari 2011 dihujung karangan) yang telah diterbitkan beberapa hari lalu. Sila membacanya.

 

From: "ramlan"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Solat dan Sembah
Date: Monday, June 27, 2005 9:39 AM

Salamunalaikum saudaraku yang dihormati.

Semoga diri saudara dan keluarga di dalam rahmat Allah dan semoga saudara sekeluarga di dalam keadaan sihat sejahtera.

Saya tertarik dengan artikel solat dan sembahyang yang saudara kemukakan. Selama ini bagi saya solat itu adalah sembahyang. Rupa2nya keduanya amat berbeza. konsep 'Sembahyang' lebih beri makna kepada kekerdilan manusia terhadap Pencipta yang Maha Hebat dan Maha Agung. Perasaan hamba diri itu akan membawa kepada rasa hina diri ini terhadap kehebatan Allah. Jiwa akan tersungkur mengakui bahawa tiada daya kita hanyalah kepada Allah tempat kita bergantung. Manusia yang kerdil ini akan mengetahui bahawa makhluk yang lain itu sama ada hadith yang diciptakan manusia atau ulama yang merasa sombong dengan ilmunya dan dirinya tidak lain hanya makhluk Allah jua. Dan tidak ada makhluk yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Hebat dan Maha Perkasa.

Manakala solat pula adalah salah satu dari banyak perlakuan hamba untuk menyempurnakan maksud 'sembah' itu. Solat merupakan perlakuan manusia untuk setuju mengikrarkan bahawa Allah itulah zat yang perlu disembah. Sebab itulah kebanyakan frasa yang mengandungi perkataan solat akan diringi perkataan 'lakukan'. Maka dapatlah saya simpulkan bahawa 'sembah' itu adalah merupakan matlamat manusia terhadap Allah manakala 'solat' adalah perbuatan atau salah satu cara untuk menyatakan kehambaan kita terhadap kehebatan Allah. Kalau begitu bolehlah saya simpulkan bahawa solat, puasa, zakat dan lain-lain ibadah adalah merupakan 'sembahyang' seseorang insan terhadap Allah yang Maha Agung. Jika saya silap, harap tuan dapat betulkan saya. 

Selama ini konsep itulah yang jadi kabur apabila kita mencampuradukan di antara perkataan 'sembahyang' dan 'solat' yang terdapat di dalam AL Quran yang sudah tentu kedua-dua ayat tersebut membawa pengertian yang berbeza. Lebih2 lagilah konsep 'sembahyang' itu sendiri berasal dari akar kata 'sembah' dan 'sang hyang' (nenek moyang, semangat dahulu kala). 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana dapat beri satu lagi 'celik akal' kepada saya untuk mendalami lagi pemahaman saya terhadap konsep atau ilmu yang ada di dalam AlQuran. 

Terima Kasih.
RH

Salamun alaikum,

Ke atas saudara Ramlan dan keluarganya juga kami mengharapkan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia. Begitu juga harapan kami ke atas sekalian pendokong al-Qur'an.

Pada hemat kami, pemahaman saudara Ramlan terhadap perkara solat dan sembah yang diutarakan adalah tepat sekali.

Terima kasih atas huluran pemahaman tersebut yang kami jangka dapat beri penjelasan yang berguna tentang solat dan sembah kepada para pembaca sekalian.

Sudi, sudilah lagi, menjamu kami semua dengan buah fikiran saudara.

Terima kasih.

28 Jun 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman