Solat pada Hari Berkumpul

 

Perkara yang dibincang di bawah ini selalu dan sudah lama ditanya oleh orang-orang yang ikut ajaran al-Qur'an. Ia mengenai ayat Tuhan yang mengandungi frasa solaati min yaumi -ljum'ati. Penjelasannya akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Harap maaf. Yang benar memang pahit namun ditelan juga.

 

From: mfared
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: Solat jemaah
Date: Saturday, February 05, 2005 8:42 AM

Salamun alaikum,

<dipadam>

i) Dalam ayat

62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu. 
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung. 
62:11. Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

Solat tersebut adalah pada hari berkumpul dan pada siang hari kerana ayat 62:10 menyuruh kita mencari rezeki/bekerja pada siang hari, sedangkan dalam ayat yang lain, malam hari adalah untuk berehat.

Kalau mengikut tradisi solat sekarang, yang dimaksudkan ialah solat jumaat dan dilakukan secara jemaah. Bagaimana pandangan saudara?


Salamun alaikum, saudara. Terima kasih.

Pada "hari berkumpul" yang dimaksudkan itu terdapat jual beli, perdagangan atau hiburan. Dewasa ini, di tempat kita, hari tersebut boleh diertikan kepada hari pasar malam, hari pertandingan bola sepak atau permainan lain, hari Fun Fair, hari pertunjukan pentas seperti konsert, dan sebagainya, di mana pada hari mereka dijalankan, manusia akan berkumpul dari petang hingga ke malam. Pada masa itu juga terdapat satu atau dua waktu solat yang wajib dilaksanakan.

Ayat 62:9 mengandungi hanya satu perkataan jum'ati. Perkataan itu juga adalah satu-satunya yang terdapat di dalam seluruh surah tersebut. Ia bermaksud, sama ada Jumaat (seperti yang lazim ditafsirkan) atau berkumpul atau jemaah.

Oleh kerana itu, sekiranya perkataan tersebut diertikan kepada Jumaat maka ia bukan berkumpul atau jemaah. Dan sebaliknya, jika ia diertikan kepada berkumpul atau jemaah pula, maka ia bukan Jumaat. 

Bagi kami, frasa solaati min yaumi -ljum'ati bererti seperti berikut:

solaati = solat
min = daripada/pada
yaumi = hari
-ljum'ati = berkumpul

Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah dalam ayat 62:11 yang disebut di atas, Nabi didapati bersolat seorang diri: 

"Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri (seorang diri)."

Maka dapat difahamkan lagi iaitu sahabat-sahabat baginda yang bersamanya pada hari itu pun turut menyuraikan diri lalu pergi kepada perdagangan atau hiburan dan tinggalkan baginda berdiri di belakang keseorangan untuk melakukan solat.


Tajuk berkaitan di ruangan Soalan Lazim:
Al Juma'ah and Al Sittah
dan di E-Mail:
Solat pada Hari Berkumpul (2) -tukjanggut
 

5 Mac 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman