Solat Lengkap
(satu pendapat)
From: "mohd yusmin mohd yusoff"
Subject: Solat Lengkap An-nisa Ayat 101-103
Date: Monday, May 19, 2003 10:41 AM
Salamu alaikum
Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menghayati al-Quran dan al-Islam dengan jelas. Saya berharap agar saudara (pengurus lama) dapat meneruskan usaha dan kebajikan saudara.
Email ini hanyalah untuk mendapatkan kepastian (melalui perbincangan dan pendapat) tentang beberapa perkara berkenaan solat seperti mana di dalam surah surah An-nisa Ayat 101 hingga 103:
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
Penjelasan dan tunjukajar berkenaan dengan perlakuan solat yang lengkap pada ayat-ayat di atas adalah amat jelas sekali seperti:
1) Dibenarkan memendekan solat (qasar) atas sebab dua situasi seperti yang dijelaskan pada ayat 4:101. (Solat jamak tiada pada mana-mana ayat)
2) Cara memendekkan solat diterangkan pada ayat 4:102 iaitu dengan perlakuan “berdiri” dan terus “sujud”, tanpa perlakuan “tunduk” (rukuk). Ini boleh kita fahami dengan membaca ayat berkenaan secara “jujur” tanpa ada “imaginasi” dan penambahan. “Raka’at” tidak ada langsung disebut.
3) Jika sekiranya “solat pendek” adalah “berdiri” dan “sujud”, maka “solat panjang” adalah “berdiri”, “tunduk” dan “sujud”.
4) Teknik solat ketika darurat (peperangan misalannya) dijelaskan, juga pada ayat 4:102.
5) Allah haruslah di ingati sentiasa.
6) Lakukan solat seperi biasa (solat panjang: berdiri, tunduk dan sujud) apabila keadaan jadi tenteram.
7) Lakukan solat pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Semoga kita hayati bersama-sama
Salam
Salamun alaikum saudara. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami dan juga atas kesudian saudara beri sedikit pendapat mengenai solat. Semangat ingin berkongsi pendapat yang saudara tunjukkan sangat dialu-alukan. Semoga saudara terus beri sumbangan yang bermanfaat demi kemuliaan ajaran kitab al-Qur'an.
Merdeka!
31 Ogos 2003
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman