Surah 10
YUNUS
(109 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
10:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana.
10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."
10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itu Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?
10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.
10:5. Dia yang buatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu tahu bilangan tahun dan hitungan. Allah tidak ciptakan itu melainkan dengan benar; Dia jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah cipta di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.
10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,
10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka usahakan.
10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
10:11. Jika Allah segerakan kejahatan bagi manusia seperti menyegerakan kebaikan, tempoh mereka pasti akan diputuskan kepada mereka. Tetapi Kami tinggalkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.
10:13. Kami musnahkan generasi-generasi sebelum kamu apabila mereka buat zalim, dan Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu percayai; maka Kami balas kaum yang berdosa.
10:14. Kemudian Kami lantik kamu sebagai khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi selepas mereka supaya Kami perhatikan bagaimana kamu buat.
10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
10:16. Katakanlah, "Sekiranya Allah hendak, tentu aku tidak bacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia beritahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu faham?"
10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.
10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
10:19. Manusia hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, pasti ia telah diputuskan antara mereka mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan.
10:20. Mereka berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah, kemudian lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu."
10:21. Apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, setelah kesusahan sentuh mereka, tiba-tiba mereka ada suatu tipu daya terhadap ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Allah lebih cepat dalam tipu daya; sesungguhnya Rasul-Rasul Kami tulis apa yang kamu perdayakan."
10:22. Dia yang menjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru (doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang berterima kasih."
10:23. Maka apabila Dia selamatkan mereka, tiba-tiba mereka angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada Kami kamu kembali, kemudian Kami beritahu kamu apa kamu buat.
10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman sejahtera; Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki pada jalan lurus.
10:26. bagi orang-orang buat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itulah penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
10:28. Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu!" Kemudian Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, "Bukanlah kami yang kamu sembah,
10:29. Allah adalah saksi yang mencukupi, antara kami dan kamu, bahawa kami lalai daripada penyembahan kamu."
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan tunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
10:31. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang miliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"
10:32. Itu Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
10:33. Demikianlah, kata Pemelihara kamu telah wajar terhadap orang-orang fasiq, bahawa mereka tidak percayai.
10:34. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya?" Katakanlah, "Allah, Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?"
10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu hakimkan?"
10:36. Dan kebanyakan mereka hanya ikut sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah tahu apa mereka buat.
10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
10:39. Tidak, tetapi mereka dustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.
10:40. Dan sebahagian daripada mereka percayainya, dan sebahagian tidak percayainya. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu orang-orang yang buat kerosakan.
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."
10:42. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu; apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, walaupun mereka tidak faham?
10:43. Dan antara mereka melihat kepada kamu; apa, adakah kamu beri petunjuk kepada orang yang buta, walaupun mereka tidak melihat?
10:44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri-diri mereka sendiri manusia zalimkan.
10:45. Dan pada hari Dia kumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk.
10:46. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa mereka buat.
10:47. Tiap-tiap umat ada Rasulnya; kemudian apabila Rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
10:48. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"
10:49. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk mudaratkan diriku sendiri, atau manfaatkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."
10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?
10:51. Apa, apabila ia terjadi, adakah kamu kemudiannya akan percaya kepadanya? Sekarang, setelah kamu minta disegerakan!"
10:52. Kemudian dikatakan kepada orang-orang buat kezaliman , "Rasalah azab yang kekal; tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu usahakan?"
10:53. Mereka tanya kamu untuk beritahu mereka, "Adakah ia benar?" Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku! Ia sungguh benar; kamu bukanlah orang-orang yang mengandaskan."
10:54. Jika tiap-tiap jiwa yang buat zalim mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia tebus dirinya dengannya; dan mereka akan rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
10:55. Ingatlah, bahawa kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan bumi. Ingatlah, bahawa janji Allah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
10:56. Dia menghidupkan dan mematikan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.
10:58. Katakanlah, "Dengan pemberian Allah dan pengasihan-Nya - dengan yang demikian hendaklah mereka gembira; itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."
10:59. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
10:60. Apakah yang mereka sangka, yang ada-adakan dusta terhadap Allah pada Hari Kiamat? Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
10:62. Sesungguhnya wali-wali (sahabat-sahabat) Allah - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
10:63. Orang-orang yang percaya dan bertakwa,
10:64. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar.
10:65. Dan jangan ucapan mereka menyedihkan kamu; kemuliaan kepunyaan Allah kesemuanya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka ikut, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah - mereka tidak ikut apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.
10:67. Dia yang buatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.
10:68. Mereka berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Dia Yang Kaya, kepunyaan-Nya segala apa yang di langit dan di bumi; kamu tidak mempunyai kuasa untuk ini. Apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang tidak kamu tahu?
10:69. Katakanlah, "Orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung."
10:70. Sedikit kesenangan di dunia, kemudian kepada Kami mereka kembali, kemudian Kami merasakan kepada mereka azab yang keras kerana mereka tidak percaya.
10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.
10:72. Kemudian jika kamu berpaling, aku tidak minta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim."
10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.
10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati orang-orang yang mencabul.
10:75. Kemudian Kami bangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
10:76. Maka apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, "Sesungguhnya ini sihir yang nyata."
10:77. Musa berkata, "Adakah kamu kata ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir? Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung."
10:78. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami untuk palingkan kami daripada apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua? Kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu berdua."
10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."
10:80. Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan lemparkan."
10:81. Kemudian, setelah mereka lempar, Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan batalkannya. Sesungguhnya Allah tidak betulkan amalan orang-orang yang buat kerosakan."
10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan aniaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
10:84. Musa berkata, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu tawakal jika kamu muslim."
10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami tawakal. Pemelihara kami, janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,
10:86. Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum tidak percaya."
10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:89. Berkata, "Seruan (doa) kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan orang-orang yang tidak tahu."
10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
10:91. "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang buat kerosakan.
10:92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami."
10:93. Dan Kami tempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik; maka mereka tidak berselisih sehingga pengetahuan datang kepada mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.
10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
10:95. Janganlah juga kamu jadi antara orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah, lalu jadi antara orang-orang yang rugi.
10:96. Orang-orang yang kata Pemelihara kamu telah wajar ke atas mereka, mereka tidak akan percayai,
10:97. Walaupun tiap-tiap ayat datang kepada mereka, sehingga mereka melihat azab yang pedih.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandaraya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami hilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.
10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang percayai)?
10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk percayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak faham.
10:102. Maka adakah mereka melihat dan menunggu akan tiada melainkan yang serupa dengan hari-hari orang-orang yang telah berlalu sebelum mereka? Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; aku bersama kamu, melihat dan menunggu."
10:103. Kemudian Kami selamatkan Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya; seperti itulah kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang mukmin.
10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
10:105. Dan, 'Tegakkanlah wajah (muka / kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.
10:106. Dan janganlah seru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim.
10:107. Dan jika Allah sentuh kamu dengan mudarat, tiada yang dapat hilangkannya melainkan Dia; dan jika Dia hendak sebarang kebaikan kepada kamu, tiada yang dapat tolak pemberian-Nya; Dia timpakannya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya.' Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."
10:108. Katakanlah, "Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu.
10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."