Surah 46
BUKIT PASIR

(35 Ayat)

 

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

46:1. Ha Mim.

46:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

46:3. Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

46:4. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar."

46:5. Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?

46:6. Dan apabila manusia dikumpulkan, mereka adalah musuh-musuh bagi mereka, dan tidak percaya kepada penyembahan mereka.

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."

46:8. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat-sangat tahu apa yang kamu lakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."

46:9. Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara Rasul-Rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."

46:11. Orang-orang tidak percaya berkata mengenai orang-orang yang percaya, "Jika ia baik, mereka tidak mendahului kami kepadanya." Dan kerana mereka tidak dapat petunjuk dengannya, tentu mereka akan berkata, "Ini adalah satu fitnah lama!"

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk beri amaran kepada orang-orang buat kezaliman , dan berita gembira kepada orang-orang buat baik.

46:13. Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Pemelihara kami Allah", dan kemudian meluruskan (teguhkan), maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

46:14. Mereka itulah penghuni-penghuni Taman (Jannah), di dalamnya tinggal selama-lamanya, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.

46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

46:16. Mereka itulah orang-orang yang Kami menerima daripada mereka yang paling baik daripada apa mereka buat, dan Kami maafkan kejahatan mereka. Mereka adalah di kalangan penghuni-penghuni Taman - janji yang benar, yang mereka telah dijanjikan.

46:17. Tetapi orang yang berkata kepada bapanya dan ibunya, "Cis, kepada kamu! Adakah kamu janjikan aku bahawa aku akan dikeluarkan (dibangkitkan), padahal generasi-generasi telah pun berlalu sebelum aku?" sedang keduanya mohon pertolongan Allah - "Celakalah kamu! Percayalah, sesungguhnya janji Allah benar"; kemudian dia berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

46:18. Mereka itu adalah orang-orang yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.

46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa mereka buat, dan supaya Dia bayar mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.

46:20. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Kamu telah hilangkan benda-benda kamu yang baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina kerana kamu sombong di bumi tanpa patut, dan kerana kamu buat fasiq.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia (Hud) beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk palingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."

46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh."

46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, "Inilah awan yang akan beri kami hujan!" "Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan - angin yang di dalamnya azab yang pedih,

46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami balas kaum yang berdosa.

46:26. Dan Kami teguhkan mereka apa yang Kami tidak teguhkan pada kamu, dan Kami buatkan untuk mereka pendengaran, dan penglihatan, dan hati; namun begitu, pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan hati mereka, tidak berguna bagi mereka sedikit pun kerana mereka sangkal ayat-ayat Allah, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

46:27. Dan Kami telah musnahkan bandaraya-bandaraya yang di sekitar kamu, dan Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka kembali.

46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.

46:29. Dan apabila Kami palingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah dengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, beri petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang pedih.

46:32. Sesiapa yang tidak sahut penyeru kepada Allah, tidak dapat kandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

46:33. Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah yang cipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

46:34. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Tidakkah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab ketidakpercayaan kamu!"

46:35. Maka sabarlah kamu, sebagaimana Rasul-Rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.

Daftar Surah