Berguru dengan Syaitan


From:
faisal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, April 29, 2012 2:28 PM
Subject: salamun alaikum....sungguh sedih ada yg berani mengatakan berguru dgn qoran umpama berguru dgn syaiton....

diharap tuan dpat menghuraikan sdikit tntang tajuk tersebut,trma kasih....


Salamun alaikum,

"Berguru dengan Qur'an umpama berguru dengan syaitan". Sama ada disedar atau tidak, kenyataan jahil itu membawa maksud bahawa ajaran Tuhan adalah sama dengan ajaran syaitan! Justeru, Tuhan dan syaitan disamakan, menurut kepercayaan segolongan (besar?) manusia yang menggelar diri mereka Islam (tunduk patuh kepada Tuhan).

Kepercayaan tersebut adalah, pada masa ini, ajaran daripada orang-orang yang mengambil upah dalam agama, iaitu mereka yang tidak dapat petunjuk daripada Allah. Lalu orang-orang yang ikut ajaran mereka enggan membaca serta mengetahui isi kandungan al-Qur'an, dan akan mati tanpa mengetahuinya, sedangkan ia akan ditanya di akhirat.

Dengan kepercayaan itu juga mereka akan menolak ajaran-ajaran al-Qur'an, dan jadi orang-orang tidak percaya kepada-Nya. Mereka akan dibalas dengan tempat tinggal di Api (neraka), dengan tidak dapat keluar darinya, tinggal selama-lamanya di situ.

Adakah orang-orang itu ajar mengenai upah, tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhan, atau neraka, seperti yang disebut tadi, yang difahamkan daripada al-Qur'an?

Atau, adakah mereka ajar bahawa tugas Rasul hanya untuk sampaikan mesej atau ayat-ayat-Nya sahaja?

Demikianlah adalah beberapa contoh ajaran mereka yang bertentangan dengan ajaran Tuhan daripada al-Qur'an.

Selanjutnya, sila lihat beberapa ajaran Tuhan yang lain, berkaitan dengan tajuk. Pertama dipetik ayat berbunyi,

"Yang Pemurah, ajar al-Qur'an." (55:1-2)

Firman menyatakan Ar-Rahman ajar al-Qur'an. Bukan syaitan. Adakah Dia menipu? Pengajaran daripada Allah pula adalah melalui pembacaan al-Qur'an. Lantas terdapat beberapa ayat menyuruh manusia membacanya. Antaranya berbunyi,

"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)

"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat...." (73:20)

"Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa," (87:6)

Tujuan membaca adalah supaya tidak lupa. Maka janganlah lupa bahawa Ar-Rahmanlah yang mengajar al-Qur'an. Bukan syaitan seperti kata orang buta al-Qur'an, yang tidak dapat petunjuk daripada Allah. Seterusnya Dia berfirman,

"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98)

Disuruh mohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan pula, apabila membaca al-Qur'an. Lantaran itu, syaitan tidak dapat mengganggu, apatah lagi untuk mengajar kandungan al-Qur'an!

Sebenarnya syaitan tidak tahu kandungan al-Qur'an. Ayat-ayat berikut jelaskannya,

"Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun,
Tidak patut bagi mereka, dan tidak juga mereka boleh.
Sesungguhnya mereka dijauhkan daripada pendengaran." (26:210-212)

Oleh itu dapat difahamkan iaitu syaitan (jenis manusia) tidak ajar al-Qur'an. Ia ajar selain daripadanya atau yang bertentangan dengannya. Siapakah pula yang menerima ajarannya? Atau siapakah sebenarnya berguru dengan syaitan? Dan ingat,

"Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam." (81:25)

Kami tidak sedih mendengar kata-kata "Berguru dengan Qur'an umpama berguru dengan syaitan", tetapi timbul berasa takut akan akibatnya, yang bakal menimpa bangsa dan negara pada masa depan, terutamanya apabila melihat keadaan sekarang yang tidak begitu menyenangkan.

Allah disanjung!


Nota tambahan:
Tajuk di atas telah dibincang beberapa kali di laman web ini, antaranya terdapat di dalam karangan di bawah:
Berguru dan Mutasyabihat
Antara Hadith dan al-Quran
Islam Dari Masjid dan Majlis Syarahan
MERDEKA - Anjakan Paradigma
Pemerdeka Teragung

Terima kasih.

2 Mei 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman