Oleh
Azahidi
Jun 2005
Islam sampai sekarang masih terus jadi salah satu anutan yang belum difahami sepenuhnya oleh dunia. Salah satu sebab ialah, ianya dianjurkan kepada dunia melalui orang-orang Islam, ulamak dan pendakwah (kononnya) BUKAN dengan cara Islam sebenar mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran. Akibatnya nyata sekali. Bukan sahaja Islam telah tercemar malah orang-orang Islam di merata dunia sedang merana akibat daripada tinggalkan ajaran al-Quran. Sebaliknya tumpuan diberi lebih kepada amalan-amalan rekaan manusia yang tiada kena mengena dengan Islam sebagaimana terdapat dalam al-Quran.
Salah satu rekaan besar ialah hadith-hadith yang ditulis berjilid-jilid lebih kurang 200 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad. Hadith-hadith ini adalah kononnya kata-kata atau perbuatan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad. Terdapat banyak hadith yang bercanggah dengan al-Quran, bercanggah sesama hadith dan juga tidak masuk akal manusia yang waras. Walau pun ada juga hadith yang mungkin tidak bercanggah dengan al-Quran, kita tidak tahu sama ada hadith-hadith itu sebenarnya benar atau tidak. Tiada cara yang sah untuk menentukan ianya benar walau pun pengutip-pengutip hadith mengatakan demikian. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Hadith menerangkan al-Quran!
Adakah hadith menerangkan al-Quran atau al-Quran yang menerangkan apakah sebenarnya hadith?
Ramai pengikut dan pemuja hadith beriktikad bahawa kita memerlukan hadith untuk memahami al-Quran. Kata mereka al-Quran adalah terlalu susah hendak difahami. Adaalah aneh bila orang-orang yang dapati susah hendak memahami hanya satu jilid al-Quran tetapi perlu untuk merujuk kepada 50 lebih jilid buku hadith sebagai penjelasan! Masakan Allah turunkan mesej yang amat susah untuk difahami sedangkan ianya untuk dipatuhi. Ini tidak masuk akal. Mesej yang turunkan dengan tujuan untuk dipatuhi semestinya mudah difahami. Allah kata al-Quran mudah. Perhatikan ayat al-Quran berikut:
Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)
Empat kali Allah beri ayat tersebut di atas (54:17, 22, 32, 40) dalam bentuk ayat dan perkataan yang sama. Takkanlah Allah tidak tahu apa dia turunkan! Takkanlah Allah tidak tahu kebolehan dan kelemahan manusia ciptaanNya! Bila Allah kata mudah, maka ianya mudah. Mengatakan ianya susah, sebagaimana dikatakan oleh pemuja hadith, adalah menyanggah kata-kata Allah.
Sesiapa yang membaca buku hadith yang berjilid-jilid, walau pun tidak kesemua, sudah pasti akan keliru. Mustahil kalau tak keliru, lebih lebih lagi kalau hendak meneliti berbagai-bagai hadith dari berbagai-bagai mazhab. Mungkin itulah sebabnya universiti-universiti Islam di seluruh dunia mengadakan fakulti pengajian hadith. Mahasiswa-mahasiswa di fakulti tersebut sebenarnya membuang masa mereka cuba meneliti apa yang dianggap kata-kata atau perbuatan Nabi Muhammad. Sampai sekarang masih lagi terdapat percanggahan sama ada hadith-hadith yang telah dianggap sahih oleh ulamak muktabar dahulu, sahih atau tidak.
Undang-undang dan peraturan ugama berdasarkan kepada kutipan ingatan manusia selama lebih 200 tahun kononnya merangkumi kesemua aspek kehidupan dari cara berjalan, makan, ketawa, tidur, menguap, bersama isteri hinggalah cara buang air. Sebagai contoh:
Dari Abu Qatada: Rasulullah berkata. “Bila kamu minum, jangan bernafas dalam bejana; dan bila kamu kencing jangan sentuh kemaluan dengan tangan kanan kamu. Dan bila kamu membersihkan selepas berak, jangan gunakan tangan kanan kamu.”
(Sahih Bukhari, Jilid 7, Buku 69, Number 534)
Bayangkan bagaimana orang yang tangan kirinya tidak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu.
Hadith Yang Teruk, Dahsyat dan Mengejutkan
Kalau kita membaca hadith, kita akan terjumpa kata-kata atau perbuatan yang dikaitkan dengan Rasul sehinggakan yang berkaitan dengan cara seksnya, keinginan dan kemahuan seksnya. Tidakkah orang-orang yang ceritakan hadith-hadith sebegini mempunyai kerja lain yang lebih berfaedah dari asyik mengendap dan mengintai perbuatan peribadi Rasul. Bolehkah kita percayai kesahihan cerita-cerita dari orang-orang yang sebegini perangai. Yang anihnya ialah pembohongan ‘pakar-pakar’ ugama yang ikut cerita-cerita yang tiada hujung pangkal digunakan sebagai modal penghormatan dan kecintaan kepada Rasul.
Terdapat banyak perkara-perkara mengarut dalam buku-buku hadith saperti minum air lalat, air kencing unta dan lain-lain. Kenapa mesti seseorang endahkan? Kenapa perkara-perkara terperinci semacam ini penting bagi sesetengah orang? Mungkin sebab orang-orang ini adalah jahil terhadap Islam sebenar, maka merela fikirkan Islam adalah hanya undang-undang dan peraturan kepada perkara-perkara remeh harian. Mereka menyusahkan diri sendiri sambil megah dengan jihad sebagai kesalihan terhadap Islam. Kepada Allah manakah yang mereka abdikan dan Islam manakah yang mereka anuti? Tidak mungkin kepada Allah yang mengatakan dengan jelas:
Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara (20:2)
Sebenarnya, buku-buku hadith mengandungi banyak percanggahan, penghinaan secara nyata atau tidak nyata kepada Allah dan juga kepada Muhammad sendiri. Bayangkan peribadi nabi Muhammad sekiranya dia benar-benar lakukan perkara-perkara yang buruk diceritakan berkenaan dengannya dalam hadith-hadith. Sesiapa yang percayakan al-Quran, yang datang melalui mulut nabi Muhammad, takkan mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal berkenaan nabi Muhammad. Sudah tentu kata-kata itu hanya pembohongan dan lawak-lawak semata-mata. Sebagai contoh, ada hadith bahawa nabi minta dia dipuji. Adakah nabi Muhammad akan minta pengikutnya memujinya tidak Allah Yang Maha Berkuasa? Al-Quran jelas mengatakan segala pujian adalah bagi Allah. Tak mungkin. Ayat berikut jelas:
Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya." (3:79)
Sekianya Allah meghendakki supaya kehidupan harian kita jadi lebih terperinci dan khusus, sudah tentu Dia akan turunkan berjilid-jilid wahyu bagaimana kita patut tidur, masak, makan minum, pakai pakaian, mandi, pandu kenderaan, bina rumah dan seterusnya.
Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana. (31:27)
Tetapi Allah yang Pemurah dan Penyayang hanya mahukan kita tunduk patuh kepada apa diturunkandalam al-Quran, dan gunakan akal, ilmu, kewarasan dan kebijaksanaan kita untuk lain-lain perkara tentang kehidupan.
Dalam al-Quran ada perkara yang Allah perincikan dan ada yang tidak. Sebagai contoh Allah perincikan apa yang patut dibuat sebelum solat (5:6), cara pembahagian harta (4:11-12), cara beradab dan bersopan (24:58-61). Dalam pada itu Allah juga melonggarkan dan membiarkan ianya umum beberapa perkara, walaupun dianggap pokok. Sebagai contoh Allah tidak tetapkan ukuran zakat, berapa reka’at dalam solat, cara nikah kahwin, dan lain-lainnya. Apabila Allah membiarkan ianya umum, mengapa pula manusia memandai-mandai cuba membetulkan dan mengemaskan lagi. Adakah mereka menganggap kerja Allah tidak lengkap dan kurang bermutu?
Al-Quran mendedahkan pemalsuan hadith dalam ayat berikut
Itu
ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis
apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?
(45:6)
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa (45:7)
Allah mengatakan bahawa al-Quran adalah sumber yang benar dan konsisten kerana ianya ayat-ayat Allah. Tiada percanggahan di dalamnya, tidak sebagaimana hadith.
Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan. (4:82)
Hadith mungkin boleh diguna dari sudut lain, tetapi tidak harus digunakan untuk menentukan hukum hakam dan amalan-amalan ugama. Ini tidak bermakna kita tidak ikut nabi Muhammad. Kita ikut dan menghormati nabi Muhammad dengan ikut dan mematuhi apa yang diwahyukan Allah dan keluar dari mulutnya.
Al-Quran ajar kita bahawa nabi Muhammad akan kecewa dengan apa yang dilakukan kepada mesej yang dia bawa.
Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)
Oleh itu ikut dan mendukung hadith yang tak berasas adalah bukan sesuatu yang Allah atau rasulNya menghendakki.
Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina. (31:6)
Sebenarnya Allah dan rasulNya mahukan kita tunduk patuh hanya kepada ayat-ayat Allah sebagai sumber bimbingan hidup. Kalau tidak kita akhirnya akan bertikai dan berpecah sesama sendiri.
Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk. (3:103)
Al-Quran adalah kata-kata Allah. Hadith adalah apa yang manusia anggap kata-kata nabi. Nabi adalah manusia. Allah mengarahkan kita membaca al-Quran. Allah tidak pernah mengarahkan kita membaca hadith. Bacalah al-Quran (bacaan) dalam apa bahasa pun asalkan kita faham. Bila Allah mengatakan al-Quran itu senang untuk difahami, Dia bermaksud demikian. Dia tidak bermain-main. Dia tidak berlawak.
Al-Quran – Hadith terbaik
Allah mengelar Al-Quran, HADITH TERBAIK. Dia panggil orang-orang yang betul percaya supaya tidak menerima hadith-hadith lain sebagai sumber rujukan.
Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab ……. (39:23)
Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan percayai? (7:185)
Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina. (31:6)
Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai? (45:6)
Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai? (77:50)
Al-Quran tidak perlu kepada hadith-hadith ciptaan manusia untuk menjelaskan atau menyempurnakannya. Al-Quran sudah sempurna dan lengkap. Tidak perlu kepada apa-apa tambahan atau rujukan sampingan.
1) Sifat-sifat al-Qur’an
36:2. …. al-Qur'an yang bijaksana.
50:1 …. al-Qur'an yang cemerlang
56:77 …. al-Qur'an yang mulia
72:1 …. al-Qur’an yang mengagumkan
6:92 …. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati
41:41 …. Kitab yang perkasa
22:8 …. sebuah Kitab yang memberi cahaya
2) Al-Qur’an adalah daripada Allah
Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, …. (10:37)
Itu adalah kerana Allah turunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh. (2:176)
Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan. (4:82)
Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui. (27:6)
Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam. (32:2)
Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana. (39:1)
3) Al-Qur’an diturunkan dalam bulan Ramadhan
Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza ..… (2:185)
4) Al-Qur’an diturunkan kepada Muhammad, untuk semua manusia
Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka ….. (48:29)
Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu. (33:40)
Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan (76:23)
Begitulah Kami turunkan kepada kamu al-Kitab….. (29:47)
…. Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. …… (6:19)
5) Allah yang mengajar Al-Quran
Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia (96:3)
Yang mengajar dengan pena, (96:4)
Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya. (15:9)
Yang Pemurah, ajar al-Qur'an. (55:1-2)
Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari. (11:1)
Nabi Muhammad hanya penyampai.
Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran." (27:92)
…… Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas." (24:54)
Lihat juga 42:48, 13:40, 5:99-100, 29:18, 64:12, 3:20, 5:92, 6:19
6) Allah yang menjaga al-Qur’an
Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya. (15:9)
7) Al-Qur’an adalah sempurna
Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan. (6:38)
Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (6:114)
Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. (6:115)
8) Tiada kesilapan atau kepalsuan dalam Al-Qur’an
Orang-orang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa. (41:41)
Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji. (41:42)
Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa. (39:28)
9) Al-Qur’an itu jelas
Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas. (15:1)
Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas. (27:1)
Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. (36:69)
……. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas. (5:15)
Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas. (26:2)
Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas. (28:2)
Bila Allah kata Quran itu jelas, jelaslah ia. Tiada cara lain lagi kita nak memahaminya. Ianya jelas. Tidak perlu kepada tafsiran lain lagi. Jelas adalah jelas.
10) Al-Qur’an itu terperinci
Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)
Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan. (17:89)
Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan." (30:58)
Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan. (6:38)
Bila Allah kata al-Qur’an itu terperinci, ianya terperinci. Allah tidak buat kerja separuh jalan. Allah tidak perlu kepada apa-apa tambahan atau pun rujukan-rujukan lain. Allah tidak ketandusan perkataan atau idea. Allah bukan pelupa. Jika Allah menghendakki, Ia boleh turunkan beratus-ratus atau beribu-ribu kitab.
Oleh kerana Al-Quran adalah sempurna,jelas dan terperinci, maka Allah tidak beri kita kitab yang lain. Apa saja perkara yang tidak diperincikan, Allah sengaja membiarkan dan melonggarkan untuk kita menetukan dengan sendiri. Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi makhlukNya.
11) Tiada keraguan dalam al-Quran
Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan), (2:2)
Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam. (10:37)
Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam. (32:2)
12) Al-Quran beri petunjuk, peringatan dan berita gembira
Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar, (17:9)
Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian. (17:82)
Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. (36:69)
Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan. (38:1)
Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang percayai. (7:52)
13) Al-Quran adalah untuk kemudahan
Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara, (20:2)
Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (7:2)
Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi. (23:62)
14) Al-Qur’an mengandungi cerita-cerita yang paling baik
Kami ceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai. (12:3)
15) Al-Quran tidak boleh ditiru
Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain." (17:88)
16) Al-Quran adalah untuk dibaca
Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, (96:1)
Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan. (18:27)
……. dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar. (73:4.)
Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia (35:29)
Quran boleh dibaca walaupun tanpa wudhu’. Ramai manusia terpengaruh dengan rekaan manusia bahawa membaca Quran perlu kepada wudhu. Quran sendiri tidak menuntut demikian. Sekiranya perlu sudah tentu Quran menyatakan demikian, sebagaimana Quran jelas menyuruh kita meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan (lihat 16:98 dibawah).
17) Al-Quran menganjurkan Ilmu dan penggunaan minda
Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan. (18:27)
Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani. (7:204)
Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya. (17:36)
Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka? (47:24)
Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia supaya mereka fikirkan. (59:21)
Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya. (38:29)
18) Al-Quran mudah untuk dipelajari
Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)
Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:22)
Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:32)
Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:40)
Walaupun empat kali Allah mengulangi, dalam bentuk ayat yang sama, susunan perkataan yang sama, bahawa Quran itu mudah untuk dipelajari, manusia masih ingkar. Ingkar dengan mengatakan bahawa Quran itu susah untuk dipelajari. Ada yang mengatakan bahawa belajar Quran bersendirian itu berguru dengan syaitan. Quran tidak mengatakan demikian. Manusia masih tidak percaya bahawa Quran itu lengkap, jelas, terperinci dan mudah untuk dipelajari.
19) Syarat apabila membaca Al-Qur’an
Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam. (16:98)
20) Berpegang teguh dengan Al-Qu’ran
Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan. (7:170)
21) Orang-orang tidak percaya atau percaya hanya sebahgian Al-Quran
Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang, (17:45)
Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian. (17:46)
Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan. (17:89)
Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah. (18:54)
Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka? (47:24)
Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai. (13:1)
Sungguhpun Allah mengatakan Quran itu lengkap, jelas, terperinci, tiada keraguan padanya, masih ramai manusia memilih untuk merujuk kepada sesuatu yang lain sebagai tambahan kepada Quran.
22) Jangan pilih yang lain selain al-Qur’an
Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian. (17:46)
PERLUKAH LAGI KITA KEPADA HADITH?
15 Jun
2005
Artikel
/ English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman