Din di dalam al-Qur'an II

 

From: naqtau
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, December 15, 2010 10:00:04 AM
Subject: DIN ALLAH

 

Salam,

 

Tuan yang saya hormati. Dalam artikel tuan mengenai DIN, ada menyebut mengenai DIN YAHUDI sebagai salah satu daripada din selain daripada DIN ALLAH. Ada kah ini bermakna sesiapa yang tidak percayai AL QURAN tidak termasuk dalam golongan ISLAM (tuduk patuh) walaupun ada antara mereka yang ikut kitab sebelum nya dan percaya pada ALLAH dan HARI AKHIR.

 

Daripada artikel tersebut boleh kah saya mengatakan bahawa cara menyembah ALLAH menurut AL QURAN sahaja lah yang di rela ALLAH.

 

Salam dan Terima Kaseh.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Kali ini bertanya mengenai kandungan artikel DIN di dalam al-Qur'an yang baru diterbitkan.

Jawapan bermula dengan memetik frasa berbunyi "antara mereka yang ikut kitab sebelum nya" yang terdapat di perenggan pertama. Pada hemat kami, frasa tersebut bermaksud ahli Kitab. Daripada al-Qur'an dapat difahamkan pula bahawa bukan semua ahli Kitab ikut din Allah (Islam). Fahaman dicungkil daripada ayat-ayat berbunyi,
 

"Ada segolongan daripada ahli Kitab berkata, 'Percayalah kepada apa diturunkan kepada orang-orang yang percaya pada permulaan siang, dan janganlah percaya pada akhirnya, supaya mereka kemudian kembali,
Dan janganlah percayai sesiapa kecuali orang yang ikut din kamu.' Katakanlah, 'Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa yang kamu diberi', atau mendebat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah, 'Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia memberinya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.'" (3:72-73)

 

Maksud din kamu pada ayat kedua ialah din segolongan ahli Kitab, yang percaya kepada petunjuk, tetapi petunjuk selain daripada petunjuk yang benar (petunjuk Allah).

 

Justeru senarai nama din yang bukan din yang benar dapat ditambah dengan satu lagi dan diringkaskan seperti berikut:

 

 

Contoh din ahli Kitab yang tidak ikut petunjuk Allah ialah din Yahudi. Satu daripada kepercayaannya dapat dikenal pasti daripada ayat berbunyi,

 

"Itu ialah kerana mereka (Yahudi) mengatakan, 'Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.' Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam din mereka." (3:24)

 

Din Yahudi percayai bahawa orang-orang yang disentuh api (ahli neraka) hanya disentuh beberapa hari sahaja, atau bermaksud mereka berada di neraka hanya sementara sahaja.

 

Oleh itu, mereka didapati percaya adanya Hari Akhir, tetapi kepercayaan Hari Akhir tentang neraka umpamanya, diterangkan pula sebagai diadakan, dan suatu penipuan, oleh Allah.

 

Kepercayaan tersebut terbit daripada sifat tidak percaya kepada petunjuk Allah, dan ia, tidak syak lagi, adalah bukan Islam. Menurut al-Qur'an, orang-orang yang dimasukkan ke dalam Api (neraka) akan berada di situ selama-lamanya. Antara beberapa firman yang menjelaskannya adalah dua yang berikut:

 

"mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)

 

"Mereka hendak keluar dari Api, dan mereka tidak akan keluar darinya; bagi mereka, azab yang kekal." (5:37)

 

Beralih kepada soalan berbunyi, "Daripada artikel tersebut boleh kah saya mengatakan bahawa cara menyembah ALLAH menurut AL QURAN sahaja lah yang di rela ALLAH."

 

Bagi kami jawapannya ialah "Boleh. Sahabat boleh berkata demikian". Kerana, mengikut pendapat kami, apakah yang ada selain daripada din Allah kalau tidak din ulama, atau din segolongan ahli Kitab, bagi umat yang diturunkan al-Qur'an?

 

Di dalam al-Qur'an yang terperinci terdapat banyak ayat mengandungi perkataan Sembah, dan ikut petunjuk-Nya adalah disuruh dalam din-Nya, atau dipanggil juga din Ibrahim (4:125). Petunjuk lain, yang hanya terdapat pada din ulama, atau din segolongan ahli Kitab, tentu tidak diterima, kerana tidak diajar oleh petunjuk Allah.

 

Cara menyembah Allah menurut al-Qur'an adalah tidak susah. Daripada ayat-ayat yang banyak, diturunkan tiga sahaja sebagai contoh:

 

"Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan." (9:31)

 

"Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara (syafaat) kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan." (10:18)

 

"Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah." (16:114)

 

Dan karangan-karangan berikut mungkin dapat menjelaskan lagi erti sembah menurut din Allah:

 

Solat dan Sembah

Sembah untuk Tuhan?
Erti sembah budak empat tahun

 

Terima kasih.

Allah disanjung!

 


17 Disember 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman