Erti sembah budak empat tahun
From: Jay Shah <jay_shah762000@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sat, July 10, 2010 10:46:04 AM
Subject: Mengenali Tuhan
Selamat sejahtera
Bagaimana Nabi Muhammad boleh yakin Allah itu Tuhan yang sebenar dan bukannya makhluk lain yang menyamar sebagai Tuhan?
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi bertanya. Soalan itu menimbulkan beberapa bisikan di hati, seperti bila pula Nabi berjumpa dengan Tuhan sedangkan al-Qur'an tidak ceritakannya, dan sudahkah terlintas di fikiran JS bahawa al-Qur'an itu datang daripada makhluk lain, bukan daripada Allah?
Namun, pertanyaan-pertanyaan itu kekal di situ sahaja, kerana apa yang ditanya dalam membalas suratnya adalah hanya bagaimana makhluk lain itu menyamar sebagai Tuhan!
Soalan tersebut dijawab seperti berikut:
From: Jay Shah <jay_shah762000@yahoo.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sun, July 11, 2010 9:18:54 AM
Subject: Re: Mengenali Tuhan
Menyamar dengan suruh menyembah dan memujanya, sama macam agama lain
Hati kami berbisik lagi. Suruh atau suruhan kepada Nabi terkandung di dalam al-Qur'an. Jika di dalamnya terkandung dua perkara yang disebut itu (menyembah dan memujanya) maka ia bukan datang daripada Allah, tetapi daripada makhluk lain yang menyamar - demikian dapat difahamkan daripada apa yang berlegar di kepalanya setakat ini.
Bagi kami al-Qur'an yang sedia ada adalah daripada Allah. Di dalamnya terdapat suruhan menyembah-Nya, iaitu suruhan kepada manusia dan jin yang dicipta-Nya. Akan tetapi, suruhan untuk memuja-Nya tidak ada. Oleh itu, apa yang dikatakan JS agak tidak berasas, berniat tidak baik.
Tambahan pula, persamaan yang dibuatnya adalah buruk, mengandungi unsur penghinaan. Jika JS benar-benar mengenali Tuhan tentu dia tidak menghina agama lain kerana antaranya terdapat yang diterima Allah seperti disebut ayat berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)
Surat JS di atas diikuti satu lagi beberapa minit demikian, untuk menjelaskan lagi tentang pendiriannya atas tidak menyembah Tuhan dengan beri sebab, seperti tercatat di bawah:
From: Jay Shah <jay_shah762000@yahoo.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sun, July 11, 2010 9:22:11 AM
Subject: Re: Mengenali Tuhan
Pada pendapat saya, Tuhan yang sebenarnya tidak minta disembah. Tuhan tu maha kuasa, kalau dia nak semua jadi baik, maka baiklah semuanya.
Dengan berkata demikian, kelihatan seperti JS tidak percaya kepada Hari Akhir atau Hari Pengadilan pulak, dan tujuan diadakan Hari tersebut!
Sekali lagi, segala yang dibisikkan hati kami tidak nyatakan kepadanya. Sebaliknya kami bertanya, apakah maksud sembah menurut pendapatnya! Soalan tersebut dijawab seperti tertera di bawah:
From: Jay Shah <jay_shah762000@yahoo.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Mon, July 12, 2010 10:54:59 AM
Subject: Re: Mengenali Tuhan
Amalan sembah, adalah satu ritual bersifat geometry, iaitu perbuatan atau bacaan yang dilakukan berulang-ulang. Element ritual seperti berikut ;-
1) Memohon sesuatu yang dihajati
2) Menyerah diri kepada kuasa lain
3) lakukan sesuatu yang memenuhi kuasa tersebut sebagai bukti ketaatan
4) Penghambaan dan pengabdian
5) Pengorbanan
Seiring soalan tadi, kami turut bertanya, dari mana datang segala pendapatnya. Dia menjawab:
From: Jay Shah <jay_shah762000@yahoo.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Mon, July 12, 2010 10:56:36 AM
Subject: Re: Mengenali Tuhan
sejak saya berumur 4 tahun
Jawapan tersebut memberhentikan kami daripada bertanya lebih lanjut, misalan tentang pendapatnya mengenai sekutukan Allah, dan bertuhankan keinginan, sama ada diri sendiri atau orang yang diikuti, dan sebagainya.
Kembali kepada jawapannya. Lihat pada erti sembah budak empat tahun itu! Keintelekualan dalam pengertiannya hanya mencerminkan kesempitan dalam pengetahuan mengenai maksud sembah sebenar, iaitu maksud daripada Allah (yang disangkanya penyamaran makhluk lain).
Maksud daripada Allah adalah lebih luas dan dapat difahamkan sedikit daripada karangan Sembah untuk Tuhan? dan Solat dan Sembah. Atau baca Sembah di halaman Kalimat Pilihan. Tajuk Ibadat atau Ritual dan Aktualnya: Respon juga difikirkan berkaitan dengan pendapatnya.
Untuk beri satu contoh ayat yang membawa maksud sembah menurut ajaran Allah ialah yang berbunyi,
"Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya." (39:2)
Ayat menjelaskan iaitu menyembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, adalah dengan percayai atau mentaati (seluruh) kandungan Kitab al-Qur'an yang diturunkan-Nya.
Seterusnya, daripada pendapat dan pengertian yang dilemparkan JS dapat juga disedarkan bahawa ayat berikut tidak termasuk dalam apa yang dikatanya Mengenali Tuhan (sila lihat Subject emelnya):
"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.'" (6:162)
Selain daripada itu adalah ayat-ayat yang menyuruh membasuh empat bahagian badan sebelum lakukan sesuatu, dan sesuatu itu pula didirikan beberapa kali sehari, di samping ayat yang menyuruh berpuasa sebulan setiap tahun - kesemua ayat itu, menurut pendapatnya, adalah bukan ayat Allah tetapi makhluk lain yang menyamar sebagai Tuhan.
Dan, daripada pengertiannya juga, dapat diketahui bahawa dia tidak pernah memohon sesuatu yang dihajati kepada Tuhan sejak berusia empat tahun kerana perbuatan itu, menurut akalnya, hanya dilakukan oleh orang-orang agama lain.
Sekiranya benar apa yang dikatakan itu, sedangkan memohon kepada-Nya merupakan satu daripada amalan dalam menyembah-Nya, maka dia, menurut Allah, adalah seorang yang sombong. Firman Tuhan,
"Pemelihara kamu berkata, 'Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60)
Kami berhenti di situ sahaja. Terima kasih.
Allah disanjung!
17 Julai 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman