Respon: Salawat dan Salam
Penghormatan & Ahlul Bait
From: achedeen
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, October 5, 2010 12:50:57 AM
Subject: "salawat" / penghormatan
Salamun alaikum.Terima kasih atas kesudian sahabat siarkan artikel ini.
Alhamdulillah, segala penjelasan dari sahabat saya fahami dan saya terima dengan baik, sebenarnya tak ada perbezaan pendapat antara saya dan sahabat dalam hal ini. Saya juga telah membaca artikel yang berkaitan dengan sollu sebelum ini dan saya fahami akan maksud sahabat, cuma apabila saya membaca artikel Ahlul Bait VS Ahlul Quran, terdapat mereka yang mengadakan ucapan yang didakwa sebagai "salawat" kepada Nabi Muhammad, iaitu ucapan yang tidak diajar-Nya , itu sebabnya saya letak tanda " ", yang saya maksudkan sebagai sollu yang tidak menurut Fahaman Allah.
Allah disanjung!
Salam,
Alhamdulillahirabbil'alamin
Che Deen
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas penjelasan di atas. Sekarang baru kami faham maksud sahabat sebenar iaitu daripada ucap "Allahuma salli ala Muhammad..." dan sebagainya, adalah lebih baik ucap “Salamun ’ala Muhammad”. Demikianlah dituju kepada orang menggelar diri Ahlul Bait (dan orang lain juga).
Kesilapan kami, seperti pernah berlaku ke atas karangan orang lain, ialah tidak begitu memahami apa yang ditulis oleh pengirim. Bagi sahabat Che Deen ialah tulisannya berbunyi,
Pada pendapat saya, apabila Allah perintah kita untuk ber “salawat” atau lebih tepat rahmati baginda-baginda, pasti Allah akan mengajarkannya kepada kita bagaimana untuk beri salam penghormatan kepada baginda-baginda Nabi dan Rasul Allah dengan penghormatan yang sebenarnya. (perenggan 6 selepas salam)
dan,
Di sini, dengan izin Allah, apa yang telah saya fahami (semoga kefahaman saya adalah dari-Nya), salam penghormatan kepada Nabi-Nabi ada terkandung dalam surah 37 (Ash Shaaffaat / Yang Berbaris) iaitu ucapan “salawat”/ salam penghormatan yang sebenarnya kepada Nabi-nabi dan Rasul-Rasul-Nya. (perenggan 7 selepas salam)
Kesilapan kami ialah memikirkan bahawa maksud sahabat bagi salawat ialah salam penghormatan. Tidak terfikir bahawa salawat yang tercatat itu adalah yang berbunyi "Allahuma salli ala Muhammad..." dan sebagainya.
Maaf atas kesilapan tersebut. Selain itu, tujuan kami menulis ialah untuk memanjangkan sedikit perihal orang menganggap diri sebagai Ahlul Bait yang ada disebut oleh sahabat di atas.
Seorang daripada mereka, atau seorang pengikut fahaman tersebut yang setia, telah melahirkan perasaan tidak puas hati kerana kami tidak menjawab sendiri kiriman Syed Hasnan walaupun sebab sudah diberi. Sebaliknya kami telah meminta sahabat Uncleseekers untuk menjawab.
Pada jawapan Uncleseekers (yang kami anggap sudah memadai), di perenggan terakhir berbunyi "Boleh ana tahu siapa walid anta dan jalur anta dari mana? (Alkohol, almari, aluminium. alfonso, alaluya atau alalalale...)" kami dapat merasakan kewujudan sesuatu semacam sistem kasta dalam golongan Ahlul Bait.
Justeru, kami syak orang yang melahirkan perasaan tidak puas hati dengan bongkak itu adalah daripada kasta "Untouchables" seperti terdapat dalam sistem kasta Hindu. Golongan tersebut terletak di bawah sekali, mungkin kerana dianggap jijik.
Daripada tulisan Syed Hasnan dan Suan Abdullah (dua kuncu Ahlul Bait) tidak terdapat satu ayat al-Qur'an pun yang diguna untuk mempertahankan agama mereka. Itu mungkin kerana mereka buta al-Qur'an, lalu tidak tahu apa yang telah dikatakan Nabi mengenai al-Qur'an, berbunyi,
"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai....'" (6:19)
Harap mereka nampak frasa "sesiapa ia sampai" di situ dan faham, serta sedari bahawa ramai orang di sini dapat melihat dengan jelas bahawa al-Qur'an tidak sampai kepada mereka. Lalu tidak tahu, misalan, amaran Allah yang dikeluarkan selepas berjanji buat Nabi Ibrahim seorang imam bagi manusia. Firman-Nya,
"Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya. Dia berkata, 'Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia.' Berkatalah dia (Ibrahim), 'Dan daripada keturunanku?' Dia berkata, 'Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim.'" (2:124)
Keturunan Nabi Ibrahim pun jika bersifat zalim tidak dijadikan orang istimewa. Ibrahim dipilih sebagai contoh di sini kerana baginda adalah satu-satunya Nabi atau Rasul yang Allah dengan kata-kata-Nya jelas telah mengambilnya sebagai sahabat. Sila lihat ayat di bawah:
"Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat." (4:125)
Apatah lagi dengan golongan keturunan Muhammad yang bersifat zalim! Jangan pulak mereka berdua sangka mereka, atau orang-orang serupa mereka, tidak akan dilontar ke dalam golongan orang-orang zalim, meskipun berlagak seperti orang istimewa dan sudah dapat petunjuk. Berikut adalah beberapa kelakuan orang zalim yang dapat dilihat pada mereka:
- berpaling daripada ayat-ayat Allah - 6:157
- berpaling setelah diingatkan dengan ayat-ayat Allah - 18:57, 32:22
- mendustakan ayat-ayat Allah - 6:21, 6:157, 7:37, 10:17, 29:68, 39:32
- mengejek kaum lain 49:11
- sangkal ayat-ayat Allah - 6:33, 29:49
- tidak manfaatkan ajaran al-Qur'an - 17:82
- tidak percaya al-Qur'an - 18:29, 34:31
- mendustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya - 10:39
Kami rasa sudah cukup dalam membalas, dan menunjukkan bahawa pegangan kami tidak diceduk daripada fahaman mereka yang menggelar diri Ahlul Bait. Adakah kesemua mereka benar-benar keturunan Nabi dengan adanya pelbagai nama darjat seperti Alkohol, almari, aluminium. alfonso, alaluya atau alalalale...?
Dan apakah yang dicuri orang Melayu daripada agama Ahlul Bait? Kebanyakan orang Melayu ikut tulisan Bukhari, Muslim dan sebagainya, dan mereka adalah orang Parsi. Sementara Abu Hurairah pula yang sering disebut-sebut termasuk di masjid, walaupun orang Arab tetapi bukan ahli keluarga Nabi! Atau cakap itu hanya untuk menunjukkan sifat bodoh sombong sahaja?
Semasa menulis bahagian Ahlul Bait ini kami telah berhenti sekejap untuk pergi ke Yahoo! Mail. Dan alalalale terdapat satu emel daripada seorang Bahlul Bait. Bukan, pengirimnya bukan si Untouchable itu, tetapi sifat paria yang ditunjukkan di dalam kandungan emelnya kelihatan serupa. Tujuannya ialah beri respon kepada emel yang diterbitkan semalam. Pengirimnya sudah dikenali, dan kandungan emelnya seperti berikut:
From: Syed Hasnan <syed_hasnan@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, October 5, 2010 2:00:49 PM
Subject: "Salawat" / Penghormatan
Salam sejahtera kepada yang beriman yang bersolaturahim dengan nabi dan anak cucu baginda dan kepada yang tak suka boleh lah guna perkataan lain untuk menerang kan kedudukan selawat.
Inilah sepandai pandai mansuia akhir nya pandir, memperbodoh kan manusia lain dengan angkuh mengatakan bahawa Al quran adalah pegagangnan mereka dan semata mata Al quran maka inilah ditunjukan kepada mereka dari yang hak, betapa mereka berlega legar hanya untuk menerangkan satu ayat selawat. Walahal mereka sangup mengeluar kan beribu ribu ayat Al quran tapi satu ayat jadikan mereka rosak binasa.
Ini juga lah menujuk bahawasnya Allah daan segala malaikat telah membuka belang mereka si pencuri ilmu rasulullah dan tak mengikut saluran yang Allah redaha kan hingga kan satu ayat sangup ada yang mengaku Ahlul bait konon nya untuk di gunakan menjawap stau perkataan selawat.
Maka ini lah keadaan seperti apa yang difirmankan masuk rumah mengunakan pintu belakang samalah seperti seorang pencuri mencuri mengopak pintu belakang rumah orang untuk keuntugan diri sendiri dan meperbodoh kan orang ramai.
Dan disini juga terbukti yang mereka ini bermain dengan ayat ayat seperti juga paderi kristian yang telah mebolak balik kan ajara nabi isa dan juga rahib yahudi yang telah memesongkan kepala otak orang yahudi.
Maka dipamerkan disini juga kedaan mereka kepada ornag yang tak berutus berurus dan berhukum dengan Allah malaikat Rasul dan warisan nya, dan tiada keikhlsan di hati mereka untuk berbaik baik dengan wrisan yang nabi tinggal kan malah di hina, diperkudakan untuk menguat kan hujjjah pembohongan mereka.
Dan cuma untuk menerang kan selawat jugalah merka terpaksa memangil kuda kuda belaan mereka dan mengaku pulak dari kerturunn nabi, dan kalau benar maka yang mengaku kerturunan ini tadi adalah pengkhianat kepada nabi dan seluruh warisan nabi dan kalau cuma mengaku tapi bukan dari kerturunan maka inlah dia haram jadah yang akan jadikan nerka wel temphan mereka diakhirat, dan kepada yang mepunyai akal yang waras gunakalah untuk berpikir supaya jagan jadi kan kesesatan yang nyata ini satu perhentian carilah yang hak dan tinggal kan yang batil sekian salam dan solaturahim kepada nabi dan seluruh kerturunanya dan juga kepada yang beriman.
Apakah yang dibebelkan si Luncai itu? Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan! Biarkan!
Terima kasih.
Allah disanjung!
5 Okt 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman