Surah 17
BANI
ISRAIL
(111 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
17:2. Kami beri Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah ambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."
17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.
17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."
17:5. Maka, apabila janji yang pertama daripada keduanya datang, Kami bangkitkan terhadap kamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, dan mereka menggeledah melintasi tempat-tempat tinggal, dan itu, satu janji yang dilakukan.
17:6. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu giliran terhadap mereka, dan Kami bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan Kami buat kamu satu kumpulan yang lebih besar.
17:7. "Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang akhir datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk masjid sebagaimana mereka masuk pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan kebinasaan, apa yang mereka meninggikan.
17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu kasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami buatkan Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang tidak percaya.
17:10. Dan bahawa orang-orang tidak percayai akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.
17:11. Manusia seru (doa) untuk kejahatan seperti dia seru (doa) untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.
17:12. Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas.
17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami keluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia temuinya terbuka.
17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."
17:15. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul.
17:16. Dan apabila Kami hendak musnahkan sebuah bandaraya, Kami perintahkan orang-orangnya yang hidup mewah, lalu mereka lakukan kefasiqan di dalamnya, kemudian wajarlah Ucapan ke atasnya, dan Kami binasakannya sama sekali.
17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami musnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.
17:18. Sesiapa yang hendak kesegeraan (dunia ini), Kami segerakan baginya di dalamnya apa yang Kami hendaki kepada sesiapa Kami hendaki; kemudian kami berikannya Jahanam, di dalamnya dia dipanggang, dengan terkutuk, terbuang.
17:19. Dan sesiapa yang hendak akhirat, dan berusaha untuknya dengan usahanya yang sebenar, sedang dia seorang mukmin - mereka itu, usaha mereka disyukuri.
17:20. Masing-masing Kami bantu, mereka ini dan mereka itu, daripada kurnia Pemelihara kamu; dan kurnia Pemelihara kamu tidak terbatas.
17:21. Perhatikan bagaimana Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.
17:22. Janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:23. Pemelihara kamu tentukan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga herdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.
17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil."
17:25. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.
17:27. Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
17:28. Tetapi jika kamu berpaling daripada mereka, untuk inginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.
17:29. Dan janganlah buatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.
17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
17:34. Dan janganlah mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.
17:35. Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.
17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
17:37. Dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat pecah belahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.
17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu pilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia ambil untuk-Nya daripada para malaikat perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu ucapkan.
17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; tetapi ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka kata, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa mereka kata!
17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.
17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang,
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
17:47. Kami sangat-sangat tahu bagaimana mereka mendengarkannya, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka berbicara rahsia, apabila orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir."
17:48. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan.
17:49. Mereka berkata, "Apa, apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"
17:50. Katakanlah, "Jadilah kamu batu, atau besi,
17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih dahsyat menurut fikiran kamu!" Kemudian mereka berkata, "Siapakah yang akan kembalikan kami?" Katakanlah, "Dia yang memulakan kamu pada kali pertama." Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, "Bilakah ia?" Katakanlah, "Boleh jadi ia sudah dekat,
17:52. Pada hari Dia seru kamu, lalu kamu sahut dengan memuji-Nya, dan kamu sangka kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja."
17:53. dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
17:54. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu mengenai kamu; jika Dia hendaki, Dia kasihani kamu, atau jika Dia hendaki, Dia azab kamu. Kami tidak utus kamu jadi wakil kepada mereka.
17:55. Dan Pemelihara kamu sangat-sangat tahu semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah lebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian yang lain; dan kami beri Daud Zabur.
17:56. Katakanlah, "Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk menghilangkan mudarat daripada kamu, dan tidak juga untuk memindahkannya."
17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.
17:58. Tiadalah sesebuah bandaraya, melainkan Kami musnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.
17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.
17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.
17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"
17:62. Berkata, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau muliakan di atas aku - jika Engkau beri tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit."
17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!
17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.
17:65. "Sesungguhnya kepada hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa." Cukuplah Pemelihara kamu sebagai wakil.
17:66. Pemelihara kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu mencari pemberian-Nya; sesungguhnya Dia adalah Pengasih terhadap kamu.
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).
17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan buat darat telan kamu, atau utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu dapati tiada wakil bagi kamu?
17:69. Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan kembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia utuskan kepada kamu angin taufan, dan tenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu dapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?
17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.
17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
17:72. Dan sesiapa yang buta di sini jadi buta di akhirat, dan dia jadi lebih jauh sesat daripada jalan.
17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir goda kamu daripada apa yang Kami wahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan ambil kamu sebagai sahabat.
17:74. Dan sekiranya Kami tidak meneguhkan kamu, sungguh, kamu hampir cenderung sedikit kepada mereka dengan sesuatu.
17:75. Kemudian tentu Kami akan merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda daripada kematian; dan kemudian kamu tentu dapati tiada sesiapa yang menolong kamu terhadap Kami.
17:76. Sungguh, mereka hampir mengejutkan kamu daripada bumi, untuk keluarkan kamu darinya, dan kemudian mereka tidak akan tinggal di belakang kamu melainkan sebentar,
17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang Kami utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada perubahan pada sunnah Kami.
17:78. Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.
17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.
17:80. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkan bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku."
17:81. dan katakan, "Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap."
17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
17:83. Dan apabila Kami rahmati manusia, dia berpaling dan jauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia berputus asa.
17:84. Katakanlah, "Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan."
17:85. Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."
17:86. Jika Kami hendaki, Kami hilangkan apa yang Kami telah wahyukan kamu, kemudian kamu dapati tiada daripada itu untuk mewakili kamu terhadap Kami,
17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.
17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."
17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
17:90. Mereka berkata, "Kami tidak akan percayai kamu sehingga kamu pancarkan mata air daripada bumi untuk kami,
17:91. Atau, sehingga kamu mempunyai kebun (jannah) palma dan anggur, dan kamu jadikan sungai-sungai memancar berlimpah-limpah di celah-celahnya,
17:92. Atau, sehingga kamu jatuhkan langit, sebagaimana kamu dakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,
17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?"
17:94. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka melainkan mereka berkata, "Adakah Allah bangkitkan seorang manusia sebagai Rasul?"
17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul."
17:96. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi, antara aku dan kamu; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya."
17:97. Sesiapa Allah beri petunjuk, dia dapat petunjuk yang benar; dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan kumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami tambahkan bagi mereka yang Menyala.
17:98. Itu balasan mereka kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Apa, apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"
17:99. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang cipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia tentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
17:100. Katakanlah, "Jika kamu miliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut."
17:101. Dan Kami beri Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku sangka kamu orang yang kena sihir."
17:102. Berkata, "Sesungguhnya kamu tahu bahawa tiada yang turunkan ini semua melainkan Pemelihara langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku sangka kamu dibinasakan."
17:103. Dia hendak mengejutkan mereka daripada bumi; dan Kami tenggelamkan dia dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya.
17:104. Dan Kami berkata kepada Bani Israil selepas dia, "Tinggallah di bumi; dan apabila janji akhirat datang, Kami datangkan kamu sebagai khalayak ramai."
17:105. Dengan yang benar Kami turunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak utus kamu melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.
17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
17:108. Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'
17:109. Dan mereka jatuh di atas dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati mereka."
17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
17:111. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.