Surah 29
LABAH-LABAH BETINA
(69 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
29:1. Alif Lam Mim.
29:2. Adakah manusia sangka mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
29:3. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang sebelum mereka, dan sungguh, Allah tahu orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia tahu pendusta-pendusta.
29:4. Atau, adakah mereka sangka, orang-orang yang buat jahat, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka putuskan!
29:5. Sesiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Allah, tempoh Allah pasti datang; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
29:6. Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik daripada apa mereka buat.
29:8. Kami wasiatkan manusia supaya dia buat baik kepada ibu bapanya; tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan yang padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka; kepada Aku kamu kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa yang kamu buat.
29:9. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan masukkan mereka di kalangan orang-orang yang salih.
29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia buatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat-sangat tahu apa yang di dalam dada semua alam?
29:11. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang yang percaya, dan Dia tahu orang-orang munafik.
29:12. Berkata orang-orang tidak percaya kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul pelanggaran-pelanggaran kamu" padahal mereka tidak pikul pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.
29:14. Sesungguhnya Kami telah utus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir ambil mereka sedang mereka orang-orang zalim.
29:15. Namun begitu, Kami selamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.
29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
29:17. Kamu hanya sembah, selain daripada Allah, berhala-hala, dan kamu cipta fitnahan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
29:18. Tetapi, jika kamu dustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah dustakan; dan hanyalah atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."
29:19. Tidakkah mereka lihat bagaimana Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula? Sesungguhnya itu, bagi Allah mudah.
29:20. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana Dia memulakan ciptaan; kemudian Allah jadikan pertumbuhan akhir bertumbuh; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu,
29:21. Dengan mengazab siapa Dia hendaki, dan kasihani sesiapa Dia hendaki, dan kepada-Nya kamu akan dibalikkan.
29:22. Kamu tidak dapat mengandaskan-Nya di bumi dan tidak juga di langit, dan kamu tiada, selain daripada Allah, wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
29:23. Dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa daripada pengasihan-Ku, dan bagi mereka, azab yang pedih."
29:24. Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau bakarlah dia!" Kemudian Allah selamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
29:25. Dan berkata, "Kamu ambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia; kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan kamu laknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api, dan kamu tidak ada penolong-penolong."
29:26. Tetapi Lut percaya kepadanya; dan dia berkata, "Aku hijrah kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
29:27. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.
29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu datangkan dalam majlis kamu, yang mungkar?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan."
29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."
29:32. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat-sangat tahu siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."
29:33. Apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Lut, dia berasa susah terhadap mereka, dan dia berasa cemas untuk mereka; tetapi mereka berkata, "Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
29:34. Kami akan turunkan kepada penduduk bandaraya ini kemurkaan dari langit kerana mereka buat fasiq."
29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
29:37. Tetapi mereka dustakan dia; maka gempa bumi ambil mereka, dan pagi dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
29:39. Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami.
29:40. Masing-masing Kami ambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami utus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami buatkan bumi telan mereka, dan sebahagian Kami tenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
29:41. Persamaan orang-orang yang mengambil untuk mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Allah, ialah seperti persamaan labah-labah betina yang mengambil untuknya sebuah rumah; dan sesungguhnya yang paling lemah antara rumah-rumah ialah rumah labah-labah betina, jika mereka tahu.
29:42. Allah tahu apa sahaja benda yang mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
29:43. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia, dan tiadalah yang memahaminya melainkan orang-orang yang tahu.
29:44. Allah cipta langit dan bumi dengan yang benar; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang-orang mukmin.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang buat zalim; dan katakan, "Kami percaya kepada apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."
29:47. Begitulah Kami turunkan kepada kamu al-Kitab. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab percayainya; dan sebahagian mereka ini percayainya; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang tidak percaya (kafir).
29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.
29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.
29:50. Mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai.
29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."
29:53. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar.
29:54. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.
29:55. Pada hari azab menutupi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, "Rasalah apa kamu buat!"
29:56. Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu sembah!
29:57. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
29:59. Orang-orang yang sabar, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.
29:60. Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah beri rezeki untuknya dan kamu! Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
29:61. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi, dan tundukkan matahari dan bulan?" mereka akan berkata, "Allah." Maka bagaimanakah mereka dipalingkan?
29:62. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
29:63. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak faham.
29:64. Kehidupan dunia ini adalah tiada, melainkan satu hiburan dan satu permainan; sesungguhnya tempat kediaman akhir ialah Kehidupan, jika mereka tahu.
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
29:66. Kerana mereka tidak percaya (kafir) kepada apa yang kami beri mereka, dan mereka gembira; mereka pasti akan tahu!
29:67. Tidakkah mereka lihat bahawa Kami buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?
29:68. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia dustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?
29:69. Tetapi orang-orang yang berjihad untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik.