Asal Usul Ahl al-Kalam Dikelirukan
From: "Syamsul Amri" <mrmegneto@yahoo.co.uk>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Kamu sudah tersesat jauh, kembalilah kepangkal jalan, gunakkan akal bukan nafsu!
Date: Wednesday, January 18, 2006 12:21 PM
Asal Usul aliran Ingkari Sunnah (anti hadis):
Prof.Madya Dr.Shahrin MohammadFahaman anti-Hadis atau Ingkarul Sunnah di asaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher dapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di al Universiti Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."
Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia ajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran ! Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini tinggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.
Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.
<Dipadam>
Salamun alaikum,
Kandungan kajian seorang sarjana yang dikirim oleh seorang yang beranggapan sudah dapat petunjuk yang benar telah dipendekkan di sini dengan sebahagian daripadanya dipadam. Sebab ayat pertamanya sahaja sudah cukup untuk buat orang-orang yang berpengetahuan merasa kecewa.
Kecewa kerana penolakan hadis atau sunnah tidak diasaskan oleh Profesor tersebut. Adalah difahamkan bahawa golongan yang menolak hadis atau sunnah telah wujud sejak zaman al-Shafi'i lagi. Golongan tersebut yang berpegang hanya pada al-Qur'an dipanggil "ahl al-kalam". Demikianlah menurut seorang pengkaji dari Cambridge Middle East Studies bernama Daniel W. Brown yang menulis sebuah buku berjudul "Rethinking tradition in modern Islamic thought" (Cambridge University Press 1996).
Di halaman 8 buku tersebut, beliau mengisahkan dua golongan yang ditentang oleh Shafi'i. Petikan mengenainya adalah seperti berikut (kami mengasarkan sebahagian daripadanya):
"At least two approaches to sunna were represented among al-Shafi'i's contemporaries: one was the approach of the early legal schools with their "living tradition"; another was that of the speculative theologians, the ahl al-kalam, who rejected hadith altogether in favour of reliance on the Qur'an alone. Shafi'i engaged in extended polemics with both of these groups."
Selain daripada golongan ahli teologi spekulatif atau ahl al-kalam, yang menolak semua hadis untuk bergantung pada al-Qur'an sahaja, Shafi'i juga dikatakan berpolemik menentang golongan berfahaman "living tradition" iaitu yang dalam definasi sunnah mereka menggabungkan bukan sahaja hadis daripada Nabi tetapi juga pelbagai sumber lain termasuk teladan daripada para Sahabat Nabi, keputusan-keputusan para Khalifah, dan amalan-amalan yang sudah diterima ramai di kalangan pakar-pakar aliran fikiran berkenaan.
Fahaman tersebut bertentangan dengan pegangan Shafi'i yang menurutnya sunnah adalah hanya yang ditetapkan oleh Muhammad, iaitu dengan hadis sahih yang disusur-galur kepada Nabi sendiri.
Kedua-dua definasi sunnah yang berlainan itu dapat dibaca di halaman 7 buku yang disebut tadi.
Namun, bukan sejarah sunnah yang ingin ditegaskan di sini. Tapi hanya tentang adanya golongan yang menolak semua hadis pada zaman al-Shafi'i (m. 204H). Sayugia diingatkan iaitu beliau diakui tidak begitu tahu tentang kandungan al-Qur'an (sila rujuk artikel Debu dalam Suci).
Walaupun terdapat beberapa fahaman yang berbeza ketika itu, namun, kejernihan Islam terus menyinar, tidak seperti keadaan dewasa ini, yang keruh dan malap, setelah dicemari pelbagai gelaran dan kata-kata sumbang yang dilempar kepada orang-orang lain yang tidak sealiran.
Mengapa sumber rujukan bagi kajian sarjana di atas mengelirukan asal usul ahl al-kalam jadi tanda tanya. Begitu juga dengan kekeliruan atas kaitan dengan zionis. Kalaulah zionis yang mendalangi, seperti yang didakwa, mengapa pula mereka tidak menyuruh orang Islam kembali kepada al-Qur'an, sebagai ganti kepada hadis atau sunnah, serupa dilakukan oleh golongan ahl al-kalam atau anti-Hadis, iaitu gelaran sangat popular dewasa ini (selain kata 'sesat').
Apapun, kekeliruan yang bangkit daripada kata-kata dalam kajian sarjana tersebut amat menyedihkan, kerana selain membantutkan penyebaran ayat-ayat Allah di kalangan masyarakat Melayu khasnya, ia juga jadikannya laksana didustakan.
Kesedihan seakan sama dengan yang disebut Allah dalam firman berbunyi,
"Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal." (6:33)
Sebenarnya, bagi kami, penolakan hadis atau sunnah telah dirangsang oleh Allah sendiri. (Sila rujuk artikel Anti Hadis. Terima kasih.)
23 Januari 2006
Bacaan tambahan:
Ajaran
Yahudi dalam Islam
Ajaran
Islam daripada Bible
Sila lihat:
Asal Usul
Ahl al-Kalam Dikelirukan - Respon
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman