Karangan di bawah diterjemah daripada sebuah artikel bahasa Inggeris yang kami terima. Memandangkan teks asal yang agak panjang, maka terjemahan dipendekkan dengan memilih perenggan-perenggan yang relevan dengan tajuk sahaja. Teks asal yang lengkap dapat dibaca di halaman Islamic Teachings From The Bible.
Ayat-ayat Bible yang diterjemah di sini dipetik daripada AL-KITAB (bible Bahasa Melayu) yang diterima dan diakui oleh Konperensi Waligereja Indonesia, sementara ayat-ayat al-Qur'an daripada Bacaan.
Ajaran Islam daripada Bible
"Umat Islam" juga sedang mengamalkan kepercayaan Kristian yang sebahagian besarnya berasal dari Perjanjian Lama kitab Bible orang Kristian. Orang-orang Kristian dan Barat tidak perlu risau dengan "reaksionis" Islam atau sekarang yang lebih dalam ikut-ikutan ramai "teroris Islam". Orang-orang Barat boleh dan patut sebenarnya peluk saudara mereka umat Islam serta mengalu-alukan kami sebagai saudara dalam iman.
Agama yang diamalkan sebagai Islam dewasa ini sudah banyak berkembang sejak zaman Nabi Mohamed dan ia telah berubah dengan banyak dalam perjalanannya untuk sampai ke bentuk yang ada sekarang. Pada mulanya ia adalah Islam yang sangat sederhana yang diwahyukan kepada Nabi seperti yang terkurung dengan secukupnya di dalam hanya sebuah buku iaitu al-Quran.
Akan tetapi, disebabkan kerapatan dan pertalian yang sangat menyenangkan antara orang-orang Islam yang awal dengan orang-orang Kristian dahulu, maka banyak kepercayaan daripada agama Kristian yang boleh diterima telah dicampurkan kepada Islam.
Hari ini, apa yang dianggap sebagai sebahagian daripada Islam seperti menutup kepala bagi kaum perempuan, yang telah jadi perkara yang banyak dibincangkan di Barat, adalah sebenarnya tidak didapati di dalam buku suci orang Islam, al-Quran. Maka ia adalah bukan sebahagian daripada ajaran asal Nabi Mohamed. Sebaliknya ia diambil daripada Bible orang Kristian dan digabungkan ke dalam agama sebab kita anggap ia sebagai satu kepercayaan yang boleh diterima.
Serupa dengan banyak daripada kepercayaan yang dianggap Islam adalah sebenarnya berasal dari kitab-kitab Yahudi dan kitab-kitab Kristian. Ini berlaku selepas zaman Nabi Mohamed. Ini hanya kerana selepas Nabi Mohamed ramai sarjana Islam adalah pemeluk dari agama Kristian, Zoroaster (agama orang Parsi - penterjemah) dan Yahudi. Agama telah tidak diguna untuk memisahkan tetapi sebagai ganti para sarjana dan doktor cuba mencari titik persamaan di antara mereka. Justeru, mereka dibenarkan untuk menggabungkan kepercayaan lama mereka dari Kristian dan Yahudi ke dalam Islam. Berlarutan sehingga apa yang diamalkan 'Islam' hari ini sering merupakan penyataan dengan jelas, kata demi kata, daripada Bible Kristian dan kitab Yahudi. Tiada satu pun daripada ajaran Bible ini diketahui oleh Nabi Mohamed dan ia tidak dapat dijumpai di dalam al-Quran sama sekali, namun saya berasa gembira beritahu anda bahawa para sarjana Islam adalah sebulat suara dalam menerima kepercayaan-kepercayaan ini sebagai sebahagian daripada agama kita pada hari ini.
Oleh yang demikian, amalan kita seperti menutup kepala bagi kaum perempuan tidak sepatutnya menimbulkan perbalahan langsung. Selain daripada menutup kepala bagi perempuan, amalan-amalan kita yang lain seperti:
ii. khatan bagi lelaki
iii. hukuman melempar batu sehingga mati untuk zina
iv. hukuman melempar batu sehingga mati untuk murtad
v. menyimpan janggut untuk lelaki
vi. pengharaman ke atas banyak daripada makanan
vii. kepercayaan menggantung tulisan-tulisan suci di dinding
viii. kepercayaan bahawa perempuan dicipta daripada lelaki
ix. pungutan zakatx. hukum melarang imej yang terukir seperti patung, ukiran dan lain-lain yang melambangkan bentuk mausia dan haiwan hidup
xi. hukum agama bahawa rohani perempuan dalam haid adalah kotor
xii. sebutan restu "Amin" yang jadi ritual di masjid-masjid
xiii. konsep "aqidah" sebagai iman
xiv. korban haiwan "aqiqah" untuk kelahiran anak-anakxv. perayaan Aidilfitri setelah tamat Ramadan,
adalah semuanya berasal dari kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Senarai ini adalah hanya permulaan. Ia tidak lengkap. Kepercayaan-kepercayaan ini tidak dapat dijumpai di mana-mana di dalam al-Qur'an, yang sebenarnya merupakan yang terawal dan satu-satunya ajaran Nabi Muhammad. Akan tetapi ajaran-ajaran ini dapat dijumpai dengan secara tepat di dalam Bible Kristian dan kitab-kitab Yahudi.
Kerana itu Barat yang Kristian seharusnya menghargai daya toleransi yang tinggi dalam penyerapan oleh sarjana-sarjana yang awal dan generasi-generasi umat Islam, kebanyakannya pemeluk yang asalnya Kristian dan Yahudi, bahawa mereka mampu membawa bersama mereka spektrum yang luas kepercayaan-kepercayaan Kristian dan Yahudi yang diterima dan diamal sebagai sebahagian daripada Islam oleh orang-orang Islam pada hari ini. Dengan itu adalah tidak perlu bagi dunia Barat yang Kristian atau Yahudi-Kristian untuk menjadi khuatir terhadap Islam.
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menyedarkan Barat yang Kristian dan juga umat Islam mengenai warisan kita yang sama yang seharusnya mengikat kita bukan menceraikan kita.
Saya ingin memulakan dengan isu pemakaian tudung kepala bagi kaum wanita. Berdasarkan kejadian-kejadian selepas 11 September, isu ini sering ditonjolkan di media Barat membabitkan murid-murid perempuan Islam dilarang memakai tudung kepala di negeri Perancis dan di tempat lain.
1. Tudung kepala bagi wanita berasal dari Bible
Seperti yang sudah saya maklumkan, pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah bukan sebahagian daripada ajaran Nabi dan tidak didapati di dalam al-Quran. Ia adalah suatu kepercayaan dan amalan yang diambil oleh sarjana-sarjana Islam yang awal daripada kitab Bible Kristian. Sekali lagi ini menunjukkan dengan jelas toleransi yang tinggi dalam penerimaan oleh sarjana-sarjana Islam dan umat Islam terhadap ajaran yang diambil daripada Bible Kristian.
Pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah daripada kitab Bible, 1 Korintus, Bab 11:
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?
Maka perintah untuk wanita supaya menutup kepala mereka adalah daripada Bible. Kepercayaan ini telah resap ke dalam kepercayaan Islam dan sekarang jadi perkara yang mesti dalam amalan Islam hari ini. Barat didapati tiada masalah dengan Katholik yang meletakkan tudung kepala kepada para biarawati. Tentu sekali Mother Theresa tidak dianggap seorang teroris atas sebab kebiasaan biarawatinya. Di Eropah hari ini sekolah-sekolah Katholik masih menggalakkan kanak-kanak perempuan yang muda untuk memakai tudung kepala Katholik.
Malangnya, dengan berselindung di belakang kemodenan, sebahagian besar orang-orang Kristian sendiri tidak ikut ajaran Bible - sebahagian besar daripada kaum wanita kristian tidak menutup kepala. Oleh itu, umat Islamlah yang jadi Kristian yang baik sebab mereka menjunjung ajaran Bible ini. Seperti yang telah saya katakan, menutup kepala bagi wanita tidak didapati di dalam al-Quran.
2. Khatan juga berasal dari Bible
Orang-orang Islam sunni dan syiah percaya bahawa berkhatan adalah sebahagian daripada kepercayaan mereka dan mengamalkan pengkhatanan dengan seluasnya. Yang benar adalah Tuhan dan Nabi tidak pernah suruh mengkhatan sesiapa jua. Tuhan menyatakan iaitu Dia telah cipta manusia dengan bentuk yang amat baik:
[Koran : Surah 40:64] "Allah yang buatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan (amat) baik, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam."
Sesungguhnya Tuhan telah cipta kita dengan sempurna - termasuk kulit khatan pada lelaki. Adalah tidak perlu bagi manusia untuk membaiki lagi ciptaan Tuhan - walaupun sebagai pilihan atau satu penggunaan dalam kuasa memilih.
Tetapi dari mana datang kepercayaan Islam pada khatan? Sekali lagi jawapannya terletak di dalam Bible. Perjanjian Penyunatan di dalam Bible menyatakan:
[Kej 17:14] Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.
[Kej 17:24] Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.
Inilah Perjanjian Penyunatan. Kemudian orang-orang Islam dapati kepercayaan ini boleh diterima dan telah menggabungkannya kepada amalan Islam mereka. Lagi, ini menunjukkan persamaan yang banyak antara Islam dan Kristian dan buktikan toleransi Islam dengan menyerapkan ajaran-ajaran Kristian dan nilai-nilai daripada Bible.
Ia adalah ikut-ikutan sekarang bagi orang-orang Barat Kristian untuk bangkitkan kerisauan terhadap apa yang dikatakan 'Negara Islam'. Mereka sepatutnya tidak rasa takut. Selalunya apa yang dilakukan oleh negara-negara Islam ini hanya melaksanakan tiada lebih daripada apa yang sedia ada di dalam Bible Kristian. Selalunya semua ajaran dan kepercayaan untuk negara Islam terutamanya Undang-Undang Syariah adalah keseluruhannya berdasarkan ajaran-ajaran Bible yang awal. Mereka tidak didapati langsung di dalam al-Quran, justeru tidak jadi sebahagian daripada ajaran Nabi. Sesebuah Negara Islam di bawah Undang-Undang Syariah adalah satu eufemisme untuk Teokrasi Bible. Ini mencerminkan toleransi dalam iman orang Islam untuk menerima dan menggabungkan ajaran-ajaran Bible ke dalam Islam.
Tudung kepala untuk perempuan, khatan untuk mualaf dan kepercayaan-kepercayaan lain adalah kesemuanya dipinjam daripada Bible Kristian. Apa yang berlaku adalah pada masa lampau idea-idea daripada teks agama Yahudi dan Kristian telah mempengaruhi kepercayaan orang Islam. Sebenarnya ini terlebih dahulu telah diberitahu di dalam al-Quran:
[Al-Imran 3:100] Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.
[Al-Imran 3:101] Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
Tuhan dan Nabi datangkan al-Quran kepada seluruh umat. Namun ia adalah pujian kepada toleransi yang tinggi dan kefahaman Islam bahawa umat Islam telah mengambil ajaran-ajaran Bible. Keghairahan untuk menubuhkan Negara Islam adalah tiada lebih selain menubuh Teokrasi Bible sahaja. Biarlah Kerajaan Tuhan datang.
3. Undang-Undang Syariah dipetik daripada Bible: hukuman bagi zina
Kes-kes melempar batu ke atas perempuan sehingga mati kerana zina akhir-akhir ini di Afghanistan, Pakistan dan Nigeria adalah undang-undang bukan daripada al-Quran. Tuhan dan Nabi tidak pernah ajar orang-orang Islam melempar batu sehingga mati kepada sesiapa sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Syariah. Perkataan Undang-Undang Syariah tidak pun disebut di dalam al-Quran. Sebenarnya undang-undang melempar batu sehingga mati sebagai hukuman bagi zina dipetik daripada Bible. Ia tidak terdapat di dalam al-Quran dan tidak jadi sebahagian daripada ajaran Nabi yang awal.
Bible menyatakan dengan jelas:
[Ul 22:20-21] Tetapi jika tuduhan itu benar dan tidak didapati tanda-tanda keperawanan pada si gadis, maka haruslah si gadis dibawa ke luar ke depan pintu rumah ayahnya, dan orang-orang sekotanya haruslah melepari dia dengan batu, sehingga mati - sebab dia telah menodai orang Israel dengan bersundal di rumah ayahnya. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
Ini adalah juga Undang-Undang Syariah orang-orang Islam hari ini.
[Ul 22:22] Apabila seseorang kedapatan tidur dengan seorang perempuan yang bersuami, maka haruslah keduanya dibunuh mati: laki-laki yang telah tidur dengan perempuan itu dan perempuan itu juga. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari antara orang Israel.
[Ul 22:23-24] Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan - jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia, maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
Maka undang-undang melempar batu ke atas manusia sehingga mati adalah menurut Bible yang telah diterima oleh orang-orang Islam yang datang selepas Nabi sebagai tanda toleransi yang tinggi dalam Islam untuk menyerap dan menegakkan ajaran-ajaran Bible. Orang-orang Barat Kristian tidak seharusnya merasa meluat terhadap orang-orang Islam kerana menegakkan undang-undang Bible.
[Im 20:10] Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzinah dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu.
Ini adalah daripada Bible juga. Undang-Undang Syariah Islam datang dari kitab Bible. Apa kata al-Qur'an?
[an-Nur 24:2] Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.
Sudah tentu al-Quran tetapkan satu hukuman bagi zina. Tetapi hukuman yang ditetapkan adalah sebatan sebanyak 100 kali. Al-Quran tidak menyebut gaya dan kehebatan lalu meninggalkannya kepada pertimbangan wajar generasi-generai manusia yang akan datang.
4. Undang-Undang Syariah daripada Bible - hukuman untuk murtad
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menjamin kebebasan beragama. Hak itu juga dijamin di dalam al-Quran. Tuhan dan Nabi menjamin semua manusia bahawa mereka mempunyai hak untuk percaya atau tidak percaya seperti yang mereka pilih. Tiada seorang pun mempunyai hak untuk menafikan seseorang daripada haknya dalam kebebasan beragama. Akan tetapi manusia akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dia pilih untuk dipercayai.
Ajaran Bible, sebaliknya, mengatakan sesiapa yang mengkufuri atau jadi murtad dari kepercayaannya harus dihukum mati. Yang berikut adalah jelas daripada Bible:
Imamat 24:16
Siapa yang menghujat nama TUHAN, pastilah ia dihukum mati dan dilontari dengan batu oleh seluruh jemaah itu. Baik orang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama TUHAN, haruslah dihukum mati.
Termasuk antara mereka yang harus dihukum mati ialah yang membawa ajaran bertentangan dengan kepercayaan yang sudah diterima atau yang menganjurkan pertukaran agama. Ini termasuk mereka yang menyimpang. Bible menghukum mereka dengan hukuman mati seperti berikut:
Ulangan 13:5
Nabi atau pemimpi itu haruslah dihukum mati, karena ia telah mengajak murtad terhadap TUHAN, Allahmu, yang telah membawa kamu keluar dari tanah Mesir dan yang menebus kau dari rumah perbudakan - dengan maksud untuk menyesatkan engkau dari jalan yang diperintah TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk dijalani. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.Ulangan 13:6
Apabila saudaramu laki-laki, anak ibumu, atau anakmu laki-laki atau anakmu perempuan atau isterimu sendiri atau sahabat karibmu bujuk engkau diam-diam, katanya: Mari kita berbakti kepada allah lain yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu,Ulangan 13:7
salah satu allah bangsa-bangsa sekelilingmu, baik yang dekat kepadamu maupun yang jauh dari padamu, dari ujung bumi ke ujung bumi,Ulangan 13:8
maka janganlah engkau mengalah kepadanya dan janganlah mendengarkan dia. Janganlah engkau merasa sayang kepadanya, janganlah mengasihani dia dan janganlah menutupi salahnya,Ulangan 13:9
tetapi bunuhlah dia! Pertama-tama tanganmu sendirilah yang bergerak untuk membunuh dia, kemudian seluruh rakyat.Ulangan 13:10
Engkau harus melempari dia dengan batu, sehingga mati, karena ia telah berikhtiar sesatkan engkau dari pada TUHAN, Allahmu, yang telah membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari rumah perbudakan.
Sekali lagi, ia adalah toleransi yang tinggi dan sifat fleksible Islam hari ini bahawa ajaran-ajaran Bible ini telah diserap dan diamalakan sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Syariah. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, seseorang Muslim yang menukar agamanya, percaya kepada agama lain ataupun yang mengamal kepercayaan berlainan daripada aliran utama boleh dihukum mati. Di bawah Undang-Undang Syariah sesiapa yang menukar agamanya harus dihukum mati. Sungguhpun ini bukan sebahagian daripada ajaran Nabi di dalam al-Qur'an, orang-orang Islam dewasa ini telah menyerapkan ajaran seperti itu daripada Bible Kristian untuk menunjukkan kedekatan dengan kepercayaan Kristian. Oleh itu tidak seharusnya ada sebab untuk bezakan Islam dengan Barat yang Kristian. Kita mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain.
Nabi, tidak diragukan, telah ajar kita di dalam al-Quran bahawa seseorang mempunyai kebebasan untuk percaya atau tidak percaya seperti yang dia pilih. Al-Quran adalah amat jelas:
[4:137] Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan.
Percaya diikuti dengan tidak percaya diikuti dengan percaya dan sekali lagi diikuti dengan tidak percaya dan lagi tidak percaya adalah soal pilihan. Tuhan akan memutuskan tindakan yang paling baik ke atas individu dengan pilihan kepercayaannya. Tidak ada hukuman di dunia yang ditetapkan di dalam al-Quran bagi mereka yang percaya atau tidak percaya.
Senarainya amat panjang. Saya tidak akan membebankan anda dan ambil masa anda yang berharga dengan banyak. Hanya untuk beri anda gambaran yang ringkas lagi padat, saya akan senaraikan beberapa kepercayaan lain yang diamalkan oleh orang-orang Islam hari ini yang tidak didapati di dalam al-Quran tetapi diambil daripada Bible Kristian. Malangnya kerana kejahilan umum umat dan juga orang-orang Kristian biasa, kepercayaan-kepercayaan ini telah dimanipulasikan oleh sesetengah orang yang bijak sebagai dalih untuk menimbulkan perselisihan di antara Barat dengan Islam.
5. Pemusnahan patung-patung di Bamiyan oleh Taliban
Kita semua ingat kepada keributan apabila golongan Taliban musnahkan barang purba yang tidak ternilai di Bamiyan. Beselindung di belakang agama, golongan Taliban mendesak, dengan betul, bahawa patung-patung Buddha adalah berhala dan harus dimusnahkan. Golongan Taliban bertindak atas dasar kepercayaan Islam yang sebenarnya telah diserapkan daripada Bible Kristian. Nabi tidak pernah ajar orang-orang Islam di dalam al-Quran bahawa patung-patung harus dimusnahkan. Akan tetapi ia adalah ajaran Bible bahawa imej-imej yang terukir harus dimusnahkan.
Ulangan 27
15 Terkutuklah orang yang buat patung pahatan atau patung tuangan, suatu kekejian bagi TUHAN, buatan tangan seorang tukang dan yang mendirikannya dengan sembunyi.Ulangan 4
16 supaya jangan kamu berlaku busuk dengan membuat bagimu patung yang menyerupai berhala apapun: yang berbentuk laki-laki atau perempuan; 17 yang berbentuk binatang yang di bumi, atau berbentuk burung bersayap yang terbang di udara, 18 atau berbentuk binatang yang merayap di bumi, atau berbentuk ikan yang ada di dalam air di bawah bumi;
Orang-orang Islam telah menyerapkan ajaran-ajaran Bible ini yang melarang buat imej-imej yang diukir daripada batu dan benda lain. Sekali lagi ini mencerminkan keupayaan yang sangat besar pada Islam untuk mentoleransi dan belajar daripada Bible Kristian. Al-Quran tidak menyebut di mana-mana bahawa patung atau imej yang terukir adalah dilarang atau mereka harus dimusnahkan. Orang Barat Kristian haruslah bertanggungjawab atas kebenaran ini dan beri pujian yang patut kepada Islam kerana beri nafas baru kepada ajaran Bible. Kedekatan Islam dengan Bible adalah lebih mendalam daripada apa yang Barat Kristian ingin mengakui.
6. Berjanggut bagi lelaki
Orang Barat Kristian juga telah terganggu dengan amalan Islam apabila kaum lelaki menyimpan janggut. Selepas kejadian 11 Septemeber, ramai lelaki Islam yang berjanggut telah jadi perkara untuk disyaki dan diperiksa terus oleh polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain di seluruh Barat.
Ini adalah lagi bukan ajaran Nabi atau al-Quran. Sebaliknya menyimpan janggut untuk lelaki juga diambil daripada Bible Kristian. Islam telah merasakan sesuai bahawa lelaki Islam patut menegakkan amalan agama ini daripada Bible. Bible Kristian buatkannya jelas:
Imamat 19
27 Janganlah kamu mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi janggutmu.Imamat 21
5 Janganlah mereka menggundul sebagian kepalanya, dan janganlah mereka mencukur tepi janggutnya, dan janganlah mereka menggoresi kulit tubuhnya2 Samuel 10
5 Hal ini diberitahukan kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat dipermalukan. Raja berkata: "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu tumbuh, kemudian datanglah kembali."
Oleh itu, golongan Taliban tidak mengadakan sesuatu yang baru apabila mereka mendesak kaum lelaki supaya berjanggut. Ajaran seperti itu didapati di dalam Bible Kristian. Tidak syak lagi Nabi dan al-Quran tidak menyebut mengenai menyimpan janggut bagi lelaki tetapi kerana perkembangan Islam selepas Nabi yang jadi bukti kepada kebesaran Islam sebagai sebuah agama yang telah menyerapkan banyak daripada jirannya, terutamanya Bible Kristian dan kitab-kitab Yahudi.
Sarjana-sarjana Islam pada masa lampau telah dengan sendiri membahas sama ada orang-orang Islam harus terus menegakkan ajaran-ajaran Bible yang tidak didapati di dalam Quran mereka. Sesungguhnya mereka terikat dengan sekatan-sekatan di dalam al-Quran yang sama jelas:
[Quran 2:120] Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
Orang-orang Islam diberitahu di dalam al-Quran iaitu mereka tidak seharusnya ikut jalan orang-orang Kristian dan Yahudi. Meskipun ada amaran tersebut, ia adalah risiko mereka yang tinggi, suka menepuh bahaya dan cabaran bertoleransi sehingga sarjana-sarjana Islam buat keputusan untuk terus menerima dan mengamal ajaran-ajaran Bible Kristian.
Al-Quran sangat jelas menunjukkan orang-orang Islam tidak seharusnya ikut orang-orang Kristian atau Yahudi:
[3:100] Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.
[3:101] Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
Risiko ikut Bible Kristian disebatikan di dalam ajaran al-Quran yang berikut:
[Quran 3:69] Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.
[Quran 3:70] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu sendiri saksikan ?
[Quran 3:71] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?
Walaupun wujud amaran-amaran serupa itu, namun sarjana-sarjana Islam, atas kepentingan untuk mengekalkan harmoni dan kedamaian dengan saudara dan saudari Kristian mereka telah memutuskan bahawa ajaran-ajaran Bible diterima dan harus dipegang dengan kuat oleh orang-orang Islam yang baik. Oleh yang demikian, ketakutan orang-orang Barat Kristian adalah tidak bertempat dan tidak berasas.
Diterjemah oleh,
Penulis
Bacaan
4 Oktober 2004
Download
artikel ini
(MsWord 2000, 9 muka surat, dizip)
Artikel-artikel lain
yang berkaitan:
Ajaran
Yahudi dalam Islam
Hanya al-Qur'an untuk
Islam?
Hadith plagiarized from
the Bible
Debunking the Bukhari hadith myth
Artikel
/ English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman