Tudung Kepala - Kajian Lanjut

 

From: notootaksub
To: "pengurus laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Tudung kepala
Date: Tuesday, June 07, 2005 7:52 PM

Salamualaikum,

Saya ingin beri pendapat mengenai tudung kepala:

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung

Ramai yang beranggapan bahawa ayat diatas adalah meminta semua wanita menutup aurat dengan memakai tudung kepala. Puas saya cari perkataan yang menyebut rambut atau kepala atau tutup di dalam ayat diatas tapi tidak dijumpa. Apakah perkataan rambut , kepala atau tutup tiada dalam bahasa arab atau di dalam Al Quran?

Sesungguhnya terdapat ayat-ayat Tuhan yang ada menyebut perkataan rambut dan kepala, diantaranya:

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat. 

16:80. Dan Allah buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.

Mengenai Kepala sila rujuk

2:196, 5:6, 7:150, 12:36, 12:41, 14:43

Mengenai Tutup sila rujuk

10:27, 14:50, 24:40, 33:19, 20:78

Mengenai Tudung sila rujuk

18:101, 41:5

Apakah mereka fikir Tuhan itu kehabisan ayat? maka mereka tersilap;

18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu."

Atau adakah mereka dengan sengaja memandai-mandai mengubah ayat Tuhan?

2:75. Adakah kamu sangat inginkan bahawa mereka akan percayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.

Entahlah, tepuk dada tanya selera.

Terima kasih


Salamun alaikum.

Tentu mereka yang mencari-cari bukti selanjutnya atas amalan tidak memakai tudung kepala bagi para wanita berasa gembira dengan kajian yang dibuat oleh pengirim surat di atas. Kepada beliau diucapkan ribuan terima kasih.

8 Jun 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman