Surah 12
YUSUF
(111 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
12:2. Kami turunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
12:3. Kami ceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.
12:4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, "Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya."
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia ajar kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."
12:7. Pada Yusuf dan saudara-saudaranya adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang bertanya.
12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.
12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih."
12:10. Seorang daripada mereka berkata, "Tidak, jangan bunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu lakukan."
12:11. Mereka berkata, "Ayah, apakah sebabnya kamu tidak percayai kami dengan Yusuf? Sesungguhnya kami penasihat-penasihatnya.
12:12. Utuslah dia bersama kami esok untuk bersuka-suka dan bermain-main, dan sungguh, kami akan menjaganya."
12:13. Dia berkata, "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya."
12:14. Mereka berkata, "Jika serigala makan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah orang-orang yang rugi!"
12:15. Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami wahyukannya, "Kamu akan beritahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak sedar."
12:16. Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu isyak; mereka menangis.
12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."
12:18. Dan mereka datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan."
12:19. Kemudian datang pengembara-pengembara, dan mereka utus seorang daripada mereka, seorang pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda." Maka mereka rahsiakan dia sebagai barang dagangan; dan Allah tahu apa mereka buat.
12:20. Kemudian mereka menjualnya dengan harga yang murah, beberapa dirham yang dihitung, kerana mereka tidak menghargainya.
12:21. Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia untuk anak sendiri." Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi, dan supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
12:22. Dan apabila dia dewasa, kami beri dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
12:23. Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah beri aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.
12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka dapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, "Apakah balasan bagi orang yang hendakkan kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"
12:26. Berkata (Yusuf), "Dia yang goda diriku"; dan seorang saksi daripada keluarganya saksikan, "Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia (perempuan) telah berkata benar, dan dia termasuk orang-orang yang dusta,
12:27. Tetapi jika bajunya dikoyakkan daripada belakang, maka dia telah berdusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang benar."
12:28. Apabila dia lihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, "Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar.
12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu (perempuan) mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."
12:30. Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata."
12:31. Apabila dia dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."
12:32. Berkata, "Inilah dia yang kamu cela aku dengannya. Benar, aku telah goda diri dia, tetapi dia tolak. Dan jika dia tidak buat apa yang aku perintahkan, dia akan dipenjara, dan jadi antara orang-orang direndahkan."
12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara orang-orang bodoh."
12:34. Maka Pemeliharanya menyahutnya, dan Dia palingkan daripadanya muslihat mereka; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
12:35. Kemudian nyatalah bagi mereka, setelah mereka melihat ayat-ayat, bahawa mereka patut penjarakannya untuk satu waktu.
12:36. Dan masuk penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, "Aku lihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang lain, "Aku lihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."
12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.
12:38. Dan aku ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.
12:39. Manakah yang lebih baik, wahai rakan-rakanku yang sepenjara, banyak pemelihara yang berselisih, atau Allah Yang Satu, Yang Menakluki?
12:40. Apa kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri namakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia perintahkan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu minta keputusan kepadaku."
12:42. Kemudian dia berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:43. Dan raja berkata, "Aku lihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus makan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi."
12:44. Mereka berkata, "Mimpi yang dicampur baur, dan kami tidak tahu langsung interpretasi mimpi."
12:45. Kemudian berkata orang yang telah diselamatkan, teringat setelah beberapa umat, "Aku sendiri akan beritahu kamu interpretasinya; maka utuslah aku."
12:46. "Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus makan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka tahu."
12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.
12:48. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang makan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
12:49. Kemudian sesudah itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."
12:50. Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, 'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka."
12:51. Dia berkata, "Apakah urusan kamu apabila kamu goda diri Yusuf?" Mereka berkata, "Dijauhkan Allah! Kami tidak tahu kejahatan padanya." Isteri al-aziz berkata, "Sekarang yang benar akhirnya jadi nyata; aku goda dirinya; dialah orang yang benar.
12:52. Itu, supaya dia tahu bahawa aku tidak khianatinya secara rahsia, dan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada muslihat pengkhianat-pengkhianat.
12:53. Dan aku tidak kata bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku kasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."
12:54. Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan dekatkannya dengan diriku." Kemudian, apabila dia telah berkata-kata dengannya, dia berkata, "Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami."
12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."
12:56. Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia hendaki, dan Kami tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
12:57. Namun begitu, upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.
12:58. Dan saudara-saudara Yusuf datang, dan mereka masuk kepadanya, dan dia kenal mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya.
12:59. Apabila dia sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?
12:60. Tetapi jika kamu tidak datangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu mendekatiku."
12:61. Mereka berkata, "Kami akan memujuknya daripada bapa kami; itu kami akan buat."
12:62. Berkata kepada budak-budak suruhannya, "Letakkan barang-barang mereka ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka kenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka, supaya mereka kembali."
12:63. Maka, apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami dapat sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya."
12:64. Dia berkata, "Dan adakah aku akan percayai kamu kepadanya seperti aku percayai kamu kepada saudaranya dahulu? Maka Allah adalah penjaga yang paling baik, dan Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."
12:66. Berkata, "Aku tidak akan utuskannya bersama kamu sehingga kamu beri aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan datangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka sudah beri janji mereka, dia berkata, "Allah jadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."
12:67. Dan berkata, "Wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari pintu-pintu yang berlainan. Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikit pun terhadap Allah; putusan hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal."
12:68. Dan apabila mereka masuk dari arah yang bapa mereka perintahkan mereka, walaupun ia tidak berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah, tetapi ia adalah satu hajat di dalam jiwa Yaakub yang dia hendak tunaikan. Sesungguhnya dia mempunyai suatu pengetahuan kerana apa yang Kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
12:69. Dan apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil saudaranya kepadanya. Berkata, "Aku saudara kamu; maka jangan kamu dukacita terhadap apa mereka buat."
12:70. Kemudian, apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"
12:71. Mereka berkata, sambil mendekati mereka, "Apakah yang kamu hilang?"
12:72. Mereka berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan dapat beban seekor unta; itu aku jamin."
12:73. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tahu bahawa kami tidak datang untuk buat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."
12:74. Mereka berkata, "Apakah balasannya jika kamu pendusta-pendusta?"
12:75. Mereka berkata, "Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami balas orang-orang zalim."
12:76. Maka dia mulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia keluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami buat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh ambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah hendak. Sesiapa Kami hendaki, Kami naikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang tahu.
12:77. Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf rahsiakan di dalam dirinya, dan tidak nampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat-sangat tahu apa yang kamu terangkan."
12:78. Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."
12:79. Berkata, "Allah tegah bahawa kami patut ambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami dapati barang kami padanya, kerana jika kami buat demikian, tentulah kami jadi orang-orang zalim."
12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu sia-siakan Yusuf? Aku tidak akan tinggalkan bumi ini sehingga ayahku izinkan aku, atau Allah hakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.
12:81. Kembalilah kamu semua kepada bapa kamu, dan katakan, 'Ayah, anak kamu telah mencuri; kami tidak saksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukanlah penjaga yang ghaib.
12:82. Tanyalah bandaraya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'"
12:83. Dia berkata, "Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."
12:84. Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!" Dan kedua-dua matanya jadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya.
12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan jadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."
12:86. Berkata, "Aku mengadu penderitaanku dan kesedihanku kepada Allah; aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.
12:87. Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum tidak percaya (kafir)."
12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz, mudarat telah sentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah balas orang-orang yang bersedekah."
12:89. Berkata, "Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"
12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik."
12:91. Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih suka kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."
12:92. Berkata, "Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah ampunkan kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.
12:93. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lempar ia kepada muka ayahku, dan dia akan peroleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya."
12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku dapati bau Yusuf, melainkan kamu tuduh aku nyanyuk."
12:95. Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."
12:96. Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan lemparkan ke mukanya, dia kembali (murtad) dapat melihat. Berkata, "Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"
12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."
12:98. Berkata, "Sungguh, aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih."
12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil kedua ibu bapanya kepadanya, dengan berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah hendaki, dalam keadaan aman."
12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
12:102. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu, dan kamu tidak berada dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan mereka, dengan membuat tipu daya.
12:103. Walaupun kamu sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai).
12:104. Kamu tidak minta upah untuknya; ia tidak lain hanya peringatan bagi semua alam.
12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan berpaling daripadanya!
12:106. Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya.
12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?
12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan."
12:109. Kami tidak utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami wahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandaraya-bandaraya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
12:110. Sehingga, apabila Rasul-Rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta, pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa Kami hendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.
12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang empunya minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.