Bukan anak Nabi Nuh?

 

From: "ramlan hamzah"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Anak nabiNuh bukan anaknya?
Date: Monday, March 28, 2005 9:54 AM

Salamunalaikum saudara,

Bertemu kembali dalam ruangan tulislah ini.... Semoga diri saya sekeluarga dan diri saudara sekeluarga di dalam rahmat Allah. 

Baru-baru ini semasa saya surfing pada laman free-minds org, saya terjumpa beberapa artikel yang menarik. Satu dari artikel tersebut ialah berkenaan dengan anak nabi Allah Nuh. Selepas saya membaca artikel tersebut, barulah saya sedari dan tahu bahawa mengapa anak nabi Nuh ingkar kepada Allah swt. Pada awal dahulu saya sering fikirkan bagaimana anak seorang nabi tidak dapat dididik oleh nabi sendiri, maka timbullah pemikiran negatif saya bahawa nabi Nuh mungkin sibuk berdakwah kepada orang lain lalu tertinggal keluarga sendiri, khususnya anaknya sendiri yang sudah tentu merupakan tanggungjawab bapa untuk membentuk dan mendidiknya. Tetapi selepas saya membaca artikel tersebut barulah saya insaf dan sedari tentang mengapa anak nabi Nuh itu ingkar pada ayahnya. Rupa-rupanya, mengikut penafsiran ayat tersebut dapati bahawa kemungkinan sekali anak nabi Nuh itu adalah hasil perhubungan haram isteri nabi Nuh dengan orang lain. Harap tuan dapat beri sedikit ulasan berkaitan dengan artikel ini. 

Lampiran artikel :

Noah's Son

One of the interesting issues covered in Shahroor's book is the examination of the story of Noah and unmasking of some elements that had been misunderstood by people for some time.

The issue under review here is PROOF from the Quran, that Noah's son who died in the flood was in-fact NOT his son!.

GOD say's in the Quran that He promised Noah that all his family will be saved, with the exception of those mentioned beforehand (Noah's wife), as well as all the believers:

"We then inspired him: 'Make the craft under our watchful eyes, and in accordance with our inspiration. When our command comes, and the atmosphere boils up, put on it a pair of every kind, and YOUR FAMILY, except those condemned to be doomed..." (27/23)

"...We said: 'carry two from each AND your family, except who We have mentioned beforehand, AND THOSE WHO BELIEVED, although those who believed were few" (11/40)

Yet, when the flood came, Noah was imploring his son to ride the Ark with them:

"As it sailed with them in waves like mountains, Noah called his son, who was isolated: 'O my son, come ride with us; do not be with the disbelievers." (11/42)

But Noah's son refused to ride the Ark and he was drowned (11/43).

Now, what is interesting is that GOD has told Noah who will NOT go from his family and in 11/37 GOD tells Noah: "DO NOT ARGUE WITH ME ABOUT THE TRANSGRESSORS".

Yet, in 11/45 Noah ARGUES with GOD regarding his son saying: 

"Noah implored his Lord: "My Lord, my son is a member of my family, and YOUR PROMISE IS THE TRUTH. You are the wisest of the wise." (11/45)

But to Noah's surprise, the answer from GOD was:

"He said, "O Noah, HE IS NOT OF YOUR FAMILY, HE IS AN IMPROPER ACT. It is unrighteous to ask Me for something you do not know. I enlighten you, lest you be like the ignorant." (11/46)

WHAM! Comes the truth from the Lord, that the person Noah thought was his son, was in-fact a "love child" who did not fall under: (a) Noah's family (except those aforementioned), NOR (b) the believers. 

Remember Noah's wife?:

"GOD cites as examples of those who disbelieved the wife of Noah and the wife of Lot. They were married to two of our righteous servants, but THEY BETRAYED THEM and, consequently, they could not help them at all against GOD. The two of them were told, "Enter the Hell-fire with those who deserved it." (66/10)

It always puzzled people why Noah was arguing for his son and why GOD responded the way He did...But I guess the truth was always so clear for those who used their intelligence.

Praise be to GOD the ALL Knowing

http:free-mind.org

Sekian terima kasih.

Salamun alaikum, saudara Ramlan.

Semoga semua ahli keluarga kita sentiasa dirahmati Allah seperti yang kita amat mengharapkan. Terima kasih atas kiriman saudara yang kali ini kandungannya agak berat.

Suatu masa dahulu, kami berfikir macam itu juga, iaitu anak lelaki Nabi Nuh adalah bukan anaknya tetapi hasil percampuran haram isterinya dengan lelaki lain.

Kemudian, setelah beberapa soalan terbit dan berlegar di kepala, kami buat keputusan untuk tidak mengatakannya sebagai satu fact atau kenyataan atau hakikat.

Keraguan yang ada pada kami yang akan dibentang di sini bukan bertujuan untuk memadamkan pendapat orang lain mengenai perkara tersebut. Sesungguhnya perkara tersebut mengundang pelbagai pendapat. Kami hormat semua pendapat.

Perkara pertama yang menimbulkan keraguan ialah mengenai frasa "dia bukan daripada keluarga kamu" (11:46) yang diguna oleh sesetengah pihak untuk mengesahkan bahawa anak lelaki yang disebut di dalam ayat 11:45 bukan anak Nabi Nuh.

Keraguan timbul kerana Tuhan tidak mengatakan anak lelaki itu bukan anak Nabi Nuh tetapi cuma dia bukan daripada keluarganya. Ayat-ayat berkenaan diturunkan di bawah:

"Dan Nuh panggil Pemeliharanya, dan berkata, 'Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku ... '" (11:45)

"Berkatalah Dia, 'Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu;'" (11:46)

Justeru, kami lihat perkataan keluarga di situ dengan lebih dekat. Didapati ia adalah ahl (ahli) dalam bahasa al-Qur'an, diguna di dalam frasa ahli Kitab yang jumlahnya jadi terbanyak dalam bilangan ayat-ayat mengandungi perkataan tersebut. Dan ia tidak bermaksud keluarga seperti yang lazim difahamkan.

Perkataan itu juga dimaksudkan penduduk di dalam al-Qur'an, pun diguna dengan agak banyak, contoh 6:131, di samping bermaksud penghuni (contoh 38:64). Terdapat satu atau dua lagi perkataan itu diguna dengan tidak bermaksud keluarga seperti yang lazim difahamkan.

Namun, perkataan tersebut turut membawa erti keluarga sepertimana yang umum ketahui, termasuk frasa ahli Rumah. Akan tetapi bilangannya tidak begitu banyak.

Oleh itu, pada hemat kami, ahl tidak semestinya bererti keluarga bagai yang biasa difahamkan.

Selanjutnya, perkataan itu atau 'keluarga' turut bermaksud ahli-ahli keluarga yang sama dalam kepercayaan sahaja. Sebagai contoh dipetik sebuah ayat daripada kisah Nabi Nuh sendiri, berbunyi,

"Dan Nuh, apabila dia panggil sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya daripada kecemasan yang besar." (21:76)

Kita tahu bahawa isterinya, iaitu ahli keluarga, tidak diselamatkan. Maka keluarga di situ bermaksud hanya mereka (ahli keluarga) yang percaya bersama Nabi Nuh.

Perkataan 'keluarga' di atas didapati diganti pula dengan perkataan lain, misalan 'umat-umat', di dalam sebuah ayat, juga dipetik daripada kisah Nabi Nuh. Ayat itu berbunyi,

"Dikatakan, 'Wahai Nuh, turunlah kamu (dari kapal) dengan sejahtera daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat bersama kamu;'"

Contoh lanjut bagi perkataan itu yang bermaksud ahli-ahli keluarga yang sama kepercayaan adalah:

"Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, Sungguh, dia akan diperhitungkan dengan hitungan yang mudah, Dan dia balik kepada keluarganya dengan gembira." (84:7-9)

Oleh yang demikian, perkataan 'keluarga' pada ayat 11:45 dan 11:46 mungkin bermaksud mereka yang sama kepercayaan dengan Nabi Nuh, sekali gus mengisyaratkan bahawa anak lelaki itu mungkin anaknya yang sah.

Boleh jadi, apa yang dimaksudkan oleh pihak tertentu bagi perkataan 'keluarga' ialah hubungan melalui pertalian darah.

Akan tetapi, lain pula bagi Allah. Perkataan itu, di sisi-Nya, bermaksud pertalian melalui darah dan perkahwinan, seperti dijelaskan melalui ayat berbunyi,

"Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa." (25:54)

Perkataan sekeluarga di situ bukan ahl, tapi diterjemah daripada perkataan nasaba. Ini buktikan lagi bahawa keluarga (ahl) pada kedua-dua ayat di surah ke-11 tersebut mungkin tidak bermaksud pertalian melalui darah, tetapi pertalian melalui kepercayaan.

Lantas, andaikata anak lelaki itu bukan anak Nabi Nuh, macam yang didakwa, maka dia masih dianggap sebagai ahli keluarganya juga, menurut pandangan Allah, atas perkahwinan ibunya dengan Nabi Nuh.

Kerana hujah-hujah di atas kami meragui pendapat yang mengatakan bahawa frasa dia bukan daripada keluarga kamu (11:46) menunjukkan anak lelaki itu bukan anak Nabi Nuh tetapi anak "haram" hasil hubungan isterinya dengan lelaki lain. 

Kami berpendapat frasa tersebut bermaksud kerana dia tidak percaya seperti bapanya percaya maka dia dikatakan bukan daripada keluarga Nabi Nuh.

Selepas itu, untuk kukuhkan lagi pendapatnya, pihak tertentu buat satu lagi andaian, iaitu frasa dia adalah amalan yang tidak salih pada ayat 11:46 dikait dengan perbuatan isteri Nuh yang adakan hubungan haram lalu melahirkan anak lelaki tersebut.

Bagi kami "dia" di dalam ayat tersebut mungkin dituju kepada anak lelaki berkenaan yang dipenuhi amalan tidak salih (baik) lagi tidak diketahui oleh Nabi Nuh, bukan isterinya. Ayat tersebut diturunkan sekali lagi:

"Berkatalah Dia, 'Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih,'" (11:46)

Satu lagi andaian oleh pihak berkenaan yang ingin kami ulas di sini ialah mengenai frasa tetapi keduanya khianati mereka yang dikatakan bermaksud perbuatan zina, kononnya dilakukan oleh isteri Nabi Nuh. Frasa tersebut didapati di dalam ayat berbunyi,

"Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, 'Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.'" (66:10)

Kalau perbuatan khianat di situ diertikan seperti yang dikatakan, maka isteri Nabi Lut pun lakukan kejahatan yang sama. Walhal, isteri Lut adalah seorang perempuan tua (26:171). Mungkin dia boleh lakukannya. Dan mungkin juga tidak.

Akhir sekali, kami dapati sukar untuk mengaitkan anak lelaki tersebut dengan isteri Nabi Nuh yang jahat itu sebagai anak dan ibu. Sebaliknya pula, kaitannya mungkin ada.

Oleh kerana terlalu banyak mungkin dan andaian yang dibuat maka kami ragu-ragu terhadap dakwaan bahawa anak lelaki itu bukan anak Nabi Nuh dan bahawa dia anak daripada hasil perhubungan haram antara isteri Nabi Nuh dengan lelaki lain.

Keraguan menyebabkan takut untuk mengatakan perkara itu satu kebenaran. Ketakutan memuncak apabila sedari tuduhan itu amat berat di sisi Allah.

Kisah Nabi Nuh dengan isteri dan anak lelakinya yang diceritakan di dalam al-Qur'an kami sambut cuma sebagai satu peringatan daripada Allah bahawa hanya Dia yang beri petunjuk, kepada siapa Dia hendaki.


30 Mac 2005

Bacaan Tambahan:
Kalimat Nuh di dalam al-Qur'an
Kisah Nabi Nuh
dan
Respon terhadap "Bukan anak Nabi Nuh?" (2.4.05)


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman