Kalimat Nuh di dalam al-Qur'an
3:33. Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua
alam.
4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.
6:84. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.
7:59. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kesesatan yang nyata."
7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:62. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku nasihatkan kamu, kerana aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.
7:63. Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."
7:64. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.
10:72. Kemudian jika kamu berpaling, aku tidak minta kepada kamu sebarang upah. Upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim."
10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.
11:25. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.
11:26. Janganlah kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku takut untuk kamu akan azab hari yang pedih."
11:27. Maka berkatalah pembesar-pembesar daripada orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami tidak lihat kamu selain daripada seorang manusia yang serupa dengan kami, dan kami tidak lihat mana-mana yang ikut kamu melainkan yang paling hina antara kami, dengan tanpa pertimbangan. Kami tidak lihat kamu mempunyai terhadap kami sebarang kelebihan; tidak, tetapi kami sangka kamu adalah pendusta-pendusta."
11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?
11:29. Wahai kaumku, aku tidak minta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan usir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan temui Pemelihara mereka. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.
11:30. Wahai kaumku, siapakah yang akan menolongku terhadap Allah, jika aku usir mereka? Apakah kamu tidak mengingati?
11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah; aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan; Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang zalim."
11:32. Mereka berkata, "Wahai Nuh, kamu telah berbantah dengan kami, dan buat banyak bantahan terhadap kami. Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
11:33. Berkata, "Allah akan datangkannya kepada kamu jika Dia hendaki, dan kamu tidak dapat mengandaskan.
11:34. Dan nasihatku tidak bermanfaat kepada kamu jika aku hendak beri nasihat kepada kamu, jika Allah hendak buat kamu bersalah; Dia Pemelihara kamu, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat."
11:36. Dan diwahyukan kepada Nuh, "Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan percayai, kecuali orang yang telah percaya; janganlah kamu berdukacita dengan apa mereka buat.
11:37. Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan."
11:38. Dan dia buat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, "Jika kamu ejek kami, sungguh, kami akan ejek kamu sebagaimana kamu ejek,
11:39. Dan kamu akan tahu kepada siapa akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa turun azab yang kekal."
11:40. Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, "Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya." Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit.
11:41. Dia berkata, "Naiklah ke dalamnya; dengan nama Allah pelayarannya dan pelabuhannya. Sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."
11:42. Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gunung-gunung; dan Nuh panggil anak lelakinya yang berdiri terpisah, "Wahai anakku, naiklah bersama kami, dan janganlah kamu berada bersama orang-orang tidak percaya."
11:43. Berkata, "Aku akan cari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air." Berkata, "Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang Dia kasihani." Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang yang ditenggelamkan.
11:44. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"
11:45. Dan Nuh panggil Pemeliharanya, dan berkata, "Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku, dan janji Engkau benar. Engkau yang paling adil antara para hakim."
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."
11:47. Berkata, "Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak tanya Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak ampuni aku, dan tidak kasihani aku, tentu aku jadi antara orang-orang yang rugi."
11:48. Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan sejahtera daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan beri kesenangan mereka, kemudian akan sentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih."
11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.
14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."
17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.
17:17. Berapa banyaknya generasi yang Kami musnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
21:76. Dan Nuh, apabila dia panggil sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya daripada kecemasan yang besar.
21:77. Dan Kami menolongnya terhadap kaum yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka kesemuanya.
22:42. Jika mereka dustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah dustakan, dan Ad, dan Tsamud,
23:23. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:24. Berkata pembesar-pembesar daripada orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang hendak menjadi lebih tinggi daripada kamu, dan jika Allah hendaki, tentu Dia turunkan malaikat-malaikat. Kami tidak pernah dengar yang ini pada bapa-bapa kami yang terdahulu.
23:25. Dia tidak lain hanya seorang lelaki yang gila; maka tunggulah padanya untuk satu waktu."
23:26. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka dustakan aku."
23:27. Kemudian Kami wahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan janganlah berucap kepada-Ku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan.
23:28. Kemudian, apabila kamu sudah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang selamatkan kami daripada kaum yang zalim.'
23:29. dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.'"
25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka dustakan Rasul-Rasul, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami buat mereka menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami sediakan bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.
26:105. Kaum Nuh telah dustakan para utusan,
26:106. Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?"
26:107. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.
26:108. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:109. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.
26:110. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku."
26:111. Mereka berkata, "Adakah kami akan percayai kamu, yang orang-orang paling hina ikut?"
26:112. Berkata, "Apakah pengetahuan yang aku ada mengenai apa mereka buat?
26:113. Hitungan mereka hanyalah atas Pemeliharaku, jika kamu sedari.
26:114. Aku tidak akan usir orang-orang mukmin,
26:115. Aku, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan jadi antara orang-orang yang direjam."
26:117. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, kaumku dustakan aku,
26:118. Maka bukakanlah satu keputusan antara aku dan mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang mukmin yang bersamaku."
26:119. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia, di dalam kapal penuh muatan.
26:120. Kemudian selepas itu, Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.
29:14. Sesungguhnya Kami telah utus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir ambil mereka sedang mereka orang-orang zalim.
29:15. Namun begitu, Kami selamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.
33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,
37:75. Nuh telah panggil Kami; dan betapa sangat baiknya Penyahut!
37:76. Dan Kami selamatkannya dan keluarganya daripada kecemasan yang besar,
37:77. Dan Kami buatkan keturunannya orang-orang yang kekal,
37:78. Dan Kami meninggalkannya di kalangan orang-orang yang akhir.
37:79. "sejahtera ke atas Nuh di kalangan semua alam!"
37:80. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik,
38:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,
40:5. Kaum Nuh, sebelum mereka, telah dustakan, dan golongan-golongan selepas mereka; tiap-tiap umat bermaksud terhadap Rasul mereka, untuk mengambilnya, dan mereka membantah dengan yang palsu untuk menyangkal yang benar dengannya. Kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan balasan-Ku!
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.
42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
50:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan penduduk Ras, dan Tsamud,
51:46. Dan kaum Nuh sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
53:52. Dan kaum Nuh sebelum itu - sesungguhnya mereka lebih zalim, dan melampaui batas,
54:9. Kaum Nuh telah dustakan sebelum mereka; mereka dustakan hamba Kami, dan berkata, "Seorang yang dirasuk!" Dan dia dicegah.
54:10. Lalu dia menyeru Pemeliharanya, "Aku dikalahkan; tolonglah aku!"
54:11. Kemudian Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,
54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.
54:13. Dan Kami bawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku,
54:14. Berlayar di bawah pengawasan (mata) Kami - satu balasan ke atas orang yang dinafikan.
54:15. Dan Kami meninggalkannya untuk satu ayat. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
57:26. Dan Kami telah utus Nuh, dan Ibrahim, dan Kami buatkan Kenabian dan al-Kitab untuk menjadi di kalangan keturunan mereka; dan sebahagian daripada mereka dapat petunjuk, dan kebanyakan daripada mereka orang-orang fasiq.
66:10. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang tidak percaya - isteri Nuh, dan isteri Lut; kerana mereka adalah di bawah dua daripada hamba-hamba Kami yang salih (baik), tetapi keduanya khianati mereka, maka mereka tidak berguna bagi mereka sedikit pun terhadap Allah; maka dikatakan, “Masuklah kamu berdua ke Api bersama orang-orang yang masuk.”
71:1. Kami utus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”
71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,
71:3. ‘Hendaklah kamu sembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,
71:4. Dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu tahu.”
71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah seru kaumku malam dan siang,
71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.
71:7. Dan setiap kali aku seru mereka supaya Engkau ampunkan mereka, mereka letak jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombong, sesombong-sombongnya.
71:8. Kemudian sesungguhnya, aku seru mereka dengan terang-terang,
71:9. Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia,
71:10. Dan aku kata, ‘Mintalah ampun kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dia adalah Pengampun,
71:11. Dia akan utus langit kepada kamu dengan hujan lebat,
71:12. Dan bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan buatkan untuk kamu kebun-kebun, dan buatkan untuk kamu sungai-sungai.
71:13. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mengharapkan keagungan pada Allah,
71:14. Memandangkan Dia cipta kamu berperingkat?
71:15. Tidakkah kamu renungkan bagaimana Allah cipta tujuh langit berlapis-lapis,
71:16. Dan buatkan bulan padanya untuk cahaya, dan buatkan matahari untuk lampu?
71:17. Dan Allah tumbuhkan kamu daripada bumi dengan penumbuhan,
71:18. Kemudian Dia kembalikan kamu ke dalamnya, dan keluarkan kamu dengan pengeluaran.
71:19. Dan Allah letak bumi untuk kamu sebagai hamparan,
71:20. Supaya padanya kamu menyeliti jalan-jalan, jurang-jurang.’”
71:21. Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, mereka menentang aku, dan ikut orang yang hartanya dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya kecuali dalam kerugian,
71:22. Dan buat tipu daya dengan tipu daya yang besar,
71:23. Dan mereka berkata, ‘Janganlah tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan tinggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’
71:24. Dan mereka telah sesatkan ramai. Janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim kecuali dalam kesesatan!”
71:25. Disebabkan pelanggaran-pelanggaran mereka, mereka ditenggelamkan, dan dimasukkan ke Api, maka mereka tidak dapati, selain daripada Allah, sesiapa untuk menolong mereka.
71:26. Dan Nuh berkata, “Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan di atas bumi orang-orang tidak percaya, walaupun seorang.
71:27. Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman