Respon terhadap "Bukan Anak Nabi Nuh?"

 

From: "Jamal"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Respon terhadap "Bukan Anak Nabi Nuh?"
Date: Friday, April 01, 2005 6:09 PM

Salam,

Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saya amat berterima kasih kepada saudara Ramlan Hamzah kerana menghantar sepucuk e-mel hasil pembacaan dan pemahaman beliau mengenai ayat Al-Quran 11:45-46 sambil meminta ulasan lanjut daripada saudara.

Artikel yang dimaksudkan saudara Ramlan itu mungkin sekali petikan daripada sebuah buku yang dikarang oleh Dr. Mohammed Shahroor yang bertajuk "The Book & The Quran". (http://www.free-minds.org/books/shahroor.htm)

Memetik kata-kata saudara Ramlan:

"Tetapi selepas saya membaca artikel tersebut barulah saya insaf dan sedari tentang mengapa anak nabi Nuh itu ingkar pada ayahnya. Rupa-rupanya, mengikut penafsiran ayat tersebut dapati bahawa kemungkinan sekali anak nabi Nuh itu adalah hasil perhubungan haram isteri nabi Nuh dengan orang lain."

Saya juga pada mulanya tertarik dengan pandangan yang dilemparkan oleh Dr. Shahroor. Ini kerana pandangan penulis buku tersebut adalah logik dan masuk akal pada fikiran saya ketika itu. Walaupun begitu, tidak saya nafikan bahawa wujud pertelingkahan di dalam kepala saya dengan penjelasan beliau.

Jadi, disini saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai perkara tersebut.

Maaf dipinta terlebih dahulu jika pandangan saya ini nampak kosong dan bodoh.

Dalam buku tersebut Dr. Shahroor menulis:

"WHAM! Comes the truth from the Lord, that the person Noah thought was his son, was in-fact a "love child" who did not fall under:
(a) Noah's family (except those aforementioned), NOR
(b) the believers."

Dapatlah kita fahami daripada petikan tersebut (dan juga daripada keseluruhan topik), bahawa kita seolah-olah berandaian yang anak lelaki Nabi Nuh dibiarkan tenggelam kerana dia ialah anak yang lahir hasil daripada perhubungan yang tidak halal antara isteri Nabi Nuh dengan lelaki lain.

Lalu, jika kita melanjutkan pandangan ini, bukankah seolah-olah kita mengatakan bahawa setiap anak yang lahir daripada percampuran haram hanya layak dapat kemurkaan Allah? Seolah-olah anak lelaki Nabi Nuh itu ditenggelamkan kerana dosa ibunya pula, walhal setiap jiwa itu tidak akan pikul beban dosa pihak yang lain.

Tetapi, kita akan dapati bahawa pemikiran dan pengkajian kita terhadap Al-Quran menolak pemikiran yang sebegitu seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran, ayat  35:18 yang berbunyi:

"Orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat untuk dipikulnya menyeru supaya bebannya dipikul, tiadalah sesuatu daripadanya akan dipikul, walaupun dia sanak saudara yang dekat."

Lalu, disebabkan ini maka saya berpendapat bahawa pendapat yang mengatakan bahawa anak lelaki Nabi Nuh dibiarkan tenggelam kerana dia adalah anak daripada pencampuran haram adalah tidak begitu tepat. Tetapi, ini hanyalah pandangan saya sahaja. Mungkin ramai lagi yang mempunyai pandangan yang berbeza daripada saya , maka disini saya alu-alukan.

Sekian.

Salamun alaikum saudara Jamal,

Terima kasih atas sumbangan yang lahir daripada pemerhatian tajam untuk beri teguran terhadap pandangan yang mungkin tersilap ke atas keluarga Nabi Nuh.

Pada mulanya kami melihat dan menulis seperti itu juga tetapi frasa Nor (b) the believers buat kami memadamnya, lalu menumpukan perhatian kepada yang lain, kerana tidak memerhati setajam saudara.

Semoga usaha kita semua diterima-Nya sebagai amalan baik.


2 April 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman