Kahwin Kontrak

 

From: arifshah477
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, February 18, 2013 5:25 PM
Subject: Salam, nak tanya. ayat 4:25


4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.

Apa yg saya faham tentang ayat ini adalah, kalau kita tak tahan nak buat sex, kita tak yakin boleh tanggung perempuan tu seumur hidup dan kita tak nak terlibat dengan dosa zina. Kita boleh kawin kontrak (macam kat bandung). Kawin 2-3 hari, bagi upah kat keluarga perempuan, kemudian, kita ceraikan. Tapi kalau belum sempat cerai dan perempuan ni buat sex dengan lelaki lain, dia perlu disebat 50kali.

Dan tuhan ada tulis cadangan yg lain kalau tak tahan nak sex iaitu bersabar.

 

Apa pandangan tuan?

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Maaf kerana pandangan kami agak berbeza walaupun fahaman saudara dihormati - berbeza kerana kami tidak nampak sebarang petunjuk kepada amalan kahwin kontrak pada ayat tersebut seperti saudara nyatakan. Dengan ini kami bermaksud Allah tidak menganjurkannya.


Perkahwinan serupa itu telah memberanakkan 900 kanak-kanak yang ditinggalkan bapa-bapa mereka di sebuah negara Islam yang tidak seramai penduduknya (yang Islam) seperti negara yang saudara sebut tadi.

Di situ, perempuan-perempuan muda yang terlibat (kebanyakan berumur bawah 16 tahun) tidak tahu bahawa mereka telah dijadikan umpama komoditi dagangan. Mereka dijual oleh bapa-bapa mereka.

Keadaan sesetengah mereka adalah buruk, terlibat dengan dadah dan kegiatan haram, sementara ada pula yang jadi model (peragawan) dan pelakon filem. Terdapat juga antara mereka yang dikatakan pandai, berpelajaran, tetapi mereka terasa kehilangan sesuatu kerana tidak tahu siapa bapa mereka.

Demikianlah menurut sebuah artikel ditulis pada tahun 2010, dan dapat dibaca (dalam bahasa Inggeris) di sini.

Apapun, perkahwinan jenis ini diberi gambaran buruk.


Keadaan mereka (kanak-kanak) di sebelah dunia di sini mungkin lebih buruk jika tiada ikhtiar diambil terhadap mereka seperti ikhtiar dinyatakan dalam artikel terebut. Ibu-ibunya pula mungkin menjadikan isteri kontrak sebagai profesion, dan melahirkan lagi anak atau anak-anak daripada benih atau benih-benih lain pula. Lantas, keburukan daripada profesion tersebut akan jadi tanggungan masyarakat pula.

Tidak mungkin sesuatu yang buruk datang daripada perintah Allah.


Pucuk pangkalnya ialah kemaluan yang tidak dijaga, sedangkan Allah menyuruh menjaganya, dan disebut di dalam 6 ayat al-Qur'an. Ayat-ayatnya adalah:

21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka....,

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga (kemaluan mereka), dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.

66:12. Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami,

70:29. dan jaga kemaluan mereka (orang-orang yang menyembah),


Kerana kemaluan tidak dapat dijaga, dan ingin mempertuhankan hawa nafsu, maka kahwin kontrak dihalalkan manusia, dengan bersandar pada ayat Allah, supaya pihak-pihak tertentu berasa sangat puas.


Daripada ayat diutarakan saudara arifshah477 di atas dan ayat-ayat yang baru disenaraikan terserlah satu kalimat, iaitu mukmin. Justeru orang-orang mukmin atau orang-orang yang menyembah, akan menjaga kemaluan mereka dan tidak akan melakukan kahwin kontrak kerana ia bukan apa yang dikatakan ikatan perkahwinan seperti dimaksudkan Allah.


Kami tidak nampak sebarang petunjuk daripada Allah kepada tindakan iaitu selepas keperluan seks dicukupkan lalu perempuan dan anaknya (besar kemungkinan akan beranak) ditinggalkan (selepas 2-3 hari saja berkahwin!) menurut kehendak hati. Lantaran, mungkin tidak keterlaluan jika iktibar diambil daripada ayat berikut:

24:33. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.


Dan dengan maaf dinyatakan lagi bahawa sesungguhnya kami tidak nampak sebarang kemuliaan dalam amalan isteri kontrak atau kahwin kontrak!


Allah disanjung!


Tajuk ada kaitan dengan Kahwin Mutaah. Sila lihat:
Kahwin Mutaah -zelmey,

Ahlul Bait vs Ahlul Quran -UNCLE SEEKERS, dan
Benarkah Jodoh, Maut, ~ di tangan Tuhan? -UNCLE SEEKERS


19 Februari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman