Kahwin Mutaah
From: zelmey
Date: 2009/9/3
Subject: Nikah Mut'ah
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun Alaikum
Sahabat, saya benar2 ingin tahu tentang nikah mut'ah ... nikah yang bertempoh?
Saya tercari2 di dalam al-quran tapi tak jumpa tentang tempoh yang dimaksudkan.. atau mungkin saya tak perasan..
Minta jasa baik sahabat untuk menjelaskan kepada saya agar saya lebih mudah berurusan tentang hal ini.
Ikhlas dari saya
zelmey yusof
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Perkara yang diketengahkan harus dibawa ke sini kerana belum disentuh lagi.
Setelah diberitahu nikah yang bertempoh tidak diajar al-Qur'an, sahabat zelmey menulis lagi, seperti berikut:
From: zelmey
Date: 2009/9/3
Subject: RE: Nikah Mut'ah
To: ebacaan <ebacaan114@gmail.com>
Bagaimana dengan ayat Allah yg ini di dalam surah annisa?
2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.
Mungkin ini satu-satunya ayat (bukan di surah annisa) diguna pihak tertentu untuk menghalalkan amalan kahwin mutaah. Bagi kami bahagian ayat yang diserlahkan hanya bermaksud tidak berjanji untuk kahwini seseorang perempuan sehingga sudah pasti, seperti sudah mampu, atau cukup mewah, untuk buat demikian. Demikianlah satu syarat ditetapkan Allah untuk kahwini perempuan pilihan. Sila lihat ayat-ayat di bawah:
"Dihalalkan bagi kamu .... adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan;
Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berikan mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia," (4:24-25).
Kerana tidak banyak tahu tentang amalan kahwin bertempoh, izinkan kami bertanya pula, iaitu bolehkah kaum perempuan mengamalkannya? Kalau tidak boleh maka ia tidak adil, dan ciri ketidakadilan seperti ini adalah bukan Islam. Sayugia diingatkan bahawa bukan sahaja kaum lelaki yang menakuti dosa zina malah kaum perempuan pun sama. Pelengkap perbuatan itu pula disuruh Allah supaya dijaga, seperti disebut ayat-ayat berikut:
"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang mereka kerjakan.
dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka," (24:30-31).
"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar." (33:35)
Mungkin kerana kelemahan pada diri yang menyebabkan ia tidak dapat dijaga atau dikawal lalu kahwin bertempoh diadakan oleh golongan tertentu (daripada kaum lelaki yang alim atau bertaraf guru).
Selanjutnya, kami berpendapat tidak semua perempuan ingin menyertai program kahwin bertempoh atau mutaah. Bagi yang menyertainya pula, tentu ada yang jadi janda (kami tidak suka guna perkataan ini) beberapa kali. Sudah jadi semacam bisnes pulak. Oleh itu, kami tidak rasa begitu sedap dengan program ini. Mungkin kami bersalah rasa di sini.
Kahwin bertempoh kelihatan seperti berkahwin dengan tanpa perasaan cinta atau kasih sayang. Dan ia dikatakan anjuran agama. Benarkah Tuhan menganjur perkahwinan seperti itu? Untuk keterangan lanjut sila lihat Perkahwinan Islam Tanpa Cinta?
Sebagai penutup, ingin ditegaskan iaitu kami tidak tetapkan sebarang hukum ke atas amalan kahwin bertempoh, kerana hanya Allah yang menetapkan dan menghukum, tetapi untuk menjelaskan bahawa ia tidak dianjur oleh al-Qur'an, Kitab agama-Nya.
Selamat meneruskan puasa.
Salam.
5 Sept 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman